Wednesday, October 5, 2011

♥¸.•✿´¯ BAHAYA COUPLE?? ♥¸.•✿´¯


♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸

Sekadar Renungan...

Seorang gadis membuat rumah terbuka lalu dia mengajak teman2 rapatnya..

Kali ini dia mahu buat sedikit kelainan..

Dia mahu buat doa selamat dan solat hajat..

Tidak ketinggalan dia mengajak Teman Lelakinya

Si gadis mula terkenangkan "masa depannya"

Lalu dia menyuruh Teman Lelakinya mengImamkan solat hajat...



Merdu sekali suara Teman Lelakinya mengalunkan bacaan ayat2 suci Al-Quran...

Selesai memberi salam, Teman Lelaki serikan lagi dengan zikrullah..

Tambah cair lah hati si gadiss....~

Selesai Solat seperti biasa pasti bersalam-salaman antara satu sama lain..

lelaki dgn lelaki

perempuan dengan perempuan

Tiba2.....

Teman Lelaki menghulurkan tangan kepada si gadis dan bersedia untuk mencium dahi....

Heyyyy!!!~, si gadis melenting dan mengelak...

"Apa u ni...kan lepas solat ni...mana boleh salam dengan laki bukan mahram..."

Teman Lelaki itu terkejut dan tergelak...lalu berkata,

"Habis tu selama ni kita dating pegang2 tangan..kadang2 dating kat taman i siap cium dahi u lagi sebagai tanda cinta kita...tak salah ke tu???




Si Gadis membalas,

"U pon agak2 lah, kan kita lepas solat ni...waktu dating lain waktu solat lain...respect lah sikit...kan tengah ada wuduk ni.."

Tiba2 terbuka hati lelaki tersebut...

lalu berkata...

"U sedar tak, kita sedar kewujudan Allah hanya waktu Solat sahaja...sedangkan Allah itu Sentiasa Bersama kita, Sentiasa memerhati gerak geri kita sekalipun kita tengah dating..."

Astaghfirullahh~

"Kita ada wuduk setiap masa...

Bukankah kita dilarang sama sekali bersentuhan selagi tiada ikatan pernikahan yang sah....."

sambung Teman Lelaki tersebut...

"U, I nak nikah ngan U...even Kita tengah belajar lagi...I sanggup cari duit...I tak sanggup tanggung dosa..berapa banyak kita tanggung dosa...kita dah Couple hampir 3 tahun...kalau U tak nak kahwin dengan I, I sanggup putuskan hubungan kita..sbb I tak sanggup tanggung dosa lagi..."

Si Gadis Terkedu!~

"Gulp"..

Teman Lelaki mengalirkan air mata....

Taubat Nasuha menjadi jalan permulaan kepada kehidupan yang baru..

p/s : lelaki yang soleh & perempuan yang solehah adalah mereka yang berjihad menjaga pandangan,hati dan setiap langkahnya 'mereka' itu hnya mahukan 'penglihatan' dari ALLAH...salam muhasabah..

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸



Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon