Monday, January 30, 2012

Assalamualaikum..
ade sesuatu yg menarik ingin aku kongsikan.
terutama utk kaum hawa..
betapa istimewanya Allah jadikan kita sebagai seorang wanita..
nk tau??jom la baca..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda S.A.W.,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T.mencata...tkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T.,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah), hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.A.W, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W., "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu




betapa mulianya kita sebagai wanita disisi Allah..

Saturday, January 28, 2012

Assalamualaikum..
hari2 yg sedih perlu aku lewati saat dan ketika ini..
hati ini rasa terluka sgt..
nape korg x paham aku???
nape pilihan aku x pernah korg suka??
aku ni x pndai pilih ke??
aku ni budak sgt ke??
sampai sumer yg aku wt x betol..
aku sedih...

aku tau risiko yg aku alami sekarang..
korg x boleh nk paksa aku lupakan dia..
aku sayangkn dia..
aku tahu hati aku ni dh byk luka sbb dia..
aku sedar sumer tu..
tp aku x boleh nk paksa diri aku utk lupakan dia..
makin aku paksa makin kuat ingatan aku kat dia..
makin kuat bayangan dia datang kat aku..
melainkan ade keajaiban berlaku..
segalanya tentang dia aku berjaya hapuskan..



korg nk tau nape aku pendam ape yg aku rase??
sbb nya kalau aku cter pun korg xkn paham..
korg tetap nk aku lupakan dia..
bkn senang utk aku lakukannya kalau aku sendiri yg xde kehendak utk lupakan dia..
aku tahu korg caring psl aku..
korang xnk aku sedih..
korang xnk aku dilukai..
korang xnk aku menyesal nnti..
namun hakikatnya..
aku mmg dh sedih pun..
aku mmg dh dilukai..
dan aku juga mmg dh menyesal..
menyesal sbb membiarkn hati aku ni terjatuh pd dia..




aku sayang kat korg...
aku pun sayang kat dia..
aku xnk kehilangan korg..
aku pun xnk kehilangan dia..
korg sumer sgt penting utk aku..
aku dh x boleh menghadapi kehilangan lagi..
cukuplah dgn apa yg pernah aku alami dulu..
terlalu sakit dan pahit utk aku telan..
korg sumer adalah segalanya wt aku..





aku mintak maaf andai korg rasa aku ni degil sgt..
aku mmg degil..
keras kepala...
aku mmg x suka bila org sekat kemahuan aku..
aku mintak maaf kat korg..
aku syg kat korg sumer..


p/s: aku perlukan masa utk lupakan dia..aku tahu satu hr nnti aku akn dpt lupakan dia..

Monday, January 23, 2012

Assalamualaikum...
wahhh...dh lama x post kat blog..
dicampur dgn malas dan xde mud..hehehe.
korang nk tau??
aku baru je balik dr Johor..
nk tau wt pe??
aku g johor dgn kawan2 kelas aku..
di iringi oleh seorang lecturer..Sir Faiez..
memang best gler..
yg pasti byk kenangan antara kiteorang kat sana..


kami berenam bersama Sir Faiez..


sekarang aku nk cter tentang aktiviti kiteorg kat sana selama 3 hari 2 malam..
kiteorg bertolak ptg khamis..
sampai kat johor dlm kol 5 pagi cm tu la..
rehat2 jp..kol 7 bermula la aktiviti kami..
mula2 tu mesti la isi minyak dulu..
makan time..hehehe..
lepas tu kiteorg pergi ke pelabuhan johor kat Pasir Gudang..
sebenarnya masa tu aku letih sgt..
ngantok gler masa dgr taklimat tu..
so, x berapa la nk paham..hehehe..
selesai kat Pasir Gudang kiteorg pun pergi plak Tanjung Pelepas..
sampai la petang..
lepas tu sir pun bagi peluang kat kiteorg merehatkan diri..
keluar makan malam plak..
kiranya hari tu lawatan belajar je la..


slps dgr taklimat..







ok la..tentang makan la aku nk cter sgt2 ni..
memang aku terkejut gler dgn harga makanan kat sana..
mahal gler kot..pedas plak tu..
aduyaiii..x pasal2 aku kena gastrik..huhuhu..
malam tu aku makan nasi putih+tomyam+neslo ais..
nk tau berapa harga dia??
RM11.50..mahal gler kot..
selalunya kalau aku makan cmtu x pernah pun sampai RM10...
kawan2 aku yg lain x sampai pun 10 ringgit..
kecuali sir faiez la..dia mahal ckit pd aku..
aku memang xkn lupa la..
kenangan utk aku tu..

hari yang kedua plak kiteorg jalan2 pusing JB..
memang enjoy gler..
mula2 kiteorg g jalan2 kat city square..tgk wayang..
lepas tu g kat Plaza Angsana..main bowling..
aku x main pun..diorg yg main..aku tgk je...
lepas Plaza Angsana kiteorang g Danga Bay plak..
lepas tu uptown kat JB..

hari last kiteorg g Ayer Hitam..
kat cni aku rasa x puas nk shopping..
sebabnya masa tu aku x cukup duit..
tp trip ni best sgt..
kenangan sem akhir diploma...
kenangan yg xkan aku lupakan...
akan aku kenang sampai bila2...
utk Sir Faiez...tq very much sbb sudi ikut kiteorg..
sir memang terbaikk laa....







Thursday, January 12, 2012

Assalamualaikum..
buat entry tengah2 malam yg sejuk ni...
malam ni mmg sejuk pun...huhuhu..
kuat gler angin...
korang nk tau x??
result muet dh kuar...
aku baru je cek..

nk tau ke??
malu la cakap..
tp Alhamdulillah la..
aku dpt result yg boleh la cukup makan..
asalkan x payah ambik balik..





ok la...
aku chow dulu..
tata..




Saturday, January 7, 2012

Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu. Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.

Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu. Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya.

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut. Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana. Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya. Kata ustaz di masjid kelmarin, hanya jika benar kita faham apa makna dunia, maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas.

Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer. Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia.

Siapa kata tidak mahu bercinta?

Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta. Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles. Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta. Adakah kamu percaya?

Aku ada henset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa. Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga. Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tetapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. Ya, aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia!

Cuma aku tidak mampu untuk menghina agama. Agamaku cantik, bersih, lengkap dan indah. Tuhan aku dan Rasul aku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza upaya kita.

Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku tidak pernah ternoda.

Pada Allah S.W.T tempat aku berpaut dan berdoa, semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila. Semoga aku, kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama.


sumber: http://www.iluvislam.com/