Jauh Kau Pergi..

9:39:00 PM


 
 

Bismillahirrahmanirrahim..salam sayang buat semua rakan bloggers..hurmmm..hari ni update lagi..apa jauh kau pergi ni??sape yang pergi erkkk???mesti ada yang fikir aku nak jiwang lagi la ni...hehehe..tapi ade jugak nak jiwang sikit2..sikit jerr...jangan marah erkkk....hihihi..

Jauh Kau Pergi adalah satu tajuk novel yang aku baru je habis baca petang tadi...best novel ni..jalan cerita yang menarik dan membuatkan aku tertanya-tanya tentang watak dalam novel ni...suspen gtu....tapi novel ni dah lama sebenarnya..aku je yang baru beli dan baru nak baca..orang lain dah baca novel baru...hehhe..aku beli novel ni sebab aku tertarik dengan jalan cerita dia..Mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Afiqah najwa yang tidak pernah mempunyai impian untuk hidup bersama lelaki yang selama ni di anggap hanya sebagai sahabat iaitu Haiyan Rifqi..namun, takdir telah menyatukan mereka..kerana Haiyan Rifqi ataupun Rif ingin menjadi pelindung kepada Afiqah Najwa ataupun Afi, Rif mengambil keputusan untuk mengahwininya..


Dalam novel ni aku tertarik dengan watak Rif..dia menyayangi Afi tapi tanpa dia sedari dia dah jatuh cinta dengan Afi...hanya kerana mempunyai kisah silam yang susah untuk dilupakan dia telah banyak kali membuat hati Afi terluka...bagi aku Rif ni adalah lelaki yang ego..sukar sekali untuk dia melafazkan cintanya pada Afi sedangkan Afi dah akui perasaannya yang sebenar pada Rif...dalam novel ni jugak..aku paling suka ayat yang Rif luahkan kat Afi... 

" Abang lelaki, Afi. Mungkin sejak dulu lagi dah tersurat orang lelaki tak pandai meluahkan perasaan. Tapi tu tak bermakna kami tak rasa kasih. Tak lafazkan cinta bukan bermakna kami tak rasa bahagia."

Lelaki...memang laaa....aku sendiri nak dengar ayat tu dari si dia pun susah walaupun aku sendiri pun tak pernah akui perasaan aku yang sebenar tapi aku bagi petunjuk kat dia sedangkan dia aku tak nampak langsung petunjuk tu..aku sendiri pun tak tahu dia sedar ke tak perasaan aku yang sebenar kat dia...hurmmm..biarkan lah...

Sejujurnya watak Rif dalam novel ni lain dari watak novel yang aku pernah baca..kalau watak hero dalam novel lain memang akan buat aku jatuh cinta tapi lain dengan novel ni..aku tak rasa aku jatuh cinta dengan watak Rif ni..sebab aku rasakan watak Rif ni seperti si dia yang bermakna untuk aku...hurmmm..betol ke??ade laa sikit2..iras2..hehhee...

Sekian sahaja untuk kali ni...harap enjoy...daaaaa...


p/s:: nak baca novel baru Siti Rosmizah...Takdir Itu Milik Aku tapi takde duit lagi nak beli...sob3...=_=


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Nurulee
AUTHOR
June 7, 2012 at 8:32 PM delete

Rajinnya baca, ee kalau baca novel tak pernah habis =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/studying-is-my-priority.html

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon