Izzati Suhaide

A Malaysian Lifestyle Blogger

Saturday, June 9, 2012

Rindu yang menyakitkan..

Assalamualaikum...hurmm...sakit rasanya menanggung rasa kerinduan pada orang yang tak tahu la ingat ke tidak kat kita ni..saat ni aku rasa nak nangis pun ada jugak..sujujurnya aku memang rindu sangat kat dia..seksa rasanya menanggung rasa ni..aku pun tak tahu la sampai bila aku dapat bertahan..aku dah cuba untuk lupakan dia tapi makin aku nak lupa makin kuat ingatan aku kat dia...kenangan dengan dia sentiasa terbayang di tabir mata aku..aku memang tak tahu apa sebenarnya perasaan dia sebab sukar untuk aku baca perasaan dia..dia seperti x memberi peluang untuk aku selami hati dia..hurmm..



Tapi macam mana plak dengan hati aku ni??pahamkah dia akan perasaan aku yang sebenar??arghhhh..aku cuba untuk buang semua bayang2 dia..adakalanya aku tak ingat tentang dia tapi hanya sekejap saja..lepas tu dia datang balik dalam fikiran aku ni..hurmm..memang betul..setia ni sangat menyakitkan..tapi betol ke aku ni setia dengan dia??ermm..aku akan setia selagi tiada yang mampu masuk dalam hati aku ni..bukan aku nk kunci hati aku ni rapat2 untuk orang lain tapi aku tak sanggup nak hadapi rasa kekecewaan lagi..aku jadi takut...hurmm...mungkin ada satu hari nanti lelaki yang dpt menggantikan tempat dia dalam hati aku ni..cuma aku perlu sabar menanti...menanti jodoh yang sebenar..cewahhhh...hehehe..

mungkin orang akan fikir aku ni bodoh sebab setia menanti dia sedangkan dia mampu mencari yang lain..aku tahu semua tu..aku memang mengerti..cuma aku belum bersedia lagi  untuk terima orang lain..hati yang sakit ni belum terubat lagi...aku memang perlukan masa untuk hadapi benda..cuma buat masa sekarang biar lah aku tumpu pada pelajaran aku dulu..aku serahkan segalanya pada Dia yang berkuasa untuk menentukan segalanya...aku pasrah...



p/s:: di hati ini hanya tuhan yang tahu...T__T


1 comment:

  1. Rindu?? Rindulah pada Dia..:)
    He will come to you soon. Ok?

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)