Thursday, July 26, 2012

Segmen by I Love Sleep: Cerita disebalik gambar

Assalamualaikum..kali ni zatie nak join satu segmen ni..segmen ni lain dari yang lain kot..hehehe..nampak cam best jerr..nak tahu nape best??sebab kena buat cerita disebalik gambar..etceli zatie banyak jugak cerita ni...tapi zatie pilih cerita yang zatie nak share ngan korang..share ke??hehehe..mungkin lebih pada luahan hati kot...huhu..so, zatie nak join jugak la erkkk...

klik banner...

Awak, awak nak tahu tak?? Setiap hari saya tunggu awak mesej saya, call saya. Tapi semuanya hampa. Penantian saya hanyalah sia2. Tapi takpe. Saya tak salahkan awak pun. Saya bukan jenis yang mudah melatah. Saya tahu awak memang tak tahu perasaan saya yang sebenar dan saya pun tak tahu apa perasaan awak yang sebenar. Tapi saya dapat rasakan awak seperti memahami perasaan saya cuma awak sengaja buat tak tahu. Boleh tak kalau saya nak kata awak ni kejam? Awak kejam dengan saya. Tapi saya tetap takkan salahkan awak. Sebab perasaan saya pada awak tulus dan ikhlas. Saya sayangkan awak. Walaupun kawan2 saya selalu nasihatkan saya luahkan perasaan saya yang sebenar kat awak namun saya tak boleh la awak. Bila berhadapan dengan awak buat saya kelu. Lidah saya tak mampu nak luahkan perasaan yang sebenar walaupun hati saya mahu menyatakannya. Tapi biarlah dulu. Biarlah perasaan ni hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya belum cukup kuat untuk meluahkan segalanya pada awak. Untuk meluahkan segala apa yang saya rasa pada awak dalam tempoh 3 tahun perkenalan kita.Saya memang tak tahu hati awak untuk sape. Pernah terdetik dihati saya untuk tanya awak tapi saya takut jawapan yang akan awak bagi tak dapat memuaskan hati saya sebab saya tahu awak akan cuba nak rahsiakan dari saya. Tapi takpe awak. Saya sabar layan kerenah awak. Kerana saya pasti suatu masa nanti saya akan dapat juga jawapan tu. Dulu saya pernah jugak tanya awak. Sape saya dalam hati awak? Tapi jawapan yang awak bagi tak memuaskan hati saya langsung. Awak seperti nak tutup isi hati awak dari saya baca. Kenapa awak? hurmmm... Saya cuma harap saya kuat untuk hadapi semua ni.



Tu je cerita zatie nak share dengan korang. Sory laa erkk. Jiwang sikit petang2 ni...hihihi... Moral of the story janganlah pendamkan perasaan korang terlalu lama yerr. Sakit tau pendam ni. Walaupun zatie sendiri pendamkan tapi akan tiba satu masa benda ni akan terluah jugak. Bagi boy plak. Jangan korang biarkan girl yang dah korang ambik hati dia tapi korang biar camtu jerr. Kalau tak jadi la cam zatie ni. Si dia dah ambik hati zatie tapi hati si dia tak tahu milik sape...sob2..

Ok la yerr. Kalu nak join jugak klik kat banner atas tu yerr.. orait..tata..








6 komen

thnks join segment.. ^__^
tp mmg betul pn, kalau kita suka akan ssorg, kita perlu bg org tu taw.. mgkin boy tu suka kt zatie, tp mgkin ada ssuatu yg buat dia xdpt nk terus trg.. klu de jdoh mst bsama gk.. =)

huhuhu...:) terus terang jer!! i sokong u dearr. chayok2!!

gudluck zatie..pnjg jela dia karang..chaiyok2...hehe

sabar ye zati..kalau ada jodoh xkemana

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon