Dream High

1:53:00 AM
Assalamualaikum. Hai korang. Seharian menyepi untuk seketika. Demam citer korea datang lagi. Hihihi. Kali ni tengok citer dream high plak. Haaa. Mesti korang dah tengok kan? Dan mesti ada dari korang dah tengok dream high season 2. Betol tak? Zatie jer baru nak tengok dream high season 1 ni. Bukan tak tahu pasal citer ni. Tahu sangat laaa. Citer femes kot. Dah lama simpan dalam laptop. Tengok je tidak. Hihihi..





Citer ni memang best. Berusaha untuk mengejar impian. Zatie suka sangat dengan citer ni. Dah mabuk dengan citer ni plak. Hihihi. Pelakon2 citer ni pun hensem2 dan comel2 tau.


 Yang ni nama dia Suzy. Dalam citer dream high ni dia jadi Go Hye Mi. Comel kan? Mesti korang gler kan dia. Zatie suka watak dia. Walaupun pada mulanya dia seorang gadis yang ego tapi dia tak pernah mengalah dalam mengejar impian. Sentiasa mahu menang. Itulah Go hye Mi.




Yang ni plak nama dia Kim Soo Hyun. Dalam citer ni dia jadi Song Sam Dong. Sam Dong ni sukakan Go Hye Mi. Dia sentiasa cuba untuk melindungi Go Hye Mi.




Hensem tak yang ni? Zatie paling suka dia dalam citer ni. Taecyeon nama dia. Kalau korang ni memang minat sangat dengan K-pop mesti korang kenal kan dia? Dalam citer ni dia jadi Jin Gook ataupun Hyun Shi Hyuk. Jin Gook ni seorang lelaki yang baik dan sentisa cuba untuk membantu Go Hye Mi. Kisah silam dia banyak diceritakan pada Go Hye Mi. Etceli zatie lagi suka dia dengan Go Hye Mi dalam dream high ni. Sweet gitu..Auwwww.. Hihihi..



Yang ni plak Ham Eun Jun. Dia jadi Yoon Baek Hee. Pernah jadi kawan baik Go Hye Mi tapi selepas tu mereka jadi musuh kerana Go Hye Mi mengkhianati dia dan menyebabkan Baek Hee ni berubah menjadi seorang gadis yang keras hati. Baek Hee ni pada asalnya baik tapi sebab Go Hye Mi dia berubah. Kalau nak tahu korang tengok la citer ni. Hehehe..



Yang ni mesti korang kenal jugak kan? Tu pun kalau korang ni memang peminat setia K-pop. Jang Wooyoung nama dia. Dalam citer ni dia jadi Jason. Seorang yang pandai menari. Suara dia pun sedap tau. Dia ni suka kat Kim Pil Sook sebenarnya. Sape Kim Pil Sook tu? Meh nak tunjuk.



Ni la Kim Pil Sook atau pun nama dia IU. Comelkan dia? Pada mulanya dia ni gemuk tau. Tapi memiliki suara yang sangat merdu. Kim Pil Sook ni terlalu sukakan Jason dan dia berusaha untuk turunkan berat badan dia kerana mahu jadi kurus. Dan dia berjaya kuruskan badan dia dalam masa 200 hari. Bagi korang cepat ke lama? Kalau zatie tak tahu la. Huhuhu

Hari ni seharian zatie dok tunggu citer ni. Tak online sangat pun. Kalau tidak asyik online jerrr memanjang sampaikan penuh wall fb dengan zatie punya status. Hihihi. Twitter pun jengok gitu2 jerr dan sama la jugak dengan blog neh. Hihihi..

Ok laa. Penat dah. Kalau korang tak tengok lagi boleh la nak start tengok. Best tau. Muzikal drama. Orait. Kamsahamida.





p/s:: saya tak pernah lupakan awak... Arasso!!!




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
ary_lee
AUTHOR
August 4, 2012 at 8:35 AM delete

suka baek hee^^
lakonan terbaru bae suzy adalah big.. try lah tengok.. best kottt^^
tapi bae suzy dalam big agak annoying..
rasa nak sepak je laju2..

Reply
avatar
Ayuni Yusop
AUTHOR
August 4, 2012 at 8:44 AM delete

Yuni pun pernah tengok dream high season 1 ni.Best sangat!Tapi Dream High Season 2 memang tak best.Mula-mula tengok,lepas tu dah sampai sekerat jalan.Yuni dah tak tengok lagi.Yuni menyampah sangat kenapa JB tu banyak sangat watak dia sedangkan lead actor dia adalah jinwoon samalah juga dengan jiyeon tu,dia tu macam menggantikan kang sora(lead actress)sebab masa ep akhir kang sora hanya dapat ada dalam sikit je scene sedangkan jiyeon hampir keseluruhan cerita.

Reply
avatar
nur
AUTHOR
August 6, 2012 at 4:42 PM delete

sama la kt..dh lama citer tue ad dlm xternal, xnyempat2 gak nk tgk..hee.. singgah ler blog sy gak kt http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon