Review novel: Siapa Orang Gajiku?

11:03:00 PM
Assalamualaikum. Hari ni zatie dapat habiskan baca novel Siapa Orang Gajiku. Sape pernah baca novel ni? Bagi korang novel ni best tak?


Bagi zatie la kan. Novel ni memang best. Not bad la jalan citer dia. Tapi zatie tak jatuh cinta pun dengan hero citer ni. Hahaha. Sebaliknya jatuh cinta kat abang heroin citer ni. Korang nak tau jalan citer novel ni?Meh zatie citer sikit2 erkk. Sikit je la erkkk. Nak tau banyak kena la baca sendiri. Kejamnya. Hihihi.

Novel ni mengisahkan seorang cucu hartawan yang terkemuka iaitu Sharifah Aina Aishah atau Aina. Aina ni adalah seorang doktor psikologi yang memiliki kelulusan phD dari luar negara tapi telah mendapat tawaran dari Tengku Fauziah untuk jadi orang gaji pada cucunya iaitu Tengku Haikal Iskandar atau Haikal. Haikal ni jadi kecewa dan putus harapan untuk hidup selepas Sofea tunangnya tak hadir semasa majlis perkahwinan mereka. Haikal berasa sangat kecewa dan bertindak untuk mengurungkan dirinya dalam bilik tanpa mahu melakukan sebarang kerja. Dia tak mahu makan. Tak nak pergi kerja. Diri dia pun tak terurus. Jadi sebab nenek dia ni terlalu risaukan Haikal. Nenek Haikal pun telah merancang sesuatu untuk menyembuhkan cucunya itu. Dia telah mengupah Aina untuk menyamar sebagai orang gaji peribadi Haikal dengan tujuan untuk merubah Haikal balik kepada diri dia yang asal. Citer ni kelakar tau. Korang baca la. Hehehe..

Antara dialog dalam novel Siapa Orang Gajiku.

"Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan." - Sharifah Aina Aishah-

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh... Macam mana kau dapat gambar ni, hah?" - Tengku Haikal Iskandar-


Tergelak zatie baca yang tu. Yang lagi lucu masa Aina mandikan dia dengan buah durian. Hahaha. Kelakar gler.

Zatie suka dengan watak2 dalam citer ni. Etceli citer ni tak banyak konflik cuma kelakar je yang banyak. Zatie suka dengan watak Aina sebab Aina ni seorang yang rendah diri dan suka tolong orang. Walaupun dia dari golongan bangsawan tapi dia tak pernah berlagak dengan kelebihan yang dia miliki. Aina ni ada seorang abang iaitu Syed Aril. Aril ni la yang telah buat zatie jatuh cinta bukannya Haikal. Nak tahu nape Aril pilihan zatie? Sebab Aril ni seorang abang yang sangat penyayang. Dia sangat sayangkan Aina dan sentiasa cuba untuk melindungi adiknya itu. Nak tahu selanjutnya? Baca la sendiri. Zatie citer sikit2 jer laaa erkk.. Nanti kalau citer lebih2 kan tak syok plak.

Ok la. tata.


p/s:: lagi menanti 2 buah novel.hihihi.




Artikel Terkait

Previous
Next Post »

6 komen

Write komen
Cik Rongoks
AUTHOR
August 12, 2012 at 11:39 PM delete

yeah ! ika pon suka Aina tu tp ending dia ika tak suka.hihi

Reply
avatar
August 13, 2012 at 12:00 AM delete

macam best novel ni!!...
dah abis baca kew?

Reply
avatar
Noraim
AUTHOR
August 13, 2012 at 10:48 AM delete

ore baco doh novel ni!! buleh la.

tie, ore tag tie :)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
September 6, 2012 at 3:01 PM delete

salam

l pn suke airil ......he he

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon