kehilangan atok tersayang

8:48:00 PM
Assalamualaikum. Pada tarikh 14/10/2012 iaitu hari ahad adalah hari dan tarikh yang amat menyedihkan bagi family zatie. Kerana kami sekeluarga dah kehilangan seorang yang tersayang iaitu atok zatie. Atok zatie belah ayah. Berita yang amat zatie takut nak dengar. Sebab nya atok zatie pada sebelum ni memang sakit tenat. Zatie rasa sedih sangat atas pemergian atok. Maknanya sekarang ni zatie dah tiada atok lagi. Hanya ada nenek seorang saja.

Zatie tak sempat nak lihat wajah atok untuk kali yang terakhir sebab zatie sampai lewat kat rumah. Yerr la. Masa tu hari ahad. Zatie ada kelas. Lepas kelas baru zatie balik. Tu pun nasib baik kawan nak tolong hantarkan. Kalau tak mungkin zatie dah tak dapat nak balik kot. Last zatie jumpa dia masa petang sabtu sebelum zatie nak bertolak balik Kota Bharu. Masa tu dia memang dah tenat sangat. Petang ahad sesudah azan asar dia dah pergi untuk selamanya. Waktu zatie dapat berita tu memang zatie tak tahu nak kata apa. Seperti kelu lidah untuk bersuara. Dah la petang tu ada kelas. Zatie gagahkan juga semangat zatie untuk ke kelas. Lepas kelas baru balik. Tu pun bila sampai rumah zatie tak sempat nak tengok wajah dia untuk kali yang terakhir. Sebabnya masa tu dah siap dikapankan dan tunggu untuk solat jenazah.

Masa sampai kat rumah zatie dapat kawal rasa sedih zatie sebab masa tu bersama keluarga. Tapi bila zatie dalam perjalanan  balik ke Kota Bharu hati zatie rasa sayu sangat terkenangkan arwah atok. Terkenangkan kenangan zatie bersamanya waktu zatie kecik2 dulu. Zatie tak dapat nak kawal perasaan zatie. Dalam perjalanan balik tu zatie nangis jerr. Zatie rasa masa tu tak kuat sampai zatie tak dapat nak kawal perasaan sedih zatie. Mungkin sebab masa tu zatie hanya bertemankan kawan2 bukannya keluarga. Sebenanrnya zatie tak nak balik Kota Bharu lagi. Zatie nak tidur semalaman dulu kat rumah tapi keluarga zatie tak bagi. Diorang tak nak zatie ponteng kelas lagi sebabnye zatie dah ponteng kelas sehari untuk balik ke rumah bila dapat tahu atok dah tenat. Tapi apakan daya. Zatie kena ikut cakap mak zatie. So, zatie balik ke Kota Bharu dengan hati yang sangat sedih.




 Namun yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup harus teruskan hidup ni. Allah lebihkan sayang dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. INSYAALLAH.. Amiiinn.

Buat kawan2 yang bersusah payah temankan zatie balik hanya terima kasih sahaja yang dapat zatie berikan. Semoga Allah memberkati hidup korang. Walaupun zatie tak sempat nak tatap wajah atok untuk yang kali terakhir namun doa dari cucu mu ini sentiasa mengirimu. Al-Fatihah..





p/s:: terima kasih sebab sentiasa bagi semangat kat saya..







Artikel Terkait

Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
cci
AUTHOR
October 16, 2012 at 3:00 AM delete

takziah yer.. al fatihah..

Reply
avatar
Secret Garden
AUTHOR
October 17, 2012 at 3:10 PM delete

takziah buat keluarga K.Zatie ye. al fatihah! Farah pun macam tu jugak. Nenek sakit. Tapi, terpaksa balik kampung2 . balik2, dapat call yg nenek meninggal :'(

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon