Review novel: Cinta Untuk Sedetik Lagi

12:46:00 AM
Assalamualaikum. Salam sayang buat rakan2 blogger yang zatie sayangi. Kali ni ada sumtim yang zatie nak sharing dengan korang. Harapnye tak bosan laa erkk untuk membacanya.. Hehehe. Sesuatu yang zatie nak sharing dengan korang kali ni ialah tentang novel yang baru jerr zatie habis baca tadi.. Baru jerr lagi. Masih segar dalam ingatan ni. Hehehe. Orang lain dok kalut study nak test Zatie dok study novel. Memang terbaiklah kau wahai cik zatie. Novel kali ni adalah bertajuk Cinta Untuk Sedetik Lagi sebuah karya dari novelis muda iaitu Ezza Myasara..




Cinta Untuk Sedetik Lagi mengisahkan seorang gadis yang bernama Naila Farafeesa dan seorang lelaki yang bernama Ezrakil. Ezrakil merupakan bos kepada Farafeesa yang menyimpan rasa cinta pada Farafeesa tapi Farafeesa menolak cinta Ezrakil dan ingin menjodohkan Ezrakil dengan kakak kembarnya iaitu Naila Faraneesha. Tujuan Farafeesa buat camtu sebab dia merasakan dia tak dapat nak membahagiakan Ezrakil kerana dia mempunyai penyakit. Sebenarnya Farafeesa ni memang ada hati dengan Ezrakil  tapi dia pendamkan sahaja sebab dia tak nak Ezrakil menderita kalau2 ditakdirkan dia tak dapat hidup lama. Namun takde sape mampu menghalang kekuasaan Allah. Mereka disatukan juga. Tapi macam mana mereka disatukan korang kena lah baca sendiri novel ni erkkk. Nanti tak surprise plak kalau zatie citer semua.

Tentang Faraneesha ni plak dia merupakan seorang gadis yang mudah tersentuh emosinya. Ujian paling berat yang perlu dia lalui apabila dia kehilangan tunangnya iaitu Luqman akibat kemalangan. Faraneesha merasakan hilang kekuatan apabila orang yang dia cintai meninggalkannya untuk selama-lamanya. Namun Farafeesa adalah kekuatannya. Selepas itu Faraneesha ditemukan dengan seorang lelaki yang bernama Nazreen yang mempunyai tingkah laku seperti arwah Luqman. Nak tahu lagi?? Baca novel ni erkkk.. hehehe..

Bagi zatie novel ni memang best sangat. Kalau korang nak tahu Zatie sampai nangis tau baca novel ni. Novel ni memang sedih sangat. Sebuah cerita yang penuh dengan permainan emosi. Jalan ceritanya takde la banyak konflik sangat hanya masalah keluarga dan perasaan sahaja. Tapi novel ni memang membuat hati zatie tersentuh. Kalau tak takkan lah sampai mampu buat zatie nangis kot. Zatie ni susah sikit nak nangis kalau baca novel kecuali tengok cerita. Cerita sedih konpem zatie akan nangis laa. hehehe.

Novel ni jugak telah membuatkan zatie terbuai dengan Ezrakil. Memang dah berjaya buat zatie jatuh cinta la dengan Ezrakil ni. Romantik giler kot. Seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Dia sanggup berkorban apa sahaja demi isterinya yang tersayang iaitu Farafeesa. Beruntung kan kalau dapat suami macam Ezrakil ni. Tapi ni hanyalah novel semata-mata. Hanya khayalan. Tapi kan ade ke lelaki macam Ezrakil ni?? Hurmm. Zatie teringin laa nak ada suami macam Ezrakil ni. Sape tak nak kan ada suami baik camni. Semua wanita dalam dunia ni nak ada suami yang sanggup bersama susah dan senang. Sanggup terima segala kekurangan kita.

Ermmm. Zatie bagi 5 bintang kat novel ni. Zatie tabik laa kat penulis novel ni sebab berjaya menghasilkan sebuah karya yang mampu buat pembaca tersentuh hati apabila membacanya.


Ok laaaaa korang. Setakat itu sahaja yang zatie nak sharing dengan korang sumer. Kalau nak tahu lagi pasal jalan cerita novel ni kena laa baca sendiri yerrr. Ok.. tata..





p/s:: dapatkah si dia menerima apa adanya aku???







Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Noraim
AUTHOR
November 3, 2012 at 7:08 PM delete

namo watak tu xsey kaloh! hhaah.

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon