Monday, December 31, 2012

Memori 2012

Assalamualaikum. Entry terakhir di tahun 2012. Hari ni adalah 31/12/2012 bermakna hari ni adalah hari terakhir berada dalam tahun 2012. Maknanya esok kita akan masuk tahun baru iaitu tahun 2013. Wahh.. Terasa cepatnya masa berlalu. Tahun baru maknanya umur pun dah meningkat la kan.. Huhuhu..

Ermmm.. Sebab hari ni adalah hari terakhir tahun 2012.So, zatie nak imbau balik la suka duka dalam tahun ni.. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tahun 2012 ni. Dugaan demi dugaan datang dalam hidup zatie. Dan tahun 2012 adalah tahun yang buat zatie dapat berfikir dengan matang. Tahun yang banyak menguji mental dan fizikal zatie. Dalam tahun ni jugak banyak kenangan2 manis yang takkan zatie lupa. Kenangan2 yang mengusik jiwa. Hehehe.

Tahun 2012 adalah tahun yang buat diri zatie dapat berfikir dengan lebih matang dan sedar akan setiap ujian dan dugaan tu adalah dari Allah. Kalau dulu zatie asyik terlalu mengenangkan kesedihan diri sampaikan dah tak boleh nak buat kerja. Sampaikan muka zatie ni orang asyik nampak sedih jer. Tapi tidak lagi sekarang. Zatie cuba untuk sorokkan rasa sedih tu dengan cuba untuk berlagak seperti orang takde masalah. Biar lah orang nak kata gila pun. Hahaha. Dugaan demi dugaan datang dalam hidup zatie dan zatie sedar dugaan ni adalah dari Allah. Mungkin dugaan yang Allah berikan dalam hidup zatie sebagai penghapus atas segala dosa yang pernah zatie lakukan. Takpe.. Zatie terima atas segala ketentuanNya.

Tahun ni jugak adalah tahun yang sangat sedih buat zatie dan keluarga sebab zatie kehilangan atuk yang tersayang. Dia dah pergi untuk selamanya pada 2 bulan lepas. Satu perkara yang kita semua akan laluinya. Ermmm, memang terasa sangat masa atuk dah takde. Zatie rasa sedih sangat. Tapi zatie cuba untuk kumpulkan kekuatan dan bangkit semula. Sebab kita yang hidup ni haruslah meneruskan hidup ni.

Perkara manis dalam tahun 2012??? Ade ke?? Mestilah ada kan.. Mustahillah takde. Kenangan manis yang takkan zatie lupa adalah masa zatie pergi trip kelas kat Johor. Masa tu zatie masih lagi diploma tapi dah semester akhir. Trip yang sangat best. Nak tahu cerita dia boleh la tengok kat sini. hehehe. Ada yang lagi best sebab benda ni adalah impian zatie dari dulu lagi tau. Nak tau ke ape dia?? hehehe. Ok laa. Perkara yang paling best tu adalah zatie dapat konvo. Mungkin bagi setengah orang biasa je la kan. Konvo je kot. Tapi tu adalah cita2 zatie. Dan akhirnya tercapai jugak. Alhamdulillah. Walaupun konvo dalam keadaan sedih tapi ianya cukup bermakna dalam hidup zatie. Kenapa masa konvo zatie sedih erkk?? Malas nak ulang cerita lama. Sila tengok kat sini. Hehehe.

Ada lagi ke erkk cerita tahun 2012?? Mesti lah ada kan. Tapi kalau zatie cerita semua belum tentu lagi korang nak baca. Hahaha. Dan zatie pun tak nak ingat lagi cerita2 sedih yang dah zatie lalui. Jadikan setiap yang berlaku dalam hidup kita sebagai pengalaman hidup dan pengajaran. Sebenarnya memang ada sesuatu yang berlaku pada zatie yang memang zatie takkan lupa sampai bila2. Sesuatu yang buat zatie sedar. Mungkin tu caranya Allah nak tunjuk kat zatie. Takpe lah. Zatie terima segala ketentuan yang Dia tetapkan.


Ok la. Tak nak dah cerita tentang kenangan 2012. Zatie nak share dengan korang zatie punya azam baru. Azam baru zatie nak jadi seorang gadis yang kuat. Seorang gadis yang tak mudah mengalah dengan dugaan hidup. Cuba untuk jadi lebih baik. Ermmm, lagi apa erkkk?? Tunggu la zatie share lagi erkk. Tunggu masuk tahun baru dulu. Hehehe. Sabar2.. Kat bawah ni zatie tunjuk la kat korang gambar2 zatie pada tahun 2012 ni. Yerr laa. Tahun 2013 mungkin dah berubah kot muka zatie. Hehehe.. Ok laaa. tata.













p/s:: Adakah sinar baru akan muncul pada tahun 2013??




7 komen

hye zatiey......
smoga tahun 2013 membawa sinar baru dlm hidup zatiey...
=)

haii...salam kenalan..BW kat blog yg comeii nie...:)

dh follow blog, meh jemput singgah blog eynavsnanie.blogspot.com :)

wah mcm2 memori dlm 2012 sma cm hery jga lah..klo nk menaip pnjg juga ni..hehe..apa2 pun semoga 2013 lebih bermakna..sedihnya..hahaha

kalau cerita tentang memori.. mmg x pernah habis kan.. ehehe... semoga esok hari menberi sinar baru.

Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon