Friday, December 14, 2012

Ujian di minggu akhir

Assalamualaikum.. Minggu akhir sebelum peperiksaan bakal tiba. Dalam minggu akhir ni banyak gler assignment dan group projek yang perlu hantar kat lecturer. Test yang berderet lagi. So, sekarang ni zatie rasa stress sangat. Tak cukup tidur pun ada. Dengan banyak kelas ganti nya.  Memang tak sempat nak rehat. Masuk kelas jerr dengan muka yang sangat keletihan. Nak tengok blog ni pun memang tak sempat laa.



Sesungguhnya alam degree ni sangat lah banyak cabaran dia. Betol la apa yang dikatakan senior2 zatie dulu. Alam degree ni sangat perlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Kena kuat semangat untuk hadapi alam degree ni. Kalau tak kuat semangat memang tak dapat teruskan degree ni dengan baik. Dugaan alam degree ni sangat lah mencabar. Kesabaran zatie sangatlah teruji saat dan ketika ini. Kadang2 tu zatie hilang kekuatan diri. Zatie seperti orang yang hilang semangat tapi zatie tetap cuba lawan. Zatie cuba untuk kumpul kekuatan agar zatie dapat tempuhi segala ujian ini.



Tu baru dugaan sebagai seorang mahasiswa. Belum lagi dugaan sebagai seorang khalifah kat muka bumi Allah ni. Dugaan seorang gadis remaja yang bakal melangkah ke alam kedewasaan. Kadang2 zatie rasa tak kuat untuk hadapinya. Bila zatie rasa zatie tak kuat untuk hadapi pasti airmata akan menjadi teman sejati. Tiada teman2 yang dapat mendengar segala luahan hati. Hanya airmata yang menjadi peneman setia di kala zatie sedih.

Sebenarnya ujian ni manis kalau kita boleh hadapinya dengan penuh kesabaran. Allah tu sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar. Setiap kali zatie rasa lemah, zatie akan cuba untuk pulihkan balik semangat zatie yang hilang. Zatie taknak terus hanyut. Zatie kena kuat kalau inginkan sebuah kejayaan sebab bukan senang untuk peroleh sebuah kejayaan tanpa melalui sebarang ujian. Takkan ada kemanisan dalam sebuah kejayaan tanpa mengharungi pelbagai rintangan. Sesungguhnya ujian hidup ini tanda Allah dekat dengan kita. Allah sayangkan kita.






Orait. Zatie dah letih.. Nak siapkan kerja2 yang sangat lah banyak. Kalau ada masa zatie akan update lagi. tata..




p/s:: segalanya dah terbukti. cinta itu bukan milikku lagi..





3 komen

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Kebaikan hati lebih penting dari kebijaksanaan, dan menyadari hal ini adalah awal dari kebijaksanaan tersebut.

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Kebaikan hati lebih penting dari kebijaksanaan, dan menyadari hal ini adalah awal dari kebijaksanaan tersebut.

Jangan stress..rilex dan tarik nafas....heheheh

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon