Thursday, May 31, 2012

New Face

Assalamualaikum.. betapa hepynyer aku hari ni sbb aku berjaya design sendiri blog aku ni..setelah berhempas pulas mencari tutorial yg boleh membantu aku utk mencantikkan lagi blog aku yg hudus ni.. akhirnya aku berjaya juga..hehehe..semestinya bukan senang nak wt benda ni..perlukan kesabaran yang tinggi...cewahh...sabar la sangat aku ni kan...hehehe..

seperti yang korang lihat blog aku sekarang dgn blog aku dahulu..semestinya banyak perubahan..kan2??hehehe..

dahulu punyer..

kat atas tu yang sebelum ni..sebelum berubah wajah seperti yang korang tengok sekarang ni..ok laa..bagi yang nak tahu kat mana aku belajar sumer ni..meh aku nak gtau yerrr...



 tu la antara tok guru aku...yang menjadi tempat rujukan aku...so, bagi yang baru nak belajar boleh la rujuk2 kat link2 yang aku bagi tu erkkk...




p/s:: 2 hari kot aku dok main editing blog ni...huhuhu




Tuesday, May 29, 2012

Account Temporarily Unavailable

Assalamualaikum...entah nape la akaun fb aku ni...tiba2 aku tak boleh nak masuk plak..dah banyak kali aku try tp tak boleh jugak nak masuk...dia cakap "Account Temporarily Unavailable"...adoi...apesal la plak neh?? tak reti la aku ngn benda alah ni..peliknya akaun fb lain boleh plak bukaknye..tapi akaun fb yang aku selalu guna tu tak boleh nak masuk plak..hurmmm...

camni la jdnyer bila aku nak masuk..haisyyy...

jangan2 ade orang hack aku tak???hahahah..tapi tak mungkin la jadi camni kot...macam2 masalah benda ni..hari tu pun pernah gak jadi sekali..tapi kejap je..ni nak kata lama takde la lama sangat..hurmmm...



p/s:: borink gak rasa bila tak boleh nak online neh..hehehehe...






berhenti berharap..

Assalamualaikum.. tiap kali aku dpt friend request kat facebook aku berharap sangat yg dia akn add aku balik..tapi ternyata bukan dia orangnya..penantian aku hanyalah sia2.. selalunya bila time camni mesti aku akan tunggu dia online walaupun aku tahu bila dia online aku takkan tegur kat ruangan chat.. namun, sekurangnya aku hepy sangat dpt tengok dia online.. tapi sekarang dah takde lagi...



sejujurnya aku terlalu rindukan dia.. aku cuba utk lupakan bayang2 dia..tapi makin aku cuba makin kuat ingatan aku pd dia datang..setiap kenangan antara aku dan dia datang di fikiran.. lepas tu wat aku jadi nak nangis.. aku tahu...mungkin aku sahaja yg ingat kat dia..sedangkan dia dah x ingat kat aku pun..mungkin dia dh lupakan aku..takpe laa..aku terima andai ini pengakhiran nyerr..






aku harap sangat aku dapat lupakan dia walaupun aku tahu ianya mengambil masa yg lama.. aku juga berharap yg dia takkan kembali lagi dlm hidup aku.. seandainya dia ingin kembali sekalipun biar lah waktu itu aku dah berjaya lupakan dia.. walaupun dia pergi tanpa alasan tapi aku takkan terima dia utk kembali dengan beribu alasan sekalipun kerana hati aku dh terlalu luka kerana dia..

untuk kawan2 yang sentiasa bagi aku kata2 semangat dan dorongan..terima kasih aku ucapkan..tanpa korang aku pun xtau camner nak hadapi benda ni..





p/s:: utk awak..walaupun saya xtau apa motif awk yg sebenanrnya wt camtu kat saya tp saya tetap maafkan awak..saya xnk dendam dan marah awak lama2..sebab saya tahu xde gunanya sy marah awk..kalau ada jodoh antara kita pasti kita akan disatukan juga nati..INSYAALLAH....^__^



Saturday, May 26, 2012

aku tak berdaya..

Assalamualaikum..hari ni adalah hari yang  sangat menyedihkan hati dan perasaan aku.. kelmarin adalah hari yang sangat membahagiakan aku.. aku rasa sakit sangat.. hari ni aku hanya bertemankan airmata.. airmata aku begitu mudah mengalir keluar.. terasa sakitnya sekali dilukai.. aku rasa seperti dh tak berdaya lagi utk menanggungnya..begitu pahit dan perit sekali utk aku telan..



kelmarin adalah hari yg sangat  membahagiakan aku kerana dpt jumpa dgn dia setelah lamanya kami tak bersua muka dan bertentang mata.. tetapi hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan aku bila aku tengok dia dh remove aku dr friendlist fb dia..aku rasa seperti dia dh buang aku dr hidup dia..sedangkan kelmarin dia bg aku kegembiraan..sungguh aku tak sangka dia tinggalkan aku dgn satu kenangan yg memang sukar utk aku lupakan sepanjang hidup aku.. apa salah aku pd dia??kenapa dia buat aku cmni??dia tak pernah faham perasaan aku..




dia tak tahu yang aku sangat menyayangi dia.. mungkin pada saat ni sukar untuk aku menerimanya kerana dia tinggalkan aku tanpa alasan.. tanpa aku ketahui sebabnya..seandainya dia ada insan lain yg betakhta dihati..luahkan saja pada aku..aku akan cuba untuk menerimanya tapi bukan dgn meninggalkan aku tanpa alasan seperti ni..aku rasa seperti kelam hidup aku..dia dah buat hati aku hancur, musnah dan retak..

dan secara jujurnya memang aku tak sanggup kehilangan dia..aku terlalu sayangkan dia..tapi sekarang dia dh mungkir janji..dia pernah cakap kat aku yang dia takkan tinggalkan aku tapi sekarang dia yg tinggalkan aku...betapa sakitnya hati aku saat ketika ini..



 aku tahu..Allah tu Maha adil..Dia takkan menzalimi hamba2Nya..suatu hari nanti dia akan rasa jugak seperti yang aku rasakan saat ni..aku bukan nk doakan yg buruk2 utk dia tapi aku nak dia faham perasaan aku walaupun aku tak pernah luahkan pd dia..aku harap aku dapat lupakan dia..dapat buang segala perasaan aku ni..




 p/s:: terima kasih sebab pernah hadir dlm hidup saya..pernah buat sy rasa bahagia...sy takkan lupakan setiap kata2 yg awk ucapkan pd sy..semoga awk bahagia di atas kesedihan sy ni...T__T

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum.. hari ni adalah 16 May 2012..tarikh hari ni adalah hari guru.. jadi di kesempatan ni aku nk ucapkan selamat hari guru untuk sumer pendidik yang telah mendidik aku dr tadika sampai la aku masuk universiti dan menjadi diri aku yg sekarang ni.. Bermula dr Pasti Al-Falah, Sekolah Rendah Ugama Darul Ulum, Sekolah Maahad Ahmadi Tanah Merah dan pensyarah2 UITM Machang..




Jasa kalian dlm mendidik ku akan aku ingati hingga ke akhir hayat.. tak dilupakan jgk utk kedua ibu bapa ku yg juga merupakan guru pertama dlm hidupku yg berusaha mendidik ku menjadi insan yg berguna.. Selamat Hari Guru.. ^__^



Tuesday, May 15, 2012

jemputan kawen...

Assalamualaikum...kali ni aku dpt jemputan kawen dr ex classmate aku..iaitu wanie..wanie kawan aku kat uitm bkan kwn kat sekolah erkkk..ermm..untung la dpt kawen awal..aku ni plak xtau bila lagi..jodoh belum sampai lagi..hehehe...tapi bila dapat kad jemputan dr dia yg dia postkan kat aku ni ada la jugak rasa di hati nak kawen..hahahha...gatai nye la aku ni..baru habis diploma dah gatai nk kawen...calon pun xde lagi...hehehe..



bahagian depan kad

bahagian dalam kad..

sebenarnya aku teringin sangat nk g kat majlis ni..tapi apakan daya..nun jauh di kedah..aku plak kat kelantan tambah plak xde duit..almaklumlah xde kerja kan..beginilah nasib ku..huhuhu..

Walau apa pun semoga wani dan suami bahagia selamanya hingga ke syurga..Insyaallah..Aaminn.. 



Monday, May 14, 2012

tentang cinta..

Lelaki yang baik takkan pernah berani mengatakan cinta,sayang,rindu,kasih kepada seorang wanita serta tidak keluar berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahramnya,sebelum wanita tersebut sah menjadi yang Halal bagi dirinya..

bukan kerana lelaki itu pemalu dengan wanita akan tetapi lelaki itu takut dan malu dengan Allah Azza Wa Jalla,takut akan murka Allah Azza Wa Jalla..

“Janganlah seorang lelaki berdua dengan seorang wanita,” “kecuali dengan mahram.”(HR. Bukhari)

Ustaz Azhar Idrus kata~
"Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia"

Ustaz Mohd Kazim Elias kata~
"Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah kebaikan"

IMAM MUDA Asyraf kata~
"Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t"

Ustaz Zamri kata~
"Anda telah bersedia untuk bercouple jika niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara"...


   


note: Buktikan kata cinta dengan berjumpa wali ku,bukan dengan menyentuh hati dan perasaanku..^^

sudah cukup sudah...

Assalamualaikum.. pernahkah engkau hargai.. cinta ku yg sejati..pernahkah engkau mengerti..akan diri ku ini..  hurmm..satu lirik yg dh cukup menggambarkan rasa hati aku saat ni... sedih..kecewa..macam2 laaa...kenapa??


ok la... sudah cukup cukup sudah.. cukup sampai di sini saja.. daripada hati gelisah.. cintaku kau balas dgn dusta.. tp hakikatnya sukar utk aku lakukan...hurmmm...

note: utk entah ke berapa kalinya awk mungkir jnji lagi..tp xpe...sy xkn minta apa2 dr awk cma setiap kata2  yg awk ucapkan kat sy..sampai bila pun akn sy ingt...T__T



Friday, May 11, 2012

Sebahagian Dari Hakikat Cinta

Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu menafsirnya dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.
Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
Kemudian, datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.
Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tidak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang.

Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Lain cara kita menyayangi ibu, dan lain pula cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.
Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat.

Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.



Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Thursday, May 10, 2012

end of story..


Assalamualaikum..
end of story???
story apa ekk??
benda ni dh lama aku nk cter...
tp gara2 line internet umah aku x dpt..
so, x dapat la nk story mory kat cni..
ok la..hari ni aku nk cter tntang ni..
apa yg sebenarnya END OF STORY neh....

end of story adalah aku dh habis diploma kat uitm machang..
3 tahun aku study kat machang..
macam2 rasa aku alami selama 3 tahun aku dok kat sana...
suka duka...sendu tawa...
disayangi...dibenci..
banyak yg dh aku pelajari selama 3 tahun jd pelajar UITM machang..
segalanya adalah cabaran buat aku sebagai seorang mahasiswi universiti..

ada ketikanya aku rasa hepy sgt dok sana..
ada jugak ketikanya aku rasa sedih..
tp tu sumer x pernah mematahkan semangat aku..
walaupun ade ketikanya aku rasa seperti org yg hilang kekuatan diri..
namun,aku cuba utk cari kekuatan yg baru..
cuba utk harungi segalanya dgn tabah...


aku pernah rasa tersungkur pabila aku kehilangan seorang kwn yg sgt aku sayang...
aku rasakan spt org yg tiada arah tujuan..
aku hilang kekuatan diri..
aku lemah...aku rasa x berdaya..
hidup aku pd masa tu hanya lah airmata.
tapi, aku cuba utk bangun...
aku sedar...bukan dia sahaja kawan aku dlm dunia ni..
aku masih mempunyai ramai kwn..
namun, di situ la aku belajar erti sebuah nilai persahabatan...

soal cinta??mesti la ada jgk..
tapi aku malas dh nk cter soal cintan-cintun ni..
asyik tentang rasa yg sama...
sdih dan kecewa..
hurmm...