Wednesday, August 29, 2012

SEGMENT : PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Assalamualaikum. Join segmen ni.

klik banner



Ok siap. Jom join. Tarikh tutup 31/08/201..







Monday, August 27, 2012

Akhirnya aku dapat

Assalamualaikum. Hari ni zatie rasa hepy sangat. Nak tau sebab ape? Sebabnya zatie dah berjaya untuk sambung degree. Betapa gembiranya zatie bila cek kat portal kemasukan pelajar UITM tadi dan bila tengok zatie berjaya dapat tawaran untuk sambung degree kat UITM dalam jurusan yang sama.




Zatie dapat jurusan Ijazah Sarjana muda sains (KEPUJIAN) (statistik). Syukur Alhamdulillah. Masih ada rezeki zatie untuk sambung belajar dalam peringkat ijazah. Memang ni lah impian zatie dan kali ni zatie akan tebus balik segala kesilapan yang zatie buat masa diploma dulu. Inilah peluang terakhir yang zatie ada. Zatie nak ucapkan terima kasih kat keluarga zatie serta kawan2 yang selama ni tak putus2 bagi semangat serta doa untuk zatie berjaya. Tak lupa jugak untuk rakan2 blogger yang disayangi. Terima kasih korang sumer.


Ok laa.. Zatie chow dulu. tata.





p/s:: mana la aku nak cakau umah sewa ni??nak dok ngan sape??hu3..








Sunday, August 26, 2012

Segmen : JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN !

Assalamualaikum. Kali ni zatie join segmen dari blog Izzah Ismail lagi.

klik header..



Follower zatie - 499

Orait. Done segmen ni. Nak join jugak? Klik header kat atas tu yerr. Ok. tata..









Friday, August 24, 2012

Segment Heartbook : #2

Assalamualaikum. Berapa hari dah tak tulis kat blog comot ni. Tak sempat nak update. Sibuk beraya. Hihihi. Tak nak cakap banyak. Nak gitau kali ni zatie join segmen.


klik banner

Apa perkara yang paling best bila tibanya Hari Raya.. Korang nak tahu? Hehehe. Meh zatie nak citer.
Perkara paling best bila tiba hari raya mestila berkumpul bersama keluarga dan saudara-mara yang terdekat. Maksud yang terdekat tu bukan kat tepi rumah tapi seperti atok, nenek, mak saudara, bapa saudara dan jugak sepupu2.. Musim raya ni la kita mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang selama ni jauh. Maklumlah dok jauh2 semuanya. Nak jumpa pun susah. Musim raya camni jugak soalan2 femes akan selalu zatie dapat. Belajar kat mana? Ambik course apa? Lagi lucunyer ada yang kata zatie ni adik. Padahalnya zatie ni anak sulung. Ada yang siap tanya zatie ni tingkatan berapa. Hahaha. Perasan muda jap. Padahal zatie ni dah habis diploma pun. Ada jugak yang tanya zatie ni form berapa. Hadoi. Nampak muda kot zatie ni. Hihihi. Selain dari tu jugak paling best bila dapat beraya dengan kawan2 lama. Zatie dengan kawan2 lama kiteorang mesti akan jumpa bila musim raya. Kiteorang akan berkumpul kat rumah salah seorang dari geng kiteorang. Boleh dikatakan itulah acara tahunan kiteorang bila musim raya. Tak jumpa memang tak sah laa. Mesti kiteorang akan plan jugak untuk jumpa. Duit raya? Duit raya tu masa zaman budak2 dulu seronok la. Bila dah besar ni lain la sikit. Bukan tak dapat. Dapat lagi tau duit raya. Bukan makin sikit tapi makin banyak. Hihihi. Orang bagi kita ambik je laa..

Ok laa. Tu sahaja cerita zatie untuk segmen ni. Chow dulu. Tata.








Tuesday, August 21, 2012

Hadiah dah sampai.

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya rakan2 blogger yang zatie sayangi. Hari ni dah masuk hari ketiga kita beraya. Macam mana raya korang tahun ni? Best tak? Raya zatie tahun biasa2 jerr. Hepy jugak. Hari ni paling best sebab zatie dapat beraya dengan kawan2 sekolah zatie dulu. Memang hepy la kiteorang bila jumpa. Tapi zatie bukan nak citer pasal zatie beraya dengan kawan2. Yang tu nanti zatie citer plak. Hihihi.. Zatie nak citer kat korang yang hadiah zatie dah sampai. Baru sampai pagi tadi. Hadiah ni adalah dari cik zati. Pada bulan lepas zatie ada join satu contest ni. Tengok sini kalau nak tahu contest mana. Hehehe. Korang nak tahu hadiah ape?? zatie dapat perfume. Sakan la zatie bila dapat perfume baru. Hehehehe.





ni la perfumenyerrr..


So, zatie nak ucapkan terima kasih pada cik zati kerana bagi hadiah ni. Terharu sangat. Ni la kali pertama menang contest. Huhuhu.

Ok laaa.. Zatie nak chow dulu. Sakit hati dengan line internet.. Lembap gler. Huhuhu.. Ok. tata.





p/s:: berjayakah aku untuk sambung degree??hurmm..=__=




Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah nak raya kita ni. Entry ni zatie tak nak bebel panjang2. Nanti korang tak nak baca plak. Hehehe. Camner persiapan raya korang tahun ni? Mesti meriah sakan kan. Zatie biasa jerr. Beraya dalam kesederhanaan. Tapi yang penting tahun ni nak kumpul duit raya lagi laaa. Hihihi. Besar2 pun nak kumpul duit raya lagi zatie ni. Hehehe.



Di kesempatan yang ada ni zatie nak memohon sejuta kemaafan buat semua rakan blogger andai ada salah silap zatie kat korang yang mengguris hati dan jantung sepanjang zatie dalam berblogging. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita berkekalan selama-lamanya. INSYAALLAH. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Pandu dengan cermat. Ingatlah orang yang tersayang..




p/s:: menanti ucapan raya dari si dia..hurmm..=___=






Friday, August 17, 2012

surprise dari Mak Dara

Assalamualaikum. Hari ni zatie dapat surprise dari Mak Dara. Camne zatie boleh dapat surprise tu erkkk?? hehehe. Ok laa. Sebenarnya ada satu hari tu blog Mak Dara anjurkan segmen. Segmen ke? Ermm. Lantak laa. Hihihi. Mak Dara buat slot Saya Mahu Surprise Dari Mak Dara. Dan zatie join la slot tu. Yerr la. Nak jugak surprise tu kan.  Nak Tahu tengok sini. Korang nak tahu tak apa surprise yang Mak Dara bagi? Bagi yang join mesti la tau kan. Yang tak join mana la tau. Sekarang zatie nak gitau apa surprise yang Mak Dara bagi.

Taraaaaaaaaaa

 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |


Ni lah surprise dari Mak Dara.


Dah nampak kan apa yang zatie dapat? Zatie dapat kad raya. Siap ada gambar zatie lagi tuhs. Hihihi. Cantikkan? Terima Kasih zatie ucapkan kat Mak Dara sebab buatkan kad raya ni untuk zatie.

Ok laaa. Zatie chow dulu. Tata.











Wednesday, August 15, 2012

wordless wednesday #3 - Lelaki Sejati

Assalamualaikum.



So, camner? Bukan senang nak jumpa lelaki cam ni. Hurmmm.




p/s:: adakah awak lelaki sejati???hurmmm...=__=




Tuesday, August 14, 2012

dapat kad raya dari HH

Assalamualaikum. Hari ni zatie dapat kad raya. Kad raya dari Encik HH. Sape HH ni yerr?? Hihihi. Mesti ade yang tahu kan? kan? kan? HH ni ialah Encik Hazwan Hairy. Terima kasih banyak2 yerr. Ni la first time zatie dapat kad raya dari rakan blogger. Huhuhu. Terharu kot.










Tu la kad raya yang Encik Hairy hantar. Terima kasih banyak2 yerr. Zatie sangat menghargainya. Terharu kot. Huhuhu. Ok la. tata..




p/s:: hari yang buat aku stress!!





Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner

Assalamualaikum. Kali ni zatie telah di tag oleh ex classmate zatie. Ex ke?? Hurmm. InsyaAllah kalau ade boleh jadi classmate lagi. Hihihi. Orang tu ialah cik Noraim. Terima kasih yerr Aim tag kite. Huhuhu. Now, saya join segmen ni.

klik banner.

 Tahun ni zatie beraya kat Kelantan iaitu Tanah Merah. Seperti tahun2 sebelum ni. Tanah Merah la tempat zatie beraya sebab zatie takde kampung cam orang lain. Kat Tanah Merah ni la kampung zatie. Nenek dengan atok pun dok Tanah Merah gak. 5 minit je dari rumah zatie. Dekat sangat la kan. Tu keluarga belah ayah. Belah mak zatie plak takde atok nenek dah. Kalau ada pun mak saudara. Tu pun dok Tanah Merah jugak. Lebih kurang 10 minit je dari rumah. Kiteorang dok tak jauh pun. Dekat je. Selalunyerr kalau raya puasa Zatie beraya kat keluarga belah mak dulu. Bila kat tengah hari sikit baru kiteorang pergi beraya kat keluarga belah ayah plak. Lepas raya pertama plak baru keluar beraya luar kawasan Tanah Merah. Tu pun kalau pergi la. Pergi beraya kat rumah saudara-mara. Selalunya Pasir Puteh la tak pun kiteorang pergi Terengganu. tengok keadaan jugak la nak pergi pun. Tapi dah lama tak pergi beraya kat sana. Tahun ni tak tahu la camne. Tambah plak atok Zatie kurang sihat.

Ok la. tu je laa citer zatie. Korang nak join? Klik banner kat atas tu erkk...

Zatie tag Cci, Aisyah Humaira' dan Sha Saperi

Ok... tata.






Monday, August 13, 2012

"Saya Mahu SURPRISE Dari Mak Dara

Assalamualaikum. Sempat lagi nak join ni. Hehehe.

klik gambar



Ok la Mak Dara. Zatie letak gambar ni erkkk. Hihihi. Orait. Tata..





Sunday, August 12, 2012

Review novel: Siapa Orang Gajiku?

Assalamualaikum. Hari ni zatie dapat habiskan baca novel Siapa Orang Gajiku. Sape pernah baca novel ni? Bagi korang novel ni best tak?


Bagi zatie la kan. Novel ni memang best. Not bad la jalan citer dia. Tapi zatie tak jatuh cinta pun dengan hero citer ni. Hahaha. Sebaliknya jatuh cinta kat abang heroin citer ni. Korang nak tau jalan citer novel ni?Meh zatie citer sikit2 erkk. Sikit je la erkkk. Nak tau banyak kena la baca sendiri. Kejamnya. Hihihi.

Novel ni mengisahkan seorang cucu hartawan yang terkemuka iaitu Sharifah Aina Aishah atau Aina. Aina ni adalah seorang doktor psikologi yang memiliki kelulusan phD dari luar negara tapi telah mendapat tawaran dari Tengku Fauziah untuk jadi orang gaji pada cucunya iaitu Tengku Haikal Iskandar atau Haikal. Haikal ni jadi kecewa dan putus harapan untuk hidup selepas Sofea tunangnya tak hadir semasa majlis perkahwinan mereka. Haikal berasa sangat kecewa dan bertindak untuk mengurungkan dirinya dalam bilik tanpa mahu melakukan sebarang kerja. Dia tak mahu makan. Tak nak pergi kerja. Diri dia pun tak terurus. Jadi sebab nenek dia ni terlalu risaukan Haikal. Nenek Haikal pun telah merancang sesuatu untuk menyembuhkan cucunya itu. Dia telah mengupah Aina untuk menyamar sebagai orang gaji peribadi Haikal dengan tujuan untuk merubah Haikal balik kepada diri dia yang asal. Citer ni kelakar tau. Korang baca la. Hehehe..

Antara dialog dalam novel Siapa Orang Gajiku.

"Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan." - Sharifah Aina Aishah-

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh... Macam mana kau dapat gambar ni, hah?" - Tengku Haikal Iskandar-


Tergelak zatie baca yang tu. Yang lagi lucu masa Aina mandikan dia dengan buah durian. Hahaha. Kelakar gler.

Zatie suka dengan watak2 dalam citer ni. Etceli citer ni tak banyak konflik cuma kelakar je yang banyak. Zatie suka dengan watak Aina sebab Aina ni seorang yang rendah diri dan suka tolong orang. Walaupun dia dari golongan bangsawan tapi dia tak pernah berlagak dengan kelebihan yang dia miliki. Aina ni ada seorang abang iaitu Syed Aril. Aril ni la yang telah buat zatie jatuh cinta bukannya Haikal. Nak tahu nape Aril pilihan zatie? Sebab Aril ni seorang abang yang sangat penyayang. Dia sangat sayangkan Aina dan sentiasa cuba untuk melindungi adiknya itu. Nak tahu selanjutnya? Baca la sendiri. Zatie citer sikit2 jer laaa erkk.. Nanti kalau citer lebih2 kan tak syok plak.

Ok la. tata.


p/s:: lagi menanti 2 buah novel.hihihi.




Haram ambil gambil pengantin?

Assalamualaikum. Korang pernah tangkap gambar pengantin tak? Kat sini zatie ade sumtim nak sharing korang. Harap berguna untuk kita sumer. Zatie nak share dengan korang tentang hukum menangkap gambar pengantin. Boleh ke tak sebenarnya? Mesti ramai yang tak tahu kan? Zatie pun baru je tahu ni. Kalau nak tahu baca la erkk. Panjang tau huraian ni. Terpulang la pada korang tapi ni adalah ilmu untuk kita.





HARAM HUKUMNYA MENGGAMBAR PENGANTIN JIKA...

SOALANNYA:

Minta jasa baik Dr, untuk menerangkan trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-wedding atau selepas kahwin. 
Bagaimana pula PENDAPATAN atau UPAH bagi jurugambar yang terbabit. Terima Kasih Dr.

JAWAPAN:

Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:
أولم ولو بشاة

"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Pun begitu, diakui bahawa hari ini susah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.

Ringkasnya begini:-

1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gambar yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk 'Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi'.

2. Bergambar selepas bernikah
Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-
a- Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.

Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah
وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Bermaksud: Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias."Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

b- Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.

c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan sekadar member maklum perkahwinan telah dilangsungkan.

Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.

Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.

1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)
Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-

a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)
Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya HARAM di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.
"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

UPAH JURUGAMBAR:

Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.
Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.
Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.

Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.


Artikel ni pun zatie copy jerr.  Kalau korang nak tahu lebih jelas boleh la tengok kat sini. Ok la. Tu sahaja la yerr. Chow dulu. tata.



p/s:: semoga harapan tu menjadi milik aku..



Saturday, August 11, 2012

Segmen Follow @ Add

Assalamualaikum.. Zatie nak join segmen lagi kali ni.

klik banner


Segmen yang simple. Jom la join jugak. Klik banner tu yerr.. Ok. Tata.

SEGMEN : AYU CARI RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum. Hai korang. Dah berapa hari tak update blog. Etceli malas sebenarnya. Hahaha. Asyik dok layan game jerr. Hihihi. Ok la. Kali ni zatie nak join segmen ni erkk. Simple jerr segmen ni.

klik gambar.

Zatie rasa nak tag si dia la. Ok la. tata..



p/s:: Nak sambung degree!!!




Wednesday, August 8, 2012

wordless wednesday #2 - senggugut

Assalamualaikum.




Sama2lah kita amalkan yerr wahai wanita sekalian.




p/s:: tak sangka benda yang sama jadi lagi. sabar je la.. huhuhu..








Segmen "Syoknya Blogwalking bersama Aisyah Humaira'"

Assalamualaikum. Join segmen dari blog Aisyah Humaira.

klik banner

Siap sudah.. Kalau nak join jugak boleh klik kat banner tu yerr. Tarikh segmen ialah 08/08/2012 - 12/08/2012.

Jom join Bloglist Cci

Assalamualaikum. Zatie nak join bloglist ni la dari takde buat pape tu. Hihihi. Bloglist dari blog cik Cci.

klik banner.

Saya Bukan Blogger Doodle


Nak join jugak. Klik la banner tu erkk. Ok.. Tata.




p/s:: sedih bila kawan sendiri dah buang kita. hurmmm. T__T




Monday, August 6, 2012

Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya

Assalamualaikum. Sebab tak tahu nak buat ape. Zatie pun nak join segmen ni la. Hihihi.

klik banner


Tak lama lagi nak raya dah kan?? So, jom la kita tambahkan kenalan di hari raya. Hehehe. Nak join jugak? Klik banner yang zatie dah tepek tu..




p/s:: dah lama tak jumpa awak. sob3.






Sunday, August 5, 2012

Contest ' Saya nak Doodle dari AinaSyafiqah '

Assalamualaikum. Join contest ni..

klik gambar.

Nak tulis apa kat kotak tu? welcome to blog my love story
code warna untuk tulisan? #ED97E7


Ok.. Siap dah. Nak join? Klik gambar doodle kat atas tu erkk..









Saturday, August 4, 2012

Dream High

Assalamualaikum. Hai korang. Seharian menyepi untuk seketika. Demam citer korea datang lagi. Hihihi. Kali ni tengok citer dream high plak. Haaa. Mesti korang dah tengok kan? Dan mesti ada dari korang dah tengok dream high season 2. Betol tak? Zatie jer baru nak tengok dream high season 1 ni. Bukan tak tahu pasal citer ni. Tahu sangat laaa. Citer femes kot. Dah lama simpan dalam laptop. Tengok je tidak. Hihihi..





Citer ni memang best. Berusaha untuk mengejar impian. Zatie suka sangat dengan citer ni. Dah mabuk dengan citer ni plak. Hihihi. Pelakon2 citer ni pun hensem2 dan comel2 tau.


 Yang ni nama dia Suzy. Dalam citer dream high ni dia jadi Go Hye Mi. Comel kan? Mesti korang gler kan dia. Zatie suka watak dia. Walaupun pada mulanya dia seorang gadis yang ego tapi dia tak pernah mengalah dalam mengejar impian. Sentiasa mahu menang. Itulah Go hye Mi.




Yang ni plak nama dia Kim Soo Hyun. Dalam citer ni dia jadi Song Sam Dong. Sam Dong ni sukakan Go Hye Mi. Dia sentiasa cuba untuk melindungi Go Hye Mi.




Hensem tak yang ni? Zatie paling suka dia dalam citer ni. Taecyeon nama dia. Kalau korang ni memang minat sangat dengan K-pop mesti korang kenal kan dia? Dalam citer ni dia jadi Jin Gook ataupun Hyun Shi Hyuk. Jin Gook ni seorang lelaki yang baik dan sentisa cuba untuk membantu Go Hye Mi. Kisah silam dia banyak diceritakan pada Go Hye Mi. Etceli zatie lagi suka dia dengan Go Hye Mi dalam dream high ni. Sweet gitu..Auwwww.. Hihihi..



Yang ni plak Ham Eun Jun. Dia jadi Yoon Baek Hee. Pernah jadi kawan baik Go Hye Mi tapi selepas tu mereka jadi musuh kerana Go Hye Mi mengkhianati dia dan menyebabkan Baek Hee ni berubah menjadi seorang gadis yang keras hati. Baek Hee ni pada asalnya baik tapi sebab Go Hye Mi dia berubah. Kalau nak tahu korang tengok la citer ni. Hehehe..



Yang ni mesti korang kenal jugak kan? Tu pun kalau korang ni memang peminat setia K-pop. Jang Wooyoung nama dia. Dalam citer ni dia jadi Jason. Seorang yang pandai menari. Suara dia pun sedap tau. Dia ni suka kat Kim Pil Sook sebenarnya. Sape Kim Pil Sook tu? Meh nak tunjuk.



Ni la Kim Pil Sook atau pun nama dia IU. Comelkan dia? Pada mulanya dia ni gemuk tau. Tapi memiliki suara yang sangat merdu. Kim Pil Sook ni terlalu sukakan Jason dan dia berusaha untuk turunkan berat badan dia kerana mahu jadi kurus. Dan dia berjaya kuruskan badan dia dalam masa 200 hari. Bagi korang cepat ke lama? Kalau zatie tak tahu la. Huhuhu

Hari ni seharian zatie dok tunggu citer ni. Tak online sangat pun. Kalau tidak asyik online jerrr memanjang sampaikan penuh wall fb dengan zatie punya status. Hihihi. Twitter pun jengok gitu2 jerr dan sama la jugak dengan blog neh. Hihihi..

Ok laa. Penat dah. Kalau korang tak tengok lagi boleh la nak start tengok. Best tau. Muzikal drama. Orait. Kamsahamida.





p/s:: saya tak pernah lupakan awak... Arasso!!!




Thursday, August 2, 2012

Masihkah ada peluang??

Assalamualaikum. Sebelum zatie memulakan sesi luahan hati dan perasaan. Zatie nak ucapkan terima kasih kat Raihan sebab buatkan button badge ni untuk zatie. Sangat menghargainya. Comel sangat.

ni la button badge nyerr.. cumel kan??


Hurmmm. Zatie rasa sedih laa. Rasa takut pun ada jugak ni. Zatie nak sangat sambung degree. Tapi masihkah ada peluang untuk zatie sambung degree kat UiTM? Zatie still lagi nak belajar. Walaupun ramai yang bagi harapan kat zatie yang zatie akan berjaya rayuan tu namun zatie tetap rasa tak sedap duduk. Zatie takut harapan dan impian zatie nanti akan hancur. Zatie takut zatie akan rasa kecewa yang teramat sangat. Bukan sekali zatie gagal. Tapi dah banyak kali. Dah banyak kali zatie jatuh dan saat kejatuhan tu hanya airmata menjadi saksinya. Namun zatie tak mudah mengalah. Zatie cuba untuk kuatkan semangat dengan bangkit semula dan usaha lagi.

Sejujurnya. Zatie rasa jeles sangat tengok kawan2 diploma dapat sambung degree. Zatie pun nak jugak!!! Jeles sangat. hurmmm..

Zatie sedar semua ni ujian dariNya. Dia takkan uji zatie kalau zatie memang tak mampu nak hadapinya. Tapi zatie bukan la kuat sangat. Zatie kenal diri zatie camner. hurmmm..

Ya Allah. Kuatkanlah aku untuk hadapi semua ni...



p/s: awak memang tak peduli pasal saya..T__T





Wednesday, August 1, 2012

wordless wednesday #1- agak2 korang ingat tak?

Assalamualaikum.


Amacam? Korang ingat tak??huhuhu




p/s: zatie sentiasa ingat..tapi dia je yg tak ingat..huhuhu