Friday, September 21, 2012

PTPTN yang menguji kesabaran

Assalamualaikum. Sebelum tu zatie nak mintak maaf la yerr. Sebab posting lebih kepada untuk melepaskan rasa geram dan sakit hati. Mesti korang nak tahu kan. Zatie rasa tersangat la bengang hari ni. Kuar pagi2 untuk serahkan dokumen perjanjian PTPTN  dan tunggu hampir 4 jam dengan beraturnye panjang tapi akhirnya pihak PTPTN menolak dokumen zatie.

Bukan zatie sorang sahaja. Etceli heboh kot hari ni semua budak Degree Statistik UiTM Kampus KB kena tolak PTPTN dan terpaksa mohon balik untuk kelompok kedua. Sebabnyerr kampus kat surat tawaran PTPTN tak sama dengan kampus dalam surat tawaran universiti. Maksudnyerr camni la erkk. Dalam surat tawaran UiTM kiteorang budak Statistik dapat kat kampus Machang tapi masa mohon PTPTN kiteorang isi kampus Kota Bharu sebab kiteorang memang pelajar kampus Kota Bharu. Kirenyerr PTPTN tu nak kiteorang isi kampus tu sama dengan surat tawaran UiTM. Agak menyakitkan hati jugak la PTPTN ni. Berbelit kot. Dah la cerewet gler syarat dia. Tapi lagi cerewet syarat yang lama. Yang terbaru ni kira ok la sikit. Sikit jerr laaa..




Kiteorang tadi tersangatlah kecewa sebab terpaksa mohon balik. Kiteorang dah rugi duit lagi dengan kos print nyerr. Ni nak kena beli no pin baru plak. Lepas tu kena print balik surat perjanjian baru. Lepas tu bila time hari serah perjanjian kena pergi kat kampus Machang. Bukan kampus KB. Hadoi. Jauh jugak la nak kena gi. Kena cari transport lagi. Memang agak menyakitkan hati jugak la. Dah la lama lagi kena tunggu. Sebulan jugak kot untuk proses surat perjanjian tu sebelum hari serah kat pihak PTPTN. Dah la zatie ni takde duit sangat. Takkan la nak mintak kat mak ngan ayah selalu kot. Setakat makan ok la kot. Tapi nak beli buku. Buku plak bukannyerr murah. Mahal kot.

Hurmm. Ni la dikatakan dugaan. Apa2 pun sabar jerr la dulu. Kalau dah rezeki tu tak ke mana la kan.  Ok laaa. Malas dah zatie nak ingat balik. Jadikan peristiwa hari ni sebagai pengalaman dan kenangan yang akan dikenang sampai bila2. Orait. Zatie chow dulu. Tata.





p/s:: TQ awak sebab sudi ambik sikit masa dengar masalah saya. Lepas jugak sikit..^__^












Monday, September 17, 2012

terasa susah

Assalamualaikum. Bertemu kembali kita. Hehehe. Dah lama kan zatie tak update blog neh. Dah naik berhabuk kot blog zatie ni. Huhuhu. Etceli baru siap wat homework untuk subjek Mathematical Logic And Proving Techniques. Bajet rajin kan zatie ni?? Hahaha. Azam baru. Degree ni tak boleh main2 dah. Kena tingkatkan usaha dengan lebih gigih lagi. Fighting!

Dah nak masuk 2 minggu zatie mulakan sesi pengajian. Tempat baru, suasana baru dan boleh dikatakan semua baru laa. Sampai zatie rasakan susah sangat nak sesuaikan diri dok tempat baru ni. Lagi2 belajar kat bandar. Yerr la kan. Orang kata belajar kat bandar ni senang. Semua kemudahan ada. Tapi bagi zatie la kan kat sini susah nak dapat kemudahan tu. Nak cari makan pun susah. Lebih2 lagi waktu malam. Kedai untuk beli barang harian pun takde. Agak mendapat kejutan jugak la dok kat kampus Kota Bharu ni.

Etceli apa yang zatie rasakan sekarang ni sama dengan apa yang zatie rasakan masa mula2 masuk diploma dulu. Memang susah zatie nak terima keadaan sekelilingnya. Dah la rasa cam takde kawan. Berseorangan. Hanya menumpang kasih dengan kakak2 senior. Sampaikan zatie rasa seperti dimanjakan. Yerr la kan. Zatie ni anak sulung. Tak pernah rasa ada kakak atau abang. Tapi bila masuk Universiti lain plak jadinyerr. Walaupun dulu zatie rasa susah tapi zatie masih boleh belajar untuk bersendiri. Cari makan sendiri. Tapi kat sini. terasa sedikit susah. Seperti apa yang dikatakan mak zatie. Suatu hari nanti akan rasa susah lagi. Kalau dah rasa susah masa dok kat kampus Machang dulu nanti dok kampus lain lagi akan rasa susah. Tapi zatie bukan jenis yang mudah mengalah. Setiap yang berlaku ni buat zatie bertambah kuat dan tabah.




Kalau kat Kota Bharu ni zatie dah rasa susah. Agaknyerr la kan camner laa kalau zatie dapat kat Shah Alam??? Mesti lagi susah kan. Dengar citer dari kawan2 pun dah rasa takut. Namun, zatie bersyukur sebab dapat dekat dengan rumah. Dekat ke?? Dekat jugak la kan sebab dalaam negeri sendiri.

Ok laaa. Sekian sahaja cerita kali ni. Kalau rajin zatie update lagi. Hahahaha. Tata..




p/s:: bila saya sedih mesti ingat kat awak. hurmmm.T__T





Monday, September 10, 2012

First Day

Assalamualaikum. Baru dapat update blog. Hehehe. Hari ni zatie sudah mendaftar sebagai pelajar kampus Kota Bharu. So, sekarang ni dah bergelar pelajar ijazah ok. Tapi rasa cam budak jerr lagi. Hahahaha. Perasan kan zatie ni. Perasan muda. Hihihi.

Hari ni penat sangat. Ye la kan. Dari pagi lagi kuar untuk mendaftar lepas tu ada taklimat bersama Koordinator kursus dan Ketua Pusat Pengajian. Yang tu sesi pagi. Sambung plak taklimat untuk sesi petang. Mahu nyerr zatie tak ngantuk masa dengar taklimat. Penat kot. Dah la semalam tak dapat nak tidur gara2 panas punyerr pasal. Maklumlah bilik yang zatie sewa ni pakai kipas dinding jerr. Bukan kipas siling(betol tak zatie eja ni? hahahhaa).


sempat posing sebelum sesi taklimat bermula. He3.


Hari ni baru hari pertama. Tak mula kelas lagi. Tadi kiteorang baru diperkenalkan dengan lecturer yang akan ajar kiteorang sepanjang degree kat UiTM Kampus Kota Bharu. Hari ni jugak  kiteorang diberi taklimat untuk buat pengecualian kredit. Tau tak ape pengecualian kredit tu? Meh nak gitau. heheheh. Pengecualian kredit tu adalah untuk drop subjek yang kiteorang dah ambik masa diploma hari tu. Subjek dah ambik kan. So, tak perlulah ambik balik. Rugi masa jerr. Kite nak grad awal. hehehehe. Haaa. Camtu la lebih kurang nyerr. 

Etceli mula2 dok tempat baru ni zatie rasa lain la sikit. Yerr la kan. Tempat kita tak biasa lagi. Tambah plak zatie terpisah dengan geng zatie. So, rasa cam terpencil jugak laa. Agak la kan. Huhuhuhu.. Takpe laa. Untuk first sem jerr. Belajar untuk sesuaikan diri kat tempat baru.

Esok dah mula kelas. Wahhh. Zatie dah tak tahu nak rasa ape. Tak sabar, takut, risau macam2 la ada lagi. Kalau boleh degree ni zatie nak buat yang terbaik. Tebus balik segala kesilapan masa diploma dulu. Doa2 kan lah zatie erkk. Moga zatie dapat harungi segala cabaran yang akan zatie lalui sepanjang tempoh zatie belajar ni.


Ok laaaaaaaa. Penat dah taip. Mahu berehat jap. Berehat la sangat kan. hahaha. Ok laa. tata..






p/s:: tercari-cari kat mana awak. tapi awak takde pun. Huhuhu.






Saturday, September 8, 2012

Akan Merantau

Assalamualaikum. Hai korang. Ape khabar? Sihat. Hari ni baru update blog. Punyerr la lama zatie tak update blog. Maap la erkk. Etceli zatie takde mood nak update. Sibuk dengan persiapan nak masuk degree. Hurmm.. Sibuk ke cik zatie?? Online boleh plak. Hihihi. Sibuk jugak laaa. Sampai kalut zatie dibuatnyerr. Ape tidak nyerr. Bila mak tanya dokumen2 yang perlukan pengesahan dah siap belum. Masa tu baru lah kalut nak prepare. Macam tak biasa masuk U plak zatie ni kan. Hehehe. Padahal 3 tahun kot diploma.  Sampai zatie dah kena marah kat mak ngan ayah. Sebab wat sikap sambil lewa. Padan muka zatie kan. Sebenarnya zatie cam bingung sikit. Tak tahu nak wat pe. Cam blurr jerr. Huhuhu. Nasib baik la dah jumpa rumah sewa.

Ermm. Lepas ni zatie akan merantau lagi. Merantau ke? Padahal belajar kat U dalam negeri sendiri jerr. Kelantan jugak. Cuma keluar daerah jerr. hahahah. Nak merasa jadi perantau jugak zatie ni. Hihihi. Diploma dulu kat Machang. Dalam negeri sendiri jugak. Dekat sikit ngan Tanah Merah. 3 tahun diploma kat UiTM Machang dan jadi orang Machang. Hihihi.

Sekarang untuk degree kat ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu. Jauh la sikit dari Tanah Merah tu. 2 tahun setengah dok sana. Agaknye memang zatie ni akan kekal jadi orang kelantan kot. Takkan merasa nak merantau negeri orang. Entah2 kawen pun dengan orang Kelantan. Hahaha. Tapi memang orang Kelantan pun menjadi pilihan zatie. hehehe.


Ok laaa. Tak nak bebel panjang lebar. Nak kemas baju. Huhuhu. Orait. tata..





p/s:: masa untuk belajar hidup berdikari. ^__^








Sunday, September 2, 2012

Drama Adama & Hawa

Assalamualaikum. Dah berapa hari tak update blog. Berhabuk dah kot blog zatie ni. Nak kata takde masa zatie ni online sokmo. Hehehe. Cuma malas nak ringan kan jari ni nak taip kat blog tambah plak takde idea nak taip. Huhuhu. Etceli sekarang ni zatie tengah sibuk uruskan hal2 untuk masuk belajar balik. Tak lama dah. Minggu depan dah zatie nak masuk belajar balik dan mulakan hidup baru sebagai seorang pelajar ijazah. Rasa cam tak caye pun ada yang zatie ni dah masuk alam ijazah. Rasa cam baru habis SPM. Hihihi. Perasan la kau wahai cik zatie. Hahaha. Ok. Tak nak bebel panjang. Korang dah baca novel Adam dan Hawa karya Aisya Sofea tu? Mesti dah baca kan? Agak2 nyerr dah banyak kali khatam kot. Hehehe. Mesti korang sekarang ni jugak tengah follow citer Adam dan Hawa ni kan? Sama la zatie pun. Tengah follow citer ni jugak. Hehehe..




Zatie tak pernah baca pun novel Adam dan Hawa ni. Tapi zatie tahu la sikit2 pasal novel ni. Best citer ni. Zatie memang follow la citer ni. Tapi zatie download jerr. Nak tengok kat umah takde Astro Mustika HD bukan setakat astro la TV pun takde. Hahaha. Etceli tv umah zatie rosak dan ayah zatie malas nak baiki. Sebab tu la sampai sekarang umah zatie takde tv. Kalau nak tengok citer tengok kat laptop je laaa.. Melalut panjang dah zatie ni. Maap yerrr korang. Hehehe. Amacam bagi korang. Best tak citer ni? Mesti la best kan. Tambah plak hero malaya yang berlakon. Aaron Aziz tu. Abang hensem yang berlakon. Mau nyer tak best citer ni. Tambah plak watak Adam Mukhriz ni seorang lelaki PLAYBOY. Errrr.. Tiba2 plak jadi emo. Hehehe.

Rasa meluat pun ada dengan Adam Mukhriz ni. Buaya kot. Tapi nasib baik hensem. Hahhaa. Nape erkkk? Asal lelaki hensem jerr mesti playboy. Hurmmm. Terlebih laku. Gitu la jadi nyerrr. Huhuhuhu.. Dah la. Cam lain macam je kan. Hehehe. Lari topik jap.

Citer ni panjang kot episod dia. 80 episod ok. Sekarang ni baru episod 4. Sedang menanti episod seterusnya. Apa yang penting Adam mukhriz ni romantik. Sama macam Seth Tan dalam Nora Elena kot. Heheheh.

Ok laa. Penat dah nak taip. Padahal takde idea. Hahaha. Orait. Chow dulu. Tata..




p/s:: gembira dapat kenal dengan adik awak. adik awk pun baik. ^__^