Tuesday, October 30, 2012

Ade sape2 boleh tolong??

Assalamualaikum. Zatie muncul balik. Dah lama kot tak update blog tersayang neh. Berhabuk dah blog zatie neh. Hadoi.. Maap la erkkk.. Zatie takde mood nak berblogging sejak dua menjak neh. Tak tahu la sebab apa. Stress study kot.. Ye la kot. Hahahaha.

Sebenarnya zatie dah bosan la dengan background blog zatie ni. Dah lama kot zatie tak tukar zatie punyerr background blog neh.. Sampai dah dua kali raya. Orang lain dah banyak kali tukar. Tapi zatie masih jugak dok guna background blog yang sama. Tak tukar pun. Huhuhu.. Agaknyerr sebab ni kot blog zatie dah kurang pengunjung tambah plak zatie jarang update sekarang ni.

Ermmmm, sebenarnya ada rasa nak edit blog neh  tapi takde idea laa. Korang nak tolong zatie tak?? Bagi la idea sikit2. Tak pun kalau ade yang nak tolong editkan pun zatie amatlah mengalu-alukannya. Yerr laaa. Zatie ni takde laaa reti sangat bab edit mengedit ni. Simple2 jerr.. Tengok blog zatie sekarang ni la.. Bukannyerr comel cam blog korang pun. Biase2 jerr. Asalkan sedap memandang mata zatie sudah laa dan tak menyerabutkan mata untuk menengoknya.

Zatie pun dah pening laa. Tak tahu nak design blog ni camner. Apa yang zatie nak tema blog zatie mestilah warna pink. Hehehe. Mintak maaf lah yerr kalau ade yang tak suka dengan warna pink tu. Lagipun memang zatie suka dengan warna pink ni. Baru laaa nampak feminin sikit. Hehehehe.





Ok laa korang. Zatie nak cari idea dulu. Korang pun tolong kasi idea yang bernas2 sikit erkkk. Tolong la saya yang masih merangkak dalam edit mengedit ni. hehehe. Ok.. tata.





p/s:: stress dengan subjek nonparametric neh. tak paham kot. hadoi.. T__T






Monday, October 15, 2012

kehilangan atok tersayang

Assalamualaikum. Pada tarikh 14/10/2012 iaitu hari ahad adalah hari dan tarikh yang amat menyedihkan bagi family zatie. Kerana kami sekeluarga dah kehilangan seorang yang tersayang iaitu atok zatie. Atok zatie belah ayah. Berita yang amat zatie takut nak dengar. Sebab nya atok zatie pada sebelum ni memang sakit tenat. Zatie rasa sedih sangat atas pemergian atok. Maknanya sekarang ni zatie dah tiada atok lagi. Hanya ada nenek seorang saja.

Zatie tak sempat nak lihat wajah atok untuk kali yang terakhir sebab zatie sampai lewat kat rumah. Yerr la. Masa tu hari ahad. Zatie ada kelas. Lepas kelas baru zatie balik. Tu pun nasib baik kawan nak tolong hantarkan. Kalau tak mungkin zatie dah tak dapat nak balik kot. Last zatie jumpa dia masa petang sabtu sebelum zatie nak bertolak balik Kota Bharu. Masa tu dia memang dah tenat sangat. Petang ahad sesudah azan asar dia dah pergi untuk selamanya. Waktu zatie dapat berita tu memang zatie tak tahu nak kata apa. Seperti kelu lidah untuk bersuara. Dah la petang tu ada kelas. Zatie gagahkan juga semangat zatie untuk ke kelas. Lepas kelas baru balik. Tu pun bila sampai rumah zatie tak sempat nak tengok wajah dia untuk kali yang terakhir. Sebabnya masa tu dah siap dikapankan dan tunggu untuk solat jenazah.

Masa sampai kat rumah zatie dapat kawal rasa sedih zatie sebab masa tu bersama keluarga. Tapi bila zatie dalam perjalanan  balik ke Kota Bharu hati zatie rasa sayu sangat terkenangkan arwah atok. Terkenangkan kenangan zatie bersamanya waktu zatie kecik2 dulu. Zatie tak dapat nak kawal perasaan zatie. Dalam perjalanan balik tu zatie nangis jerr. Zatie rasa masa tu tak kuat sampai zatie tak dapat nak kawal perasaan sedih zatie. Mungkin sebab masa tu zatie hanya bertemankan kawan2 bukannya keluarga. Sebenanrnya zatie tak nak balik Kota Bharu lagi. Zatie nak tidur semalaman dulu kat rumah tapi keluarga zatie tak bagi. Diorang tak nak zatie ponteng kelas lagi sebabnye zatie dah ponteng kelas sehari untuk balik ke rumah bila dapat tahu atok dah tenat. Tapi apakan daya. Zatie kena ikut cakap mak zatie. So, zatie balik ke Kota Bharu dengan hati yang sangat sedih.




 Namun yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup harus teruskan hidup ni. Allah lebihkan sayang dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. INSYAALLAH.. Amiiinn.

Buat kawan2 yang bersusah payah temankan zatie balik hanya terima kasih sahaja yang dapat zatie berikan. Semoga Allah memberkati hidup korang. Walaupun zatie tak sempat nak tatap wajah atok untuk yang kali terakhir namun doa dari cucu mu ini sentiasa mengirimu. Al-Fatihah..





p/s:: terima kasih sebab sentiasa bagi semangat kat saya..







Friday, October 5, 2012

belajar untuk menerima..

Assalamualaikum. Last update blog 21 September 2012. Lama kot tak update blog. Maap la erkkk. Takde mood kot. Ditambah plak internet kat rumah sewa zatie ni selalu jerr buat hal. Tensen betol. Huhuhu.

Alhamdulillah. Dah masuk sebulan zatie berada kat tempat baru. Sekarang ni zatie sedang mencuba untuk menerima perubahan keadaan kat sekeliling zatie ni. Yerr la kan. Pada awal nya zatie terasa susah kot nak terima keadaan kat tempat baru ni. Dengan nak cari makan nyerr susah lepas tu rasa cam sorang2 jerr.. Tapi sekarang ni zatie sedang belajar untuk menyesuaikan dengan keadaan kat kat sini.





Walaupun terasa sukar tapi zatie kena terima jugak keadaan kat sini. Kampus Kota Bharu tak sama dengan kampus Machang. Kampus Machang besar sedangkan kampus KB ni kecik jerr. Walaupun kampus KB ni kat bandar tapi tetap lain. Bandar kot. Bandar besar plak tu. Hurmm. Bila jadi camni zatie rasa rindu sangat kat Machang. Rindu gler kot. Tempat zatie belajar susah senang. Zatie belajar untuk hidup berdikari.

Zatie anggap ni semua sebagai cabaran buat zatie untuk menuntut ilmu. Semoga zatie tabah dan boleh harungi cabaran ni sampai habis degree ni. Korang doakan lah yang terbaik untuk zatie yerr..





p/s:: best kan kalau dapat jumpa awak selalu. seperti dulu..huhuhu..