jemputan konvokesyen UiTM kali ke 77

6:02:00 PM 6
Assalamualaikum. Bersua kita kembali kat sini. Cam dah lama berpisah jerr erkkk.. Hahaha. Zatie yang menyepikan diri. Tapi bukan menyepi pun. Ade jerr. Masih lagi sentiasa menjenguk blog hudus neh.. huhuhu.. Sekali sekala ade jugak jenguk2 kat blog korang.. Korang jerr tak tahu.. (ayat simpati)..hehehe.. Etceli zatie ade sumtim nak share dengan korang ni. Sesuatu yang sememangnya zatie tunggu dari dulu lagi. Korang nak tahu apa?? Jeng2.. Tengok gambar kat bawah ni erkkk??

|
|
|
|
|
|
|




Haaaa.. Nampak tak kat dalam gambar tu?? Kalau tak nampak sila besarkan gambar itu untuk nampak lebih jelas. Terima kasih. Hehehe. Jemputan konvokesyen UiTM kali ke-77. Alhamdulillah.. Memang ni lah impian Zatie untuk konvo diploma tepat pada masanya iaitu bersama-sama kawan2 yang lain. Zatie berusaha keras jugak untuk grad pada waktu yang sepatutnya. Walaupun keputusannya takde la membanggakan sangat tapi zatie tetap berusaha untuk grad bersama kawan2 yang lain. Alhamdulillah. Zatie berjaya jugak untuk tamat diploma pada waktu yang sepatutnya. Syukur sangat2.

Zatie akan berkonvo pada tarikh 1/12/2012 pada jam 12.30pm iaitu untuk sidang ke-12. Sidang ke-12 ni mengumpulkan Fakulti Sains Komputer Dan Matematik dan Akademik Pengajian Bahasa yang akan berkonvo pada sidang ke-12 ni.. Dan zatie adalah dari Fakulti Sains Komputer Dan Matematik untuk program Diploma Statistik. Konvokesyen ni akan berlangsung di Dewan Agong Tengku Canselor UiTM Shah Alam.

Etceli zatie malu jugak nak berkonvo ni. Yerr la kan. Kite ni dah la tak macam orang lain. Lepas tu konvo pun takde bintang. Huhuhu. Sabar jerr laa. Tapi zatie kuatkan jugak semangat untuk join konvo ni sebab ni adalah impian zatie. Keinginan zatie yang zatie simpan dari sekolah lagi. Walaupun zatie g konvo tanpa family. Sedih tu memang sedih jugak laa. Tapi zatie kena tabah laa. Anggap saja lah ni cabaran untuk Zatie. Dan zatie berharap untuk konvo degree nanti zatie dapat meraikannya bersama keluarga tersayang dan suami.. Tetttttt.. Hehehehe. 

Sidang konvokesyen ni jugak adalah merupakan hari lahir kawan baik zatie tau iaitu Ina. Konvo sambil sambut hari lahir yang ke-21. Wahhh. Cam kebetulan laa plak kan. Sidang ke-12 dan sambut hari lahir yang ke-21. Nombor tu terbalik. Main dengan nombor la plak zatie ni. Mentang2 laa budak statistik. Hehehe.. Bertuah sungguh Ina. 

Ok laaa. Setakat tu lah dulu yerr. Letih dah nak taip panjang2. Jumpa lagi yerr. Tata..





p/s:: teringin awak ade masa saya konvo nanti.. >_<






Review novel: Cinta Untuk Sedetik Lagi

12:46:00 AM 1
Assalamualaikum. Salam sayang buat rakan2 blogger yang zatie sayangi. Kali ni ada sumtim yang zatie nak sharing dengan korang. Harapnye tak bosan laa erkk untuk membacanya.. Hehehe. Sesuatu yang zatie nak sharing dengan korang kali ni ialah tentang novel yang baru jerr zatie habis baca tadi.. Baru jerr lagi. Masih segar dalam ingatan ni. Hehehe. Orang lain dok kalut study nak test Zatie dok study novel. Memang terbaiklah kau wahai cik zatie. Novel kali ni adalah bertajuk Cinta Untuk Sedetik Lagi sebuah karya dari novelis muda iaitu Ezza Myasara..




Cinta Untuk Sedetik Lagi mengisahkan seorang gadis yang bernama Naila Farafeesa dan seorang lelaki yang bernama Ezrakil. Ezrakil merupakan bos kepada Farafeesa yang menyimpan rasa cinta pada Farafeesa tapi Farafeesa menolak cinta Ezrakil dan ingin menjodohkan Ezrakil dengan kakak kembarnya iaitu Naila Faraneesha. Tujuan Farafeesa buat camtu sebab dia merasakan dia tak dapat nak membahagiakan Ezrakil kerana dia mempunyai penyakit. Sebenarnya Farafeesa ni memang ada hati dengan Ezrakil  tapi dia pendamkan sahaja sebab dia tak nak Ezrakil menderita kalau2 ditakdirkan dia tak dapat hidup lama. Namun takde sape mampu menghalang kekuasaan Allah. Mereka disatukan juga. Tapi macam mana mereka disatukan korang kena lah baca sendiri novel ni erkkk. Nanti tak surprise plak kalau zatie citer semua.

Tentang Faraneesha ni plak dia merupakan seorang gadis yang mudah tersentuh emosinya. Ujian paling berat yang perlu dia lalui apabila dia kehilangan tunangnya iaitu Luqman akibat kemalangan. Faraneesha merasakan hilang kekuatan apabila orang yang dia cintai meninggalkannya untuk selama-lamanya. Namun Farafeesa adalah kekuatannya. Selepas itu Faraneesha ditemukan dengan seorang lelaki yang bernama Nazreen yang mempunyai tingkah laku seperti arwah Luqman. Nak tahu lagi?? Baca novel ni erkkk.. hehehe..

Bagi zatie novel ni memang best sangat. Kalau korang nak tahu Zatie sampai nangis tau baca novel ni. Novel ni memang sedih sangat. Sebuah cerita yang penuh dengan permainan emosi. Jalan ceritanya takde la banyak konflik sangat hanya masalah keluarga dan perasaan sahaja. Tapi novel ni memang membuat hati zatie tersentuh. Kalau tak takkan lah sampai mampu buat zatie nangis kot. Zatie ni susah sikit nak nangis kalau baca novel kecuali tengok cerita. Cerita sedih konpem zatie akan nangis laa. hehehe.

Novel ni jugak telah membuatkan zatie terbuai dengan Ezrakil. Memang dah berjaya buat zatie jatuh cinta la dengan Ezrakil ni. Romantik giler kot. Seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Dia sanggup berkorban apa sahaja demi isterinya yang tersayang iaitu Farafeesa. Beruntung kan kalau dapat suami macam Ezrakil ni. Tapi ni hanyalah novel semata-mata. Hanya khayalan. Tapi kan ade ke lelaki macam Ezrakil ni?? Hurmm. Zatie teringin laa nak ada suami macam Ezrakil ni. Sape tak nak kan ada suami baik camni. Semua wanita dalam dunia ni nak ada suami yang sanggup bersama susah dan senang. Sanggup terima segala kekurangan kita.

Ermmm. Zatie bagi 5 bintang kat novel ni. Zatie tabik laa kat penulis novel ni sebab berjaya menghasilkan sebuah karya yang mampu buat pembaca tersentuh hati apabila membacanya.


Ok laaaaa korang. Setakat itu sahaja yang zatie nak sharing dengan korang sumer. Kalau nak tahu lagi pasal jalan cerita novel ni kena laa baca sendiri yerrr. Ok.. tata..





p/s:: dapatkah si dia menerima apa adanya aku???