Monday, December 31, 2012

Memori 2012

Assalamualaikum. Entry terakhir di tahun 2012. Hari ni adalah 31/12/2012 bermakna hari ni adalah hari terakhir berada dalam tahun 2012. Maknanya esok kita akan masuk tahun baru iaitu tahun 2013. Wahh.. Terasa cepatnya masa berlalu. Tahun baru maknanya umur pun dah meningkat la kan.. Huhuhu..

Ermmm.. Sebab hari ni adalah hari terakhir tahun 2012.So, zatie nak imbau balik la suka duka dalam tahun ni.. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tahun 2012 ni. Dugaan demi dugaan datang dalam hidup zatie. Dan tahun 2012 adalah tahun yang buat zatie dapat berfikir dengan matang. Tahun yang banyak menguji mental dan fizikal zatie. Dalam tahun ni jugak banyak kenangan2 manis yang takkan zatie lupa. Kenangan2 yang mengusik jiwa. Hehehe.

Tahun 2012 adalah tahun yang buat diri zatie dapat berfikir dengan lebih matang dan sedar akan setiap ujian dan dugaan tu adalah dari Allah. Kalau dulu zatie asyik terlalu mengenangkan kesedihan diri sampaikan dah tak boleh nak buat kerja. Sampaikan muka zatie ni orang asyik nampak sedih jer. Tapi tidak lagi sekarang. Zatie cuba untuk sorokkan rasa sedih tu dengan cuba untuk berlagak seperti orang takde masalah. Biar lah orang nak kata gila pun. Hahaha. Dugaan demi dugaan datang dalam hidup zatie dan zatie sedar dugaan ni adalah dari Allah. Mungkin dugaan yang Allah berikan dalam hidup zatie sebagai penghapus atas segala dosa yang pernah zatie lakukan. Takpe.. Zatie terima atas segala ketentuanNya.

Tahun ni jugak adalah tahun yang sangat sedih buat zatie dan keluarga sebab zatie kehilangan atuk yang tersayang. Dia dah pergi untuk selamanya pada 2 bulan lepas. Satu perkara yang kita semua akan laluinya. Ermmm, memang terasa sangat masa atuk dah takde. Zatie rasa sedih sangat. Tapi zatie cuba untuk kumpulkan kekuatan dan bangkit semula. Sebab kita yang hidup ni haruslah meneruskan hidup ni.

Perkara manis dalam tahun 2012??? Ade ke?? Mestilah ada kan.. Mustahillah takde. Kenangan manis yang takkan zatie lupa adalah masa zatie pergi trip kelas kat Johor. Masa tu zatie masih lagi diploma tapi dah semester akhir. Trip yang sangat best. Nak tahu cerita dia boleh la tengok kat sini. hehehe. Ada yang lagi best sebab benda ni adalah impian zatie dari dulu lagi tau. Nak tau ke ape dia?? hehehe. Ok laa. Perkara yang paling best tu adalah zatie dapat konvo. Mungkin bagi setengah orang biasa je la kan. Konvo je kot. Tapi tu adalah cita2 zatie. Dan akhirnya tercapai jugak. Alhamdulillah. Walaupun konvo dalam keadaan sedih tapi ianya cukup bermakna dalam hidup zatie. Kenapa masa konvo zatie sedih erkk?? Malas nak ulang cerita lama. Sila tengok kat sini. Hehehe.

Ada lagi ke erkk cerita tahun 2012?? Mesti lah ada kan. Tapi kalau zatie cerita semua belum tentu lagi korang nak baca. Hahaha. Dan zatie pun tak nak ingat lagi cerita2 sedih yang dah zatie lalui. Jadikan setiap yang berlaku dalam hidup kita sebagai pengalaman hidup dan pengajaran. Sebenarnya memang ada sesuatu yang berlaku pada zatie yang memang zatie takkan lupa sampai bila2. Sesuatu yang buat zatie sedar. Mungkin tu caranya Allah nak tunjuk kat zatie. Takpe lah. Zatie terima segala ketentuan yang Dia tetapkan.


Ok la. Tak nak dah cerita tentang kenangan 2012. Zatie nak share dengan korang zatie punya azam baru. Azam baru zatie nak jadi seorang gadis yang kuat. Seorang gadis yang tak mudah mengalah dengan dugaan hidup. Cuba untuk jadi lebih baik. Ermmm, lagi apa erkkk?? Tunggu la zatie share lagi erkk. Tunggu masuk tahun baru dulu. Hehehe. Sabar2.. Kat bawah ni zatie tunjuk la kat korang gambar2 zatie pada tahun 2012 ni. Yerr laa. Tahun 2013 mungkin dah berubah kot muka zatie. Hehehe.. Ok laaa. tata.













p/s:: Adakah sinar baru akan muncul pada tahun 2013??




Saturday, December 29, 2012

JELES!!!

Assalamualaikum. Huwaaaa. Rasa cam nak nangis jerr sekarang ni tau. Jeles yang teramat la sangat. Time2 camni laa nak buat zatie jeles. Ini tidak adil!!! Errrrrr.. Tapi zatie jeles sebab ape erkkk?? Sape yang buat zatie jeles?? Jeng2... Hehehe.. Cer teka. hihihi. Nak tau ke??? Tengok bawah..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



Budak perempuan kat dalam gambar ni la yang buat zatie jeles. Tengok dia pegang pakwe zatie. Hahahaha. Budak perempuan ni adik zatie sebenarnya. Budak kecik tu plak sepupu zatie. Namanya Nik Airil Rifqi. Alahai. Rindunya kat dia. Yang paling buat zatie jeles sangat sebabnya hari ni family zatie pergi Pasir Puteh. Diorang g melawat tok saudara zatie yang sakit. Dan diorang tak bagitau zatie pun. Sedih tau. Mentang2 laa kite takde kat rumah sekarang. Masa ni la diorang nak g jalan2. Jeles tau. Huwaaaaa.. Lepas tu adik zatie ni siap post gambar kat FB lagi. Kononnya diorang g jalan2 kat pantai. Lagi laa buat kite ni jeles. Aduyai...


Rindu sangat kat Airil.. :(




Rindu kat Aira jugak.. hu3




Sabar je la cik zatie oiii. Nanti habis final exam boleh balik dah. Boleh main dengan dua orang tu puas2. Hohoho. Ermmm. Tapi lambat nya laa rasa. Huhuhu. Ok laaa. Zatie nak chow dulu. Tata..





p/s:: bilakah mau fokus study????huk3











Wednesday, December 26, 2012

final exam..

Assalamualaikum.. Mood untuk menaip kat blog hudus ni datang..hehehe. Sekarang ni dah masuk musim study week. Tiada lagi untuk stress dengan report2 yang berlambak tu. Fokus study untuk exam jerr sekarang ni. Mungkin dalam musim exam ni zatie akan kurang laa berblogging. Padahal memang dah lama menyepi pun kan. Hahaha.




Nak tau jadual exam zatie?? Meh zatie tunjuk kat korang yerr..

03/01/2013 : STA500   Nonparametric Statistic    9.00am-12.00pm
10/01/2013 : MAT422   Mathematical Logic         2.15pm-5.15pm
14/01/2013 : ITS410     Information System          9.00am-12.00pm
18/01/2012 : MAT523   Linear Algebra II             8.30am-11.30am
20/01/2013 : ITS472     Database Management     2.15pm-5.15pm


Nasib baik laa jadual kali ni ade gap. Sempat la kan zatie nak prepare. Kali ni zatie mesti buat betul2. Zatie kena belajar sungguh2 untuk capai target zatie. Zatie nak hadiahkan sebuah kejayaan untuk mak dan ayah zatie. Korang tolong doakan zatie yerrr. Zatie mesti buktikan pada diorang yang zatie boleh berjaya dengan cemerlang. Zatie tak nak kecewakan mereka lagi.

Ok laaa. Zatie penat. chow dulu. tata..



p/s:: semoga awak tabah hadapi dugaan ni. ^_^





Saturday, December 22, 2012

SEGMEN : Free Doodle To Me!

Assalamualaikum.. Tetiba nak join segmen ni.. Dah lama kot tak join segmen.. Hehehe. Segmen dari blogger yang agak femes la jugak iaitu Encik Hafizzy Aziz..





Nickname: Izzati Suhaide
Warna doodle: Pink

Ok.. Siap.. Nak join?? Tekan banner kat atas tu erkkk. tata.




p/s:: menyepi untuk seketika..tumpukan pada final exam.. ^__^




Friday, December 14, 2012

Ujian di minggu akhir

Assalamualaikum.. Minggu akhir sebelum peperiksaan bakal tiba. Dalam minggu akhir ni banyak gler assignment dan group projek yang perlu hantar kat lecturer. Test yang berderet lagi. So, sekarang ni zatie rasa stress sangat. Tak cukup tidur pun ada. Dengan banyak kelas ganti nya.  Memang tak sempat nak rehat. Masuk kelas jerr dengan muka yang sangat keletihan. Nak tengok blog ni pun memang tak sempat laa.



Sesungguhnya alam degree ni sangat lah banyak cabaran dia. Betol la apa yang dikatakan senior2 zatie dulu. Alam degree ni sangat perlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Kena kuat semangat untuk hadapi alam degree ni. Kalau tak kuat semangat memang tak dapat teruskan degree ni dengan baik. Dugaan alam degree ni sangat lah mencabar. Kesabaran zatie sangatlah teruji saat dan ketika ini. Kadang2 tu zatie hilang kekuatan diri. Zatie seperti orang yang hilang semangat tapi zatie tetap cuba lawan. Zatie cuba untuk kumpul kekuatan agar zatie dapat tempuhi segala ujian ini.



Tu baru dugaan sebagai seorang mahasiswa. Belum lagi dugaan sebagai seorang khalifah kat muka bumi Allah ni. Dugaan seorang gadis remaja yang bakal melangkah ke alam kedewasaan. Kadang2 zatie rasa tak kuat untuk hadapinya. Bila zatie rasa zatie tak kuat untuk hadapi pasti airmata akan menjadi teman sejati. Tiada teman2 yang dapat mendengar segala luahan hati. Hanya airmata yang menjadi peneman setia di kala zatie sedih.

Sebenarnya ujian ni manis kalau kita boleh hadapinya dengan penuh kesabaran. Allah tu sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar. Setiap kali zatie rasa lemah, zatie akan cuba untuk pulihkan balik semangat zatie yang hilang. Zatie taknak terus hanyut. Zatie kena kuat kalau inginkan sebuah kejayaan sebab bukan senang untuk peroleh sebuah kejayaan tanpa melalui sebarang ujian. Takkan ada kemanisan dalam sebuah kejayaan tanpa mengharungi pelbagai rintangan. Sesungguhnya ujian hidup ini tanda Allah dekat dengan kita. Allah sayangkan kita.






Orait. Zatie dah letih.. Nak siapkan kerja2 yang sangat lah banyak. Kalau ada masa zatie akan update lagi. tata..




p/s:: segalanya dah terbukti. cinta itu bukan milikku lagi..





Monday, December 3, 2012

Diploma Konvokesyen

Assalamualaikum. Hai korang.. Sihat kerrr? Cam mood hepy jerr kan zatie ni.. hehehe. Hepy kerr?? Hepy jugak laa. Tapi gelora kat dalam hati ni takde sape yang tahu. Hanya tuhan je yang tahu.. Huhuhu.

Entry kali ni zatie nak citer kat korang pasal zatie punyerr diploma konvokesyen. Akhirnya zatie dah dapat segulung diploma. Baru diploma ok. Ijazah sedang dalam proses. huhuhu. Zatie konvo pada tarikh 1/12/2012 iaitu pada hari sabtu lepas. Akhirnya impian zatie nak konvo tercapai jugak walaupun zatie sebenarnya konvo dalam keadaan yang sangat sedih.

Nak tau kenapa? Sebabnya zatie konvo mak dan ayah zatie takde. Diorang tak pergi tengok zatie konvo. Hanya adik zatie jerr yang pergi masa zatie konvo. Sebenarnya memang zatie sedih giler. Bila zatie masuk jerr dewan, hati zatie rasa sebak sangat. Yerr laa. Orang lain mak ayah diorang datang tengok diorang konvo. Ade kat dalam dewan. Tapi zatie sorang2 jerrr. Yang ada hanya lah kawan2 dan adik zatie jerr. Tersangatlah sedih. Sebelum bermulanya istiadat konvokesyen zatie asyik nangis jerrr. Habis cair mekap zatie. Nasib baik mata tak bengkak jerrr. Huhuhu. Tapi kan nak buat macam mana. Zatie sabar jerr laa. Cuba untuk kumpulkan kekuatan. Bila dah lega mula lah rasa berdebar-debar nak naik pentas untuk ambik skrol. Sangat lah berdebar. Tapi kawan2 sentiasa bagi semangat kat zatie. Terima kasih korang. Korang dah banyak bagi semangat kat zatie.

Paling terharu sangat kat kakak angkat zatie. Dia lah yang banyak tolong zatie. Iaitu kak Diana. Tanpa dia rasanya zatie tak tahu laa dapat ke tak pergi konvo. Terima kasih yerr kak Yana sebab bagi orang tumpang kat rumah dan bawa adik orang pergi kat orang konvo..

Tak nak membebel panjang. Zatie nak tunjuk kat korang zatie punyerr koleksi gambar konvo..



ambik transkrip..debar kot..hu3




Akhirnya diploma menjadi milikku.. :D


From my adek..

wif my adek.. :D


Wif kak diana.. :D

wif cik Noraim.. 


my besties..mimah.. >_<


cik bday girl.. Ina. :D


senyuman disebalik duka...hu3



Tu jerr laa gambar yang zatie nk tunjuk. Etceli banyak lagi tapi malas laa nak upload. Kalau nak tengok silalah ke FB zatie yerr. Tapi hanya friend jerr yang dapat tengok. Kalau nak tengok silalah add yerrr. Hehehe.. Ok laa.. tata..





p/s:: bila awak ucap tahniah..saya terus tersenyum lebar..sangat bermakna.. ^_^