Review: Drama Setia Hujung Nyawa

9:47:00 PM
Assalamualaikum. Entry kali ni zatie nak share dengan korang pasal satu lagi drama adaptasi dari sebuah novel iaitu Setia Hujung Nyawa yang sekarang ni ditayangkan kat tv3 jam 7.00 malam di slot akasia.



Sedikit sinopsis tentang cerita ni yerr. Mengisahkan Zain Hakimi yang kehilangan tunang pada saat pernikahan mereka semakin hampir kerana tunangnya Sofea lari menghilangkan diri selepas mereka bergaduh. Setelah itu mummynya iaitu Datin Adibah mulalah kalut untuk mencari menantu bidan terjunnya untuk menggantikan tempat Sofea bagi menutup malu keluarga mereka. Pada pertama kali memandang Ersalina iaitu anak rakannya Haliza hatinya terus terpaut melihat keayuan dan kesopanan Ersalina. Lantas terus meminang Ersalina untuk Zain tanpa mereka mengenali antara satu sama lain. Haliza iaitu ibu Ersalina menerima lamaran itu bagi menutup malu keluarga mereka atas kehamilan Ersalina yang sebenarnya Ersalina tak tahu langsung dirinya hamil. Ermmm, lagi2 sinopsis dia zatie tak tahu. Sebabnya zatie pun tak pernah baca novel ni. Hehehe.

Watak Ersalina ni dilakonkan oleh Nelydia Senrose dan Zain Hakimi tu dilakonkan oleh Amar Asyraf. Siyes zatie gitau cerita ni memang sweet sangat. Ersalina ni kawen dalam usia yang sangat muda. 18 tahun dah kawen. Masa tu tengah tunggu result SPM. Masak pun tak reti. Buat kerja rumah lagi laa. Maklumlah kan anak manja. Anak bongsu plak tu. Pada mulanya zatie tak tengok pun cerita ni. Bila drama ni dah episod 8 baru zatie nak tengok. Yerrr la kan. Zatie pelik bila housemate zatie dok tunggu depan tv sebab nak tengok cerita ni. Pada mulanya zatie pelik jugak la kan. Tapi sebab masa tu zatie nak start paper, so malas la lagi nak stay tengok. Tunggu habis first paper dulu. Hehehe. Sekarang ni bila dah start tengok. Ermmm, memang buat zatie mabuk la dengan cerita ni. Dengan jalan cerita nya yang ada mesej tersendiri. Lagi2 bila jalan cerita ni tentang kawen usia muda. Lagi la buat zatie tak sabar nak tengok cerita ni. Hehehe.

Ermmm, tapi zatie rasa cam nak baca jerr novel dia. Setia Hujung Nyawa. Penuh dengan pengajaran jalan cerita ni. Sesuai sangat baca cerita ni. Huhuhu. Tapi kan tunggu la zatie habis exam dulu. Sekarang ni fokus exam dulu laa yerr. Ok laa korang. Zatie chow dulu. tata..







p/s:: saya rasa awak patut baca novel dan tengok cerita ni...hu3








Artikel Terkait

Previous
Next Post »

5 komen

Write komen
nadia
AUTHOR
January 6, 2013 at 10:04 PM delete

Nadia pun dah ketagih tgk drama ni..
tapi kan sekarang tgh exam, terpaksa tunggu balik umah baru boleh tegok dgn aman sikit,.. hehe

nak try gak cari novel dia.. :)

Reply
avatar
Eazy Izzuddin
AUTHOR
January 8, 2013 at 8:10 PM delete

sweet this story ...
nak cari novel dia

Reply
avatar
hazwan hairy
AUTHOR
January 9, 2013 at 6:00 PM delete

drama ni sweet..haha...tapi smlm cm xbp best xtau knp dia leh gugur..haha

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 9, 2013 at 8:06 PM delete

dia terlanjur sblm nie..

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon