Di Uji Lagi..

11:15:00 AM
Assalamualaikum.. Hari ni adalah hari yang paling tak nak zatie lalui.. Zatie rasa cam tak nak lalui hari ni tapi zatie harus lalui juga walaupun hati perit nak hadapi.

Pada saat zatie sedang cuba untuk mengumpul kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan hidup ini. Sekali lagi Allah datangkan ujian buat zatie. Subhanallah. Hebat sungguh cabaran yang Dia berikan. Kadang2 zatie tak tertanggung nak hadapi benda ni. Semalam iaitu pada 15/2/2013, keputusan peperiksaan untuk pelajar ijazah UiTM telah diumumkan. Zatie tak sangka result zatie sangat lah mengecewakan hati zatie. Zatie tak tahu mana silapnya. Zatie gagal mencapai target yang zatie inginkan. Hanya tuhan yang tahu apa yang zatie rasa masa tengok result exam semalam. Pada mulanya memang zatie tenang bila tengok keputusan tu. Mungkin semua tu adalah ketenangan yang Allah berikan pada zatie walaupun hati sedih sebenarnya. Hurmmm. Zatie pasrah. Mungkin Allah masih hendak menguji zatie. Zatie terima semua dugaan ini..




Siapa tak kecewa bila dapat result yang tak mencapai sasaran. Hati mana tak sedih bila kita tak dapat apa yang kita inginkan. Mungkin zatie kena lebih berusaha lagi. Zatie akan cuba sedaya upaya zatie walaupun berbagai rintangan yang perlu hadapi. Mungkin Allah masih belum makbulkan permintaan zatie. Dia masih ingin menguji kekuatan zatie. InsyaAllah.. Zatie akan cuba harungi semua cabaran ini.



Note:: Saya mintak maaf awak. Sebab saya tipu awak. Awak terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada saya sedangkan saya dah kecewakan awak. Saya dah kecewakan diri saya sendiri. Saya dah kecewakan mak ayah saya.  Saya tahu awak ingin lihat kejayaan saya. Saya mintak maaf. Saya cuba usahakan untuk dapatkan apa yang saya inginkan walaupun awak tidak bersama saya lagi.. Terima kasih atas dorongan dan semangat yang awak berikan.. :'(









Artikel Terkait

Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
February 16, 2013 at 11:43 AM delete

bersabarlah,ye awak;-)Allah akn menggantikn dgn lebh baik.stp ujian ada hikmahNya.bersangka baik dgn Allah;-)

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon