Review- Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
Assalamualaikum.. Mood hari ni nak review satu lagi drama terbaru yang ditayangkan di slot akasia TV3 iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Drama ni menggantikan drama yang hot iaitu Setia Hujung Nyawa.
Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah
seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan
Firdaus. Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz sehingga kedua-dua
mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham. Bagaimanapun, Firdaus
bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu
bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Fareez sebagai adik
bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga
mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera walaupun Meera mempunyai kisah silam
yang negatif. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang
dengan Fatin Zaharah. Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia
mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah
keluarga Firdaus bersatu semula?
Drama ni dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Tasya Shila, Fouziah Ghous, Dato' Rahim Razali, Shah Jaszle, Aiman Hakim, Lydiawati dan Elyssa.. Drama ni memang best. Bila zatie tengok cerita ni zatie rasa sebak. Setiap episod memang buat hati zatie ni sebak menonton. Drama ni sebenarnya nak seakan-akan cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham. Memang best la kan cerita dia. Ditambah lagi lagu tema cerita dinyanyikan sendiri oleh Fahrin Ahmad yerrr.. Wahhh. Pertama kali Fahrin Ahmad nyanyi tau.
Kalau korang belum lagi menonton drama ni boleh la menontonnya setiap hari isnin hingga khamis jam 7 malam hanya di TV3..
p/s:: Suka dengan watak Fatin tu.. Apa yang Fatin tu rasa itu lah juga yang zatie rasa.. Hurmmm..
2 komen
x berkesempatan nak tgk cite ni..
ReplyDeleteJom join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan terawal akan dapat 1pcs Sticker Fridge Magnet / 1pcs Button Badges dari @Cenderahati Akamika Gift. Dan rebut hadiah2 menarik yang lain.. ^_^
http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html
ishh ore lamo doh xtgk tb tie. hihi. xtau pn ado crito gapo hk sedak loni.
ReplyDeleteHai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)