Sunday, March 17, 2013

Team Building Kelab Inspirasi

Assalamualaikum.. Datang lagi untuk menaip entry kat blog kesayangan ni.. Kali ni zatie ade something yang zatie nak share dengan korang.. Pada minggu lepas iaitu pada tarikh 14/3/2013 zatie telah join satu program iaitu Team Building Kelab Inspirasi UiTM Kota Bharu. Program ni adalah untuk ahli jawatankuasa yang baru bagi kelab inspirasi UiTM Kota Bharu. Zatie telah pun dilantik sebagai timbalan pengarah projek untuk program ni. Program ni berlangsung di Dusun Eco Resort Bentong Pahang selama 3 hari 2 malam..

Seriously zatie beritahu kat korang, program ni memang best sangat2... Tak dapat zatie nak gambarkan yang program ni bagi impak yang sangat besar untuk zatie.. Program ni buat zatie jadi lebih bersemangat dalam berorganisasi. Ye la kan.. Sebelum ni zatie tak dapat nak rasa macam mana rasanya berorganisasi. Bila join kelab inspirasi memang banyak mengajar zatie tentang untuk tingkatkan keyakinan diri dan jadi lebih berani untuk melontarkan pendapat. Kami semua dah jadi seperti adik-beradik.. Saling tolong-menolong antara satu sama lain. Sifat kasih sayang antara kami mulai mekar bila menyertai program ni.

Walaupun ada setengah aktiviti yang zatie tak dapat nak sertai seperti rentas halangan tapi zatie tak lepaskan peluang tau untuk pergi tengok dan bagi sokongan kat diorang. Memang enjoy sangat program ni. Tahniah zatie ucapakan buat pengarah projek iaitu Syakila kerana berjaya menganjurkan program ni..

Sekarang zatie nak hidangkan sedikit gambar untuk korang..hehe..

nama pilihan ku..he3


 
pengarah projek & timbalan pengarah projek



Aim aka acu..







Yana aka mak dak


Bel aka induk


Fasi yang sengal..ha3


Ika aka Sensen




Mentor yang hebat.. Abg Hanif & abg Hafiz..



Secara keseluruhannya program ni memang terbaik laaa.. Inspirasi... HEBAT! GEMILANG! TERBILANG! Nantikan pulak program zatie bulan 5 ni.. Semoga dapat jalankan dengan baik.. INSYAALLAH..










No comments:

Post a Comment

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)