Review - Sebenarnya Saya Isteri Dia

9:18:00 PM
Assalamualaikum.. Zatie kembali lagi setelah berminggu-mingu tak update blog kesayangan zatie ni.. Al maklumlah.. Diri ini terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk update blog ni. Huhuhu. Ok laaa. Kali ni zatie nak review sebuah drama yang ditayangkan kat TV3 iaitu drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Drama ni ditayangkan pada hari jumaat jam 9 malam. Korang nak tau tak?? Drama ni jugak adalah adaptasi dari novel jugak ok. Citer dia sangat2 lah best dan menarik. Lucu pun ada.. hehehe



Drama ni dilakonkan oleh Izzue Islam dan Tiz Zaqyah. Sangat sweet ok lakonan diorang.. Suka sangat tengok lakonan diorang dalam drama ni..



Nak tau jalan citer Sebenarnya Saya Isteri Dia?? Ok la.. Meh la zatie citer kat korang sikit yerrr.. Sikit je tau.. Selebihnya sila tonton sendiri.. heheheh..

Mengisahkan tentang Syafa Aqira yang terpaksa berkahwin dengan Firash Arshad kerana insiden yang memalukan ketika mereka menghadirkan diri pada suatu majlis hari jadi. Kerana peristiwa itu Syafa telah kehilangan kekasihnya iaitu Farish yang merupakan abang kepada Firash. Oleh kerana tidak mahu sesuatu yang diingini terjadi lagi, mama Firash telah meminta Firash untuk mengahwini Syafa kerana merasakan anaknya perlu bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada mereka. Perkahwinan mereka ni menjadi rahsia rakan2 Firash dan Syafa.

Kalau korang nak tahu jugak. Syafa ni tua 4 tahun dari Firash ok.. Kiranya Firash ni kawen dengan orang yang tua pada dia yang sesuai di panggil kakak. Firash ni jugak adalah seorang pelajar. Citer ni memang sweet. Dengan keletah Syafa dan Firash yang seperti budak2 dan boleh dikatakan asyik gaduh jerr. Gaduh2 manja la lebih kurang. hehhe. Syafa Aqira tu adalah lakonan Tiz Zaqyah dan Firash Arshad plak adalah lakonan Izzue Islam. Best tau citer ni. Tengok la yerr nanti.. heheh..


Ok laaa.. Zatie chow dulu.. tata..








Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon