Sunday, August 4, 2013

Belajar Untuk Jadi Tabah

Assalamualaikum. Melewati saat2 terakhir di bulan Ramadhan. Ramadhan bakal meninggalkan kita dan Syawal bakal datang untuk meraikan kemenangan ummat islam setelah sebulan menahan gelora nafsu. Di akhir2 Ramadhan ni terlalu banyak ujian dan dugaan yang harus zatie tempuhi. Allahuakbar. Hati mana tak sedih tak kecewa bila apa yang kita inginkan masih lagi tak mampu untuk kita dapatkan. Pada 3/8/2013 keputusan peperiksaan akhir bagi pelajar ijazah UiTM diumumkan. Dan sekali lagi keputusan kali tak mencapai keinginan zatie. Siyes zatie cakap memang zatie kecewa sangat dengan keputusan peperiksaan zatie tu. Zatie rasakan seperti gelap dunia zatie. Hancur hidup zatie. Tapi zatie tak boleh nak fikir macam tu. Mungkin Allah masih nak uji zatie. Namun, mampukah zatie untuk bangkit kembali? Zatie seperti seorang yang sangat lemah saat dan ketika ini. Hanya airmata peneman setia pada saat dan ketika ini.

Zatie bukan nak salahkan orang lain dan zatie jugak tak boleh nak salahkan orang. Sebab semua tu berpunca dari diri zatie sendiri. Mungkin usaha zatie belum cukup untuk zatie dapatkan apa yang zatie inginkan. Mungkin ini adalah pengajaran untuk zatie.. Ada hikmah yang tersembunyi disebalik kegagalan yang zatie alami sekarang. Semoga zati akan terus tabah menghadapi ujian hidup ini.. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.



Zatie nak ucapkan terima kasih banyak2 kat kawan2 yang banyak bagi semangat kat zatie untuk hadapi ujian ini terutama adik-beradik inspirasi dan rakan2 D'LCC.. Korang adalah sumber kekuatan zatie. Tak lupa jugak kat kawan2 yang jauh yang bagi support kat zatie. Sangat terharu dengan perhatian korang kat zatie.

kata-kata seorang kawan yang membuatkan zatie terharu sangat. Akan zatie ingat nasihat dia.

Kegagalan bukan satu pengakhiran tapi satu permulaan untuk berubah pada tahap yang lebih baik. Anggaplah ini satu dugaan yang kita perlu tempuh. Allah lebih bijak menentukan kehidupan kita.

Terima kasih sangat2. Zatie sangat menghargai setiap perhatian dari kawan2 zatie..











Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon