Monday, January 28, 2013

Jagung..

Assalamualaikum. Korang suka makan jagung tak?? Jagung ni adalah feveret zatie tau. Apa sahaja yang berkaitan dengan jagung memang akan jadi kesukaan zatie.


Zatie memang suka makan jagung. Apa2 makanan yang berkaitan jagung memang zatie suka. Puding jagung, bubur jagung, jagung manis dan macam2 lagi lah. Paling zatie suka makan adalah bubur jagung dan jagung manis. Jagung manis tu korang tau kan?? Yang dok jual kat supermarket ataupun mall. Yang diorang letak marjerin dan susu tu. Atau dalam bahasa orang putih nyerr Sweet Corn. Sweet corn memang akan menjadi makanan wajib la untuk zatie. Konpem zatie beli laa. Kalau boleh tiap2 hari zatie beli. Hehehe.. Mak Zatie pun dah paham tentang feveret zatie yang ni. 

Pernah satu kali tu zatie suruh mak zatie beli jagung sebab zatie nak buat sendiri jagung manis tu.. Bukan nye susah pun.. Korang nak tau camner nak buat Sweet Corn tu??? Ok.. Meh zatie ajar yerrr.. Mula2 sekali sediakan lah bahan2 nyerr seperti jagung yang dah dileraikan. Korang boleh beli kat supermarket.. Ada jerr jual. Sediakan jugak susu pekat manis, marjerin dan garam. Mula2 sekali korang rebus dulu jagung tu sampai dia kembang. Senang citer sampai dia naik wap. Lepas tu korang masukkan jagung yang dah kembang tu dalam bekas dan gaulkan dia dengan marjerin. Marjerin tu ikut suka korang nak letak banyak mana. Kalau boleh biar lah ikut sukatan jagung tadi. Lepas tu gaulkan sekali dengan susu pekat manis dan sedikit garam. Susu tu korang punye suka la nak letak banyak mana.. Kalau suka makan manis letak la banyak. Hehehe.. Korang gaul2kan semuanya. Lepas tu siap.. Then, boleh la makan.. Senang jerr.. Tak susah pun..


Sumber gambar Encik Google..
 

Bubur jagung dan jagung rebus pun memang zatie suka jugak.. Dah nama pun jagung.. Ofkos laa akan jadi makanan feveret zatie. Hehehe.. 

Ok laa. Setakat tu jerr la kot perkongsian zatie.. Orait..tata..







 p/s:: berdebar menanti result exam..huhuhu











SEGMEN JIAKREATIFELT 3 in 1:Apakah?

Assalamualaikum.. Merajinkan diri untuk join segmen lagi. Hehehe.. Segmen dari blog jiakreatifelt...






  • Follower blog zatie sekarang 566..
  • Jumlah like fanpage zatie plak 121.. Korang boleh laa like kat SINI..
  • Zatie dah like fanpage jiakreatifelt....
  • Zatie dapat tau pasal segmen ni dari blog Yumida. Zatie ternampak kat dashboard. So, rasa cam nak tau la kan segmen ni pasal ape.. hehehe..
  • Zatie dah lama follow blog jiakreatifelt ni.. Follower ke berapa tu zatie tak ingat laa.. Hehehe..
 Ok laa. Tu jerr yerr.. Kalau nak join silalah klik banner kat atas tu.. Orait.. tata..







Sunday, January 27, 2013

Biar kata2 yang berbicara..

Assalamualaikum.. Bila hati dan otak berbicara mulalah nafsu nak menggoda.. Oh hati.. Tolong laa bertahan dengan setiap godaan. Diri ni dah rasa terlalu seksa untuk menanggungnya.. Hurmmm..











Dan sejujurnya bukan mudah nak tersenyum saat hati sedang menanggung kesakitan. Diri ini hanyalah wanita biasa. Mempunyai banyak kelemahan.










Dapatkah senyuman dan keceriaan ni kembali?? Akan ku tunggu nya.. Kerana diri ini yakin Allah sedang merancang sesuatu..







Diri ini sedang cuba untuk menerima hakikat. Memang agak susah namun akan cuba belajar menerimanya. Kerana semua ni ketentuan Yang Maha Esa. Walaupun pernah terdetik dihati menyesali kerana mengenali dirinya namun diri ini harus berfikir dengan matang kerana Dia mempertemukan diri ini dengan dirinya. Terima kasih awak..




Secara jujurnya, hati zatie ni memang sedang belajar untuk melepaskan segalanya. Zatie memang kena lawan setiap godaan dan hasutan syaitan. Zatie tak boleh lemah. Zatie kena kuat. Zatie kena lawan setiap kata hati zatie. Kerana jika terlalu ikutkan kata hati diri kita juga yang merana. Zatie redha.. Zatie pasrah dengan segala ketentuan Illahi.


Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan kami. Sesungguhnya melalui diri nya aku belajar erti kekuatan, ketabahan dan kesabaran. Mungkin ini lah hikmahnya.



note:: kalau gambar tu tak jelas, sila besarkannya..tq..





p/s:: lupakan soal cinta. pentingkan pelajaran. Itu yang utama.. ^_^













Short Segmen Huda dan Niera

Assalamualaikum.. Zatie join segmen dari blog Niera dan Huda..



Boleh klik banner di atas jika anda mahu join.. Itu sahaja.. Segmen ni tamat pada malam ni jam 11.30PM.. Ok.. tata..








Friday, January 25, 2013

my friend wedding..

Assalamualaikum.. Setelah beberapa hari menyepi akhirnya muncul jugak zatie.. Hehehe.. Alhamdulillah.. Zatie dah habis exam dan sekarang zatie dah mula bercuti.. Yeayyyy... Walaupun banyak benda sedih yang zatie kena lalui dalam musim exam namun zatie cuba jugak untuk kuatkan semangat hadapi semua tu.. Alhamdulillah.. zatie berjaya hadapinya walaupun sakit yang harus zatie hadapi..  Ok laa.. bukan nak buat sesi luahan hati ni tapi ni sesi berkongsi sumtim. Korang nak tahu?? Sebenarnya post ni atas permintaan my best friend iaitu cik Afifah kita ni.. Hehehe..

Alhamdulillah. Sorang lagi kawan zatie dah pun selamat bergelar isteri orang..  Sungguh tak sangka sorang lagi kawan zatie ni dah pun jadi isteri orang..Orang nyerr adalah wina.. Ermmm, tak nak bebel panjang.. Korang tengok gambar je laa yerrr.. Tak banyak sangat pun tapi ada la untuk tatapan kawan2 yang jauh tu. Hehehe..


Pengantin yg cun melecun..

Menumpang seri pengantin..he3..





Wina wif hubby..


Hanya itu sahaja gambar yang sempat ambil.. Hehehe.. Bila tengok kawan kawen ni rasa jugak jelesnye.. Nampaknya zatie memang kena ubati hati yang luka parah ni..huhuhu.. Ok laaa.. Tak nak bebel panjang.. Takut nanti emo plak lebih.. hehehe.. To wina, Selamat Pengantin Baru.. Semoga berkekalan hingga ke syurga. Amiiin..





p/s:: Hepy sebab dapat pergi sekali dengan orang tu.. Hehehe.. ^_^








Saturday, January 19, 2013

tabah lah wahai hati..

Assalamualaikum. Ok blog zatie kembali berhabuk sebab tuan dia ni takde masa nak update. Al-maklumlah.. Sibuk dengan study jerkkk.. Erkkk?? Hehehe. Sekarang ni masih lagi dalam musim final exam dan zatie masih lagi berbaki 1 paper. Maknanya lepas ni merdeka laa. Tunggu untuk next sem plak.

Ermmm, dalam musim final exam memang tak dapat untuk zatie elakkan dari ditimpa dengan sesuatu yang akan buat zatie down dan sedih. But, zatie sekarang bukan lagi zatie yang dulu. Seorang gadis yang mudah patah semangat dan putus asa. Walaupun kesedihan datang menimpa zatie cuba juga untuk hadapinya dengan kesabaran. Memang sukar untuk zatie tempuhinya sebab terlalu sakit dan perit untuk melaluinya. Kadang2 bila zatie rasa dah tak berdaya hanya airmata lah yang jadi temannya. Memang sakit untuk hadapi sesuatu yang mengecewakan hati kita.



Sejujurnya bukan mudah nak jadi seorang gadis yang kuat sebab bila sampai satu masa airmata juga lah yang akan mengalir. Tapi ini lah dugaan seorang gadis remaja yang sedang melangkah ke arah kedewasaan. Dugaan ni lah yang buat zatie dapat berfikir dengan lebih matang. Yerrr. Ada hikmah disebalik yang terjadi. Bukan mudah untuk terus tersenyum saat hati sedang menangis. Hanya Allah yang tahu apa yang zatie rasa saat ketika ni. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang zatie sendiri belum nampak.

Sebenarnya zatie nak ucapkan terima kasih buat Kak Ika a.k.a Cik Rongoks sebab dia dah bagi zatie sedikit kekuatan. Apa yang dia lalui lagi hebat dari zatie. Semoga zatie dapat lalui semua ni dan diberi kekuatan untuk hadapinya..


Note:: Buat awak. Terima kasih untuk segalanya. Walaupun awak dah sakitkan hati saya tapi dengan awak lah saya belajar untuk jadi seorang gadis yang penyabar dan kuat. Allah tu tahu apa yang saya rasa. Terima kasih jugak sebab beri saya semangat untuk saya teruskan pengajian saya ni. Semoga awak bahagia dengan pilihan hati awak. Dan semoga saya dapat jumpa seseorang yang dapat sembuhkan luka dihati saya yang telah awak tinggalkan.


Terima kasih jugak buat kawan2 ku yang sentiasa ada disisi ni saat diriku ni memerlukan kalian. Buat kak ika, tak sabar rasanya nak jumpa.  Hehehe. Orait. Chow dulu. Tata.







p/s:: Akan ku buktikan yang aku mampu..










Wednesday, January 9, 2013

wordless wednesday #6 - menjadi milikkku

Assalamualaikum..




Apa pandangan korang tentang buku ni?? Dan kenapa buku camni yang jadi pilihan zatie?? Hehehe..







 p/s:: Segalanya dah terjawab.. Kot. sakitnya hatiku...hu3.. :(







Saturday, January 5, 2013

Review: Drama Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum. Entry kali ni zatie nak share dengan korang pasal satu lagi drama adaptasi dari sebuah novel iaitu Setia Hujung Nyawa yang sekarang ni ditayangkan kat tv3 jam 7.00 malam di slot akasia.



Sedikit sinopsis tentang cerita ni yerr. Mengisahkan Zain Hakimi yang kehilangan tunang pada saat pernikahan mereka semakin hampir kerana tunangnya Sofea lari menghilangkan diri selepas mereka bergaduh. Setelah itu mummynya iaitu Datin Adibah mulalah kalut untuk mencari menantu bidan terjunnya untuk menggantikan tempat Sofea bagi menutup malu keluarga mereka. Pada pertama kali memandang Ersalina iaitu anak rakannya Haliza hatinya terus terpaut melihat keayuan dan kesopanan Ersalina. Lantas terus meminang Ersalina untuk Zain tanpa mereka mengenali antara satu sama lain. Haliza iaitu ibu Ersalina menerima lamaran itu bagi menutup malu keluarga mereka atas kehamilan Ersalina yang sebenarnya Ersalina tak tahu langsung dirinya hamil. Ermmm, lagi2 sinopsis dia zatie tak tahu. Sebabnya zatie pun tak pernah baca novel ni. Hehehe.

Watak Ersalina ni dilakonkan oleh Nelydia Senrose dan Zain Hakimi tu dilakonkan oleh Amar Asyraf. Siyes zatie gitau cerita ni memang sweet sangat. Ersalina ni kawen dalam usia yang sangat muda. 18 tahun dah kawen. Masa tu tengah tunggu result SPM. Masak pun tak reti. Buat kerja rumah lagi laa. Maklumlah kan anak manja. Anak bongsu plak tu. Pada mulanya zatie tak tengok pun cerita ni. Bila drama ni dah episod 8 baru zatie nak tengok. Yerrr la kan. Zatie pelik bila housemate zatie dok tunggu depan tv sebab nak tengok cerita ni. Pada mulanya zatie pelik jugak la kan. Tapi sebab masa tu zatie nak start paper, so malas la lagi nak stay tengok. Tunggu habis first paper dulu. Hehehe. Sekarang ni bila dah start tengok. Ermmm, memang buat zatie mabuk la dengan cerita ni. Dengan jalan cerita nya yang ada mesej tersendiri. Lagi2 bila jalan cerita ni tentang kawen usia muda. Lagi la buat zatie tak sabar nak tengok cerita ni. Hehehe.

Ermmm, tapi zatie rasa cam nak baca jerr novel dia. Setia Hujung Nyawa. Penuh dengan pengajaran jalan cerita ni. Sesuai sangat baca cerita ni. Huhuhu. Tapi kan tunggu la zatie habis exam dulu. Sekarang ni fokus exam dulu laa yerr. Ok laa korang. Zatie chow dulu. tata..







p/s:: saya rasa awak patut baca novel dan tengok cerita ni...hu3








Thursday, January 3, 2013

Azam 2013

Assalamualaikum. Hai korang. Selamat tahun baru. Rasanya belum terlewat lagi kan nak ucap selamat tahun baru. Hehehe.. Al maklumlah.. Sibuk dengan study. Tak sempat nak buat entry baru. Etceli zatie baru jerr selesai first paper tadi. Alhamdulillah.. Dapat jawab semua soalan cuma tak tahu la kan betol ke tak jawapan zatie. Tawakal je laa. Doa banyak2 semoga dapat keputusan yang baik nanti. InsyaAllah.

Entry kali ni zatie nak share dengan korang tentang azam baru zatie untuk tahun 2013 ni. Sebenarnya banyak jugak la azam zatie tahun ni. Tapi sikit jer nak share dengan korang. Jangan marah yerr. Ade privacy sikit. Hehehe.. Sekarang zatie akan listkan azam zatie untuk tahun ni..

  • Mula2 sekali mestilah nak jadi seorang gadis yang solehah. Cuba untuk jadi seorang gadis yang baik dan solehahkan diri. INSYAALLAH...
  • Kedua, zatie nak jadi seorang anak yang menjadi kebanggaan mak dan ayah zatie.. Zatie nak bahagiakan mereka. Zatie nak jadi seorang anak yang baik. Berusaha untuk jadi yang terbaik buat mereka. Dan menjadi contoh yang baik untuk adik2..
  • Seterusnya, zatie nak dapat keputusan yang baik untuk degree ni. Zatie tak nak ulang kesilapan yang sama macam diploma dulu. Berusaha untuk dapatkan ANC.
  • Zatie jugak nak jadi seorang gadis yang kuat. Seorang gadis yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Tak mudah melatah dengan setiap cabaran yang datang.
  • Yang lain2 tu ade lagi. Tapi nak secret laa. Biar lah Allah jerr yang tahu.

Agak2 korang laa. Ape azam zatie yang secret tu?? Cer korang teka. Hehehe. Kalau betol dapat duit 50sen. Hahahah.

Yang penting zatie kena lebih bersemangat untuk hadapi segala macam dugaan dalam hidup ni. Yerr la kan. Umur pun dah meningkat dan semestinya la cabaran pun akan bertambah.



 Ok laa. Itu sahaja untuk kali ni. Jangan lupa yerr. Teka azam zatie yang "secret" tu. hehehe. Orait. tata.





p/s:: Masih menanti jawapan dari awak..