Thursday, February 21, 2013

Hati seorang Muslimah

Assalamualaikum...


Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan dia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya


Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar.





note:: walau apa pun dugaan dan rintangan yang datang akan zatie tempuhinya dengan penuh kesabaran.. INSYAALLAH.. ^_^



















Wednesday, February 20, 2013

Wordless wednesday #8 - Comel tak???

Assalamualaikum..


Sweet 22 dah ni ok.. hahaha..



Note:: Disebalik senyuman yang terukir di bibir ku ini tersimpan sejuta duka yang terpaksa ku simpan jauh di lubuk hati kecil ku ini..






Monday, February 18, 2013

Review- Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Assalamualaikum.. Mood hari ni nak review satu lagi drama terbaru yang ditayangkan di slot akasia TV3 iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Drama ni menggantikan drama yang hot iaitu Setia Hujung Nyawa.



Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus. Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham. Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Fareez sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah. Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula?


Drama ni dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Tasya Shila, Fouziah Ghous, Dato' Rahim Razali, Shah Jaszle, Aiman Hakim, Lydiawati dan Elyssa.. Drama ni memang best. Bila zatie tengok cerita ni zatie rasa sebak. Setiap episod memang buat hati zatie ni sebak menonton. Drama ni sebenarnya nak seakan-akan cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham. Memang best la kan cerita dia.  Ditambah lagi lagu tema cerita dinyanyikan sendiri oleh Fahrin Ahmad yerrr.. Wahhh. Pertama kali Fahrin Ahmad nyanyi tau.


Kalau korang belum lagi menonton drama ni boleh la menontonnya setiap hari isnin hingga khamis jam 7 malam hanya di TV3..






p/s:: Suka dengan watak Fatin tu.. Apa yang Fatin tu rasa itu lah juga yang zatie rasa.. Hurmmm..






Saturday, February 16, 2013

Di Uji Lagi..

Assalamualaikum.. Hari ni adalah hari yang paling tak nak zatie lalui.. Zatie rasa cam tak nak lalui hari ni tapi zatie harus lalui juga walaupun hati perit nak hadapi.

Pada saat zatie sedang cuba untuk mengumpul kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan hidup ini. Sekali lagi Allah datangkan ujian buat zatie. Subhanallah. Hebat sungguh cabaran yang Dia berikan. Kadang2 zatie tak tertanggung nak hadapi benda ni. Semalam iaitu pada 15/2/2013, keputusan peperiksaan untuk pelajar ijazah UiTM telah diumumkan. Zatie tak sangka result zatie sangat lah mengecewakan hati zatie. Zatie tak tahu mana silapnya. Zatie gagal mencapai target yang zatie inginkan. Hanya tuhan yang tahu apa yang zatie rasa masa tengok result exam semalam. Pada mulanya memang zatie tenang bila tengok keputusan tu. Mungkin semua tu adalah ketenangan yang Allah berikan pada zatie walaupun hati sedih sebenarnya. Hurmmm. Zatie pasrah. Mungkin Allah masih hendak menguji zatie. Zatie terima semua dugaan ini..




Siapa tak kecewa bila dapat result yang tak mencapai sasaran. Hati mana tak sedih bila kita tak dapat apa yang kita inginkan. Mungkin zatie kena lebih berusaha lagi. Zatie akan cuba sedaya upaya zatie walaupun berbagai rintangan yang perlu hadapi. Mungkin Allah masih belum makbulkan permintaan zatie. Dia masih ingin menguji kekuatan zatie. InsyaAllah.. Zatie akan cuba harungi semua cabaran ini.



Note:: Saya mintak maaf awak. Sebab saya tipu awak. Awak terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada saya sedangkan saya dah kecewakan awak. Saya dah kecewakan diri saya sendiri. Saya dah kecewakan mak ayah saya.  Saya tahu awak ingin lihat kejayaan saya. Saya mintak maaf. Saya cuba usahakan untuk dapatkan apa yang saya inginkan walaupun awak tidak bersama saya lagi.. Terima kasih atas dorongan dan semangat yang awak berikan.. :'(









Wednesday, February 13, 2013

wordless wednesday #7 - Aku Berserah

Assalamualaikum..



Walau ape pun keputusannya nanti zatie harap zatie dapat hadapinya dengan tenang dan sabar..





p/s:: redhakah hati ku menerima ketentuan yang telah tersurat???








Tuesday, February 12, 2013

1st beLog CONTEST : Mari Mengira by FakhRur

Assalamualaikum.. Join segmen di tengah malam.. Hehehe..






  • Bilangan CURLY pada beruang: 76..


Orait... Siap.. Harap2 betol la jawapan zatie yerrr.. Oh yerr.. Zatie dah penuhi segala syaratnye.. Mohon percaya yerrr.. Hehehe.. Bagi yang nak join sila klik gambar kat atas errkkk.. Ok.. tata..








Sunday, February 10, 2013

Debaran Kian Terasa

Assalamualaikum.. Blog kembali berhabuk setelah seminggu tuan blog neh tak hiraukan dia.. Huhuhu. Takde mood nak berblogging sebab line internet sangat slow. So, mood untuk update blog sangat la takde.

Zatie sekarang ni rasa risau, berdebar dan seram sejuk jerr rasa.. Tapi berdebar sebab apa erkkk?? Yang pelik nye dalam berdebar pun masih lagi ada selera nak makan dan semakin bertambah. Hahaha. Ok laa. Sebenarnya result exam UiTM untuk student degree akan di umumkan pada hari jumaat ni iaitu 15/2/2013.. Maknanya dah tak lama lagi la kan. Wahhhh. Zatie tak tahu la macam mana result zatie untuk first sem degree ni. Harap2 ok la semua subjek. Tu yang penting. Keputusan ni sangat penting untuk zatie. Impian zatie adalah ingin beri kejayaan pada mak dan ayah zatie. Zatie nak buat mereka gembira sebab zatie tahu zatie belum mampu nak beri mereka kebahagian. Hanya ni sahaja untuk buat mereka bahagia dan tersenyum melihat kejayaan zatie..







Macam2 dah zatie bayangkan result zatie tu. Aduhai. Takut kot. Tak nak benda yang sama berulang kembali. Cukup cukup sudah. Huhuhuhu..

Ok laa..Nak taip panjang2 pun takde mood kalau line slow ni. Huhuhu. ok la korang.. tata..









Monday, February 4, 2013

Happy Sweet 22..

Assalamualaikum.. Hai korg.. First entry di bulan februari. Dan ni adalah entry yg special sebab hari ni adalah hari yang sangat special buat zatie. Sekarang zatie dah officially 22 tahun. Alhamdulilllah.. Masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini dan di beri nikmat kesihatan yang baik.

Sungguh tak sangka hari ni dah genap umur zatie 22 tahun.. Dah besar zatie ni.. Hehehe. Tapi masih lagi kiut miut tau.. Perasan.. Hahahaha. Maknanya zatie dah boleh kawen la kan?? Hihihi..Banyak benda yang dah zatie belajar selama 22 tahun ni. Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak telah mematangkan fikiran zatie.

Zatie nak ucapkan terima kasih banyak2 kat mak dan ayah zatie sebab telah bersusah payah membesarkan zatie dan mendidik zatie sehingga menjadi manusia seperti hari ni.. Walaupun masih belum dapat berbakti sepenuhnya kepada mereka namun akan zatie usahakan agar dapat berbakti kepada mereka.. INSYAALLAH..  Terima kasih jugak buat kawan2 yang sentiasa berada di sisi zatie pada saat zatie lemah. Korang lah sahabat yang sukar di cari ganti. Terima kasih banyak2 buat korang.. Tanpa dorongan dan kata2 semangat dari korang mungkin sukar untuk zatie hadapi ujian hidup ini..

Buat awak, terima kasih sebab ingat hari istimewa saya ni. Walaupun awak tak bagi hadiah tapi ucapan awak tu  sudah cukup bermakna buat saya. Maafkan saya sebab tak dapat nak penuhi permintaan awak. Saya tak sanggup nak bertemankan airmata lagi. Terima kasih sebab awak faham keadaan saya. Walau macammana pun saya tetap anggap awak kawan saya. Semoga berbahagia..


Sekian sahaja untuk kali ni. Entry ni ringkas jerr sebenar. Hehehe. Maaflah kalau ade yang tak suka, Huhuhu.. Ok.. tata..



note:: gambar ni adalah masa umur 21 tahun. Umur 22 coming soon.. hehehehe..






p/s:: semoga pertambahan usia ni akan buat diriku bertambah kuat dan tabah.. ^_^