Team Building Kelab Inspirasi

11:41:00 PM 0
Assalamualaikum.. Datang lagi untuk menaip entry kat blog kesayangan ni.. Kali ni zatie ade something yang zatie nak share dengan korang.. Pada minggu lepas iaitu pada tarikh 14/3/2013 zatie telah join satu program iaitu Team Building Kelab Inspirasi UiTM Kota Bharu. Program ni adalah untuk ahli jawatankuasa yang baru bagi kelab inspirasi UiTM Kota Bharu. Zatie telah pun dilantik sebagai timbalan pengarah projek untuk program ni. Program ni berlangsung di Dusun Eco Resort Bentong Pahang selama 3 hari 2 malam..

Seriously zatie beritahu kat korang, program ni memang best sangat2... Tak dapat zatie nak gambarkan yang program ni bagi impak yang sangat besar untuk zatie.. Program ni buat zatie jadi lebih bersemangat dalam berorganisasi. Ye la kan.. Sebelum ni zatie tak dapat nak rasa macam mana rasanya berorganisasi. Bila join kelab inspirasi memang banyak mengajar zatie tentang untuk tingkatkan keyakinan diri dan jadi lebih berani untuk melontarkan pendapat. Kami semua dah jadi seperti adik-beradik.. Saling tolong-menolong antara satu sama lain. Sifat kasih sayang antara kami mulai mekar bila menyertai program ni.

Walaupun ada setengah aktiviti yang zatie tak dapat nak sertai seperti rentas halangan tapi zatie tak lepaskan peluang tau untuk pergi tengok dan bagi sokongan kat diorang. Memang enjoy sangat program ni. Tahniah zatie ucapakan buat pengarah projek iaitu Syakila kerana berjaya menganjurkan program ni..

Sekarang zatie nak hidangkan sedikit gambar untuk korang..hehe..

nama pilihan ku..he3


 
pengarah projek & timbalan pengarah projek



Aim aka acu..







Yana aka mak dak


Bel aka induk


Fasi yang sengal..ha3


Ika aka Sensen




Mentor yang hebat.. Abg Hanif & abg Hafiz..



Secara keseluruhannya program ni memang terbaik laaa.. Inspirasi... HEBAT! GEMILANG! TERBILANG! Nantikan pulak program zatie bulan 5 ni.. Semoga dapat jalankan dengan baik.. INSYAALLAH..










Segalanya telah berubah

Segalanya telah berubah

12:04:00 AM 1
Assalamulaikum. Setelah sekian lama tak mengupdate blog kesayangan zatie akhirnya tangan ni terasa ringan nak menaip entry.. Hehehe... Sekarang dah masuk semester baru. Semester baru.. Hidup baru.. Azam baru.. Semangat baru.. Cabaran baru.. Perasaan baru.. Erkkk?? Ada kaitan ke dengan perasaan tu?? Mungkin ada kot.. hehehe..

Semester ni mungkin banyak perubahan dari semester2 sebelum ni. Jikalau dahulu bila bermulanya semester baru zatie teringin nak jumpa dengan sumone.. Tapi tidak lagi untuk semester ni sebab segalanya dah berubah.. Tiada lagi sumone tu dalam hidup zatie.. Huhuhu.. Ok laa.. tak nak citer pasal dia pun sebenarnya.. Wat sedih je kalau citer pasal dia..Huhuhu..


Sebenarnya banyak benda yang berubah semester ni.. Ye ke?? Tapi memang ada sedikit perubahan pun sebenarnya terutamanya tentang persahabatan. Zatie pun tak tahu la kenapa zatie rasakan seperti kawan zatie tu cam dah tak nak layan zatie ni. Sejujurnya la kan zatie memang rasa sedih.. Rasa cam tersisih. Kenapa?? Apa salah zatie sebenarnya? Mana janji2 dulu?? Cakap nak study sama2... Nak jaga zatie. Sentiasa ada bila zatie dalam kesusahan atau sedih tapi sekarang dah takde. Hati mana tak sakit. Tak sedih. Dia seperti dah berubah. Masa zatie dalam keadaan yang tersangat sedih dulu. Zatie teringin sangat nak citer kat dia seperti selalu tapi dia takde. Memang zatie akan ceritakan masalah zatie kat sorang best fren zatie ni tapi zatie rasa macam tak lengkap kalau tak cerita dekat dia. Tapi sekarang semua tu dah tak penting. Bila jadi macam ni ianya buat zatie susah dah nak sayang orang lebih2. Sebab bila akhirnya zatie akan ditinggalkan.  Zatie dah tak nak anggap seseorang sebagai orang yang terpenting dalam hidup zatie. Sebab akhirnya akan jadi seperti ni. Sekarang ni semua orang yang penting bagi zatie dah tinggalkan zatie.. Hurmmmm..

 Takpe la..  Zatie terima semua ni sebagai ujian dari Allah. Bak kata kaunselor pelatih UiTM Kota Bharu, Zatie ni seorang gadis yang kuat semangat walaupun kadang2 zatie rasakan yang zatie ni seorang yang lemah..


Ok la.. nak chow dulu.. tata..





p/s:: asyik terbayangkan wajah seseorang???adakah sudah terpaut...ermmm. =.=