Friday, May 31, 2013

Adik-beradik + Sahabat

Assalamualaikum.. Hari ni kembali update blog hudus ni. Kali ni zatie nak sharing sumting dengan korang.. Sesuatu yang baru zatie rasakan untuk semester ni.. Sejujurnya semester ni sangat lah berlainan berbanding semester lepas.. Patut la masa cuti semester lepas zatie rasa cam tak sabar sangat nak masuk semester ni. Rupanya zatie bakal dapat sesuatu yang baru dalam hidup zatie ni. Alhamdulillah, zatie rasa bertuah sangat dikelilingi insan2 yang banyak buat zatie untuk terus bersemangat menghadapi setiap cubaan dan cabaran yang datang dalam hidup zatie ni.

Semester ni jugak la banyak bawak perubahan dalam diri zatie. Kalau dulu masa diploma zatie bukanlah seorang pelajar yang aktif dalam berpersatuan tetapi sekarang bila masuk degree zatie mula mengaktifkan diri untuk berpersatuan ataupun berorganisasi..  Melalui organisasi lah zatie telah ditemukan dengan insan2 yang telah banyak bagi zatie sumber inspirasi untuk menjadi seorang gadis yang cekal, tabah dan bersemangat. Sesungguhnya bukan mudah untuk jadi gadis yang kuat bila setiap liku2 hidupnya dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Orang2 yang zatie maksudkan ialah Inan dan Unni.. Tapi tu bukan lah nama sebenar diorang tau. Tu nama panggilan kami dalam kelab inspirasi. Zatie rasa sangatlah bertuah dapat berkenalan dan berkawan dengan mereka. Unni dan Inan banyak mengajar zatie tentang semangat untuk hadapi sesuatu cabaran.. Inan banyak mengajar zatie untuk jadi seorang gadis yang positive thinker.. Unni plak banyak mengajar zatie untuk jadi seorang pemimpin yang berjaya dan mempunyai semangat juang yang tinggi..

wif unni cyg..

 
my dear inan..


Nak tahu tak?? Inan ni sebenarnya dulu diploma tempat yang sama dengan zatie tapi dulu kami tak pernah bertegur sapa pun. Padahal zatie selalu je nampak dia tapi bila kami ditemukan dalam kelab inspirasi ni kami jadi rapat.. Boleh dikatakan sangat rapat jugak laa.. Tak sangkakan.. Mungkin ini lah yang dikatakan jodoh..cewaahhhh.. hahhaha..

Zatie nak ucapkan berbanyak terima kasih kat penasihat kelab inspirasi yang tersayang iaitu Umi kerana umi lah kami ditemukan dan menjadi rapat seperti adik-beradik.

my beloved ummi..

Umi jugak lah yang beri zatie peluang untuk buktikan kebolehan zatie dan untuk zatie tingkatkan lagi keyakinan diri... Terima kasih banyak2 yerr umi..


Ok laa...Dah takde idea nak tulis... Orait.. Tata..







Saturday, May 25, 2013

Review - Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalamualaikum.. Zatie kembali lagi setelah berminggu-mingu tak update blog kesayangan zatie ni.. Al maklumlah.. Diri ini terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk update blog ni. Huhuhu. Ok laaa. Kali ni zatie nak review sebuah drama yang ditayangkan kat TV3 iaitu drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Drama ni ditayangkan pada hari jumaat jam 9 malam. Korang nak tau tak?? Drama ni jugak adalah adaptasi dari novel jugak ok. Citer dia sangat2 lah best dan menarik. Lucu pun ada.. hehehe



Drama ni dilakonkan oleh Izzue Islam dan Tiz Zaqyah. Sangat sweet ok lakonan diorang.. Suka sangat tengok lakonan diorang dalam drama ni..



Nak tau jalan citer Sebenarnya Saya Isteri Dia?? Ok la.. Meh la zatie citer kat korang sikit yerrr.. Sikit je tau.. Selebihnya sila tonton sendiri.. heheheh..

Mengisahkan tentang Syafa Aqira yang terpaksa berkahwin dengan Firash Arshad kerana insiden yang memalukan ketika mereka menghadirkan diri pada suatu majlis hari jadi. Kerana peristiwa itu Syafa telah kehilangan kekasihnya iaitu Farish yang merupakan abang kepada Firash. Oleh kerana tidak mahu sesuatu yang diingini terjadi lagi, mama Firash telah meminta Firash untuk mengahwini Syafa kerana merasakan anaknya perlu bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada mereka. Perkahwinan mereka ni menjadi rahsia rakan2 Firash dan Syafa.

Kalau korang nak tahu jugak. Syafa ni tua 4 tahun dari Firash ok.. Kiranya Firash ni kawen dengan orang yang tua pada dia yang sesuai di panggil kakak. Firash ni jugak adalah seorang pelajar. Citer ni memang sweet. Dengan keletah Syafa dan Firash yang seperti budak2 dan boleh dikatakan asyik gaduh jerr. Gaduh2 manja la lebih kurang. hehhe. Syafa Aqira tu adalah lakonan Tiz Zaqyah dan Firash Arshad plak adalah lakonan Izzue Islam. Best tau citer ni. Tengok la yerr nanti.. heheh..


Ok laaa.. Zatie chow dulu.. tata..