Meet Akak Blogger..

9:20:00 PM 1
Assalamualaikum.. Dah lama rasanya tak menaip kat blog kesayangan zatie ni.. First entry di bulan Ramadhan dan first entry di bulan Julai.. Hahaha. Dasyat betul kan?? Lama kot tak jengok kat blog neh. Kesibukan punye pasal sampai takde masa nak update blog.. Huhuhu. Baik lah. Hari ni zatie nak sharing sesuatu dengan korang sumer. Pada 30 Jun yang lalu, zatie dapat jemputan dari seorang akak blogger ni untuk hadir ke rumah dia. Dia cakap ade wat makan2 sikit. Zatie tak tahu pun dia wat makan sebab ape. Dia siap offer lagi tau nak ambik zatie kat umah sewa kalau zatie takde kenderaan nak g umah dia. Sememangnya zatie memang takde kenderaan nak g umah dia tambahan plak zatie pun tak tahu umah dia kat mana. Huhuhu..

So, nak dijadikan cerita zatie pun terima la tawaran dia untuk ambik zatie kat umah sewa. Pada mulanya memang tak sampai hati nak susahkan dia untuk ambik zatie then hantar zatie balik kat umah sewa. Tapi kalau tolak pun lagi la tak sampai hati. Zatie pun terima la tawaran dia lagipun rasanya kami dah lama jugak tak jumpa. Mesti korang tertanya-tanya kan siapa lah akak blogger yang zatie maksudkan tu.. Orang tu memang blogger femes jugak la kalau nak di bandingkan dengan zatie yang kecik ni. Hehehe. Orang tu ialah Kak Ika Puk Puk.. Mesti korang kenal kan blogger Noor Atikah Ramli?? Kan.. Kan. Kan.. Hehehe.

wif kak ika



Baik lah. Zatie sambung balik cerita tadi yerr. Sebenarnya jamuan yang kak ika buat tu adalah jamuan befday rupanya. Zatie tak tahu plak yang dia buat jamuan befday. Zatie ni plak g rumah dia dengan tangan kosong jerr. Dah la dia yang ambik Zatie. Malu plak rasanya.. Huhuhu.. Jamuan befday tu adalah jamuan befday kak ika sendiri plak tu.. Uhuhuhu.. Soryy yerr kak ika ku sayang kerana tak sempat nak sediakan hadiah.. Kebetulan masa tu zatie tengah kalut nak final exam.. Huhuhu. Zatie g rumah dia tak bawak hadiah tapi sebaliknya zatie yang dapat gift sebab hadir majlis dia. Terbalik plak kan.. Huhuhu..

gift dari kak ika.. 


Walaupun entry ni dah lewat 2 minggu tapi zatie tetap nak wish sekali lagi jugak. Selamat Hari Lahir untuk Kak Ika sayang.. Semoga kak ika tabah menghadapi segala macam ujian dan cabaran hidup ini.. Semoga cepat jumpa jodoh yerr kakak ku sayang.. Ada jodoh kita jumpa lagi yerr..