Saturday, October 19, 2013

Adakah aku cuai??

Assalamualaikum. Terasa berabad dan berkurun lamanya diriku tidak menjengah ke blog ini. Intai pun tak langsung. Hahaha. Asyik sibuk je memanjang lepas tu ditambah dengan takde mood nak berblogging. Hehehe. Sebenarnya la kan entry kali ni nak jiwang sikit. Jiwang ke ekk?? Lebih kurang jugak laa. Hehehe. Dah lama kan tak post kat sini. Jadi post yang ni rasa nak berjiwang la sikit.

Zatie ada terbaca satu post kat facebook aku islam berkenaan seorang gadis cuai. Tiba-tiba je Zatie rasa tersentap bila post tu. Macam kena atas batang hidung sendiri je. Huhuhu. Post nya boleh tengok kat bawah ni.




Siyes Zatie gitau, memang hati tersentap bila baca post ni sebab seolah-olah ianya sama dengan apa yang menimpa diri Zatie. Hurmmm, Zatie pun dah rasa konpius sekarang ni. Perlukah Zatie mengaku pada empunya badan? Sedangkan kami pun baru nak kenal. Sejujurnya Zatie pun masih lagi ragu-ragu dengan diri Zatie. Memang sebelum ni Zatie dah hadapi kekecewaan yang besar selepas ditinggalkan oleh seseorang yang amat kita sayang, yang amat kita harapkan.  Zatie sendiri berusaha untuk ubati luka dihati Zatie ni dengan berkawan dengan semua orang dan ada jugak la yang salah satunya Zatie suka tapi takde la sampai hati tu nak terjatuh bagai cam Zatie pernah sayang sumone tu dulu. Sebabnya Allah tu dah bagi kat Zatie hint awal-awal tentang mereka yang Zatie suka tu. Alhamdulillah, sebab Allah taknak Zatie hadapi kekecewaan yang sama seperti dulu. Tetapi, yang baru ni sedikit menggugat hati Zatie jugak la. Perkenalan yang singkat dan sememangnya jarang berjumpa walaupun kami satu kampus. Uppps. Hehehe. 

Zatie jugak ada teringat dengan kata-kata seorang kawan Zatie ni. Orang perempuan tak payah la terhegeh-hegeh nak kejar lelaki. Tak payah nak pergi mengaku kat lelaki yang kita ni suka dia. Tapi bila Zatie baca post ni tempoh hari, Zatie jadi terfikir dengan sendirinya. Zatie akui, Zatie ni memang mudah suka kat orang tetapi untuk jatuh hati  kat seseorang  tu bukannya mudah. Zatie tak sanggup ditinggalkan seperti dulu. Yela kan, dah memang dia bukan jodoh Zatie. Zatie terima semua tu cuma kelukaan yang dia ciptakan tu bukan mudah untuk Zatie ubatinya. Ambil masa yang lama untuk Zatie ubatinya. Sejujurnya Zatie memang dah mula sukakan orang tu. Dah mula ada rasa rindu kat dia. Cuma Zatie tak pasti sama ada dia ada rasa yang sama seperti Zatie. Permulaan perkenalan kami pun, dia yang mulakan walaupun pada mulanya Zatie ni wat layan tak layan je. Zatie sendiri pun cuba untuk tidak terjatuh hati kat dia. Tapi tak sangka la plak akhirnya hati ni cam dah nak terjatuh je kat dia. Hehehe.  Pelikkan perasaan ni. Hurmmm. 

Zatie pun sebenarnya dah tak nak mengharapkan apa-apa lagi. Zatie dah serik, penat, letih nak hadapi semua ni. Semoga Allah bagi Zatie petunjuk tentang si dia ni yang dah berjaya mencuri sedikit hati ni.