Review: Fajar Aiman

1:09:00 AM
Assalamualaikum. Dah lama rasanya Zatie tak review drama kan. So, kali ni terasa nak review drama. Seperti biasa la drama kali ni adalah drama yang disiarkan di TV3 slot Azalea setiap hari isnin hingga khamis jam 4 petang. Tapi zatie tak sempat nak dok depan tv kol 4. Sem ni banyak kelas petang kot. Hanya mampu tengok online jerr iaitu kat tonton.my. Senang kan? Tak payah ada gangguan iklan yang lama. Dapat layan citer dengan tenang. Hoho.


Sedikit sinopsis Fajar Aiman ni. ’FAJAR AIMAN’ mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.
Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.
Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.
Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.
Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.
Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka?
Cerita ni memang best bagi Zatie. Jalan cerita dia agak menarik minat jugak laa. Tambahan pula pelakon hensem kot. Syarul Ridzwan sebagai Aiman dan Faralyna Idris sebagai Fajar. Ok. Malas dah nak bebel banyak. Selamat menonton..


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon