Kad Raya dari Blogger Apit

9:03:00 PM
Assalamualaikum. Hai rakan-rakan blogger ku. Sihatkah anda semua? Macam mana puasa tahun ni? Ok tak? hehehe. Sekarang kita telah pun melewati fasa-fasa terakhir di bulan  Ramadhan yang penuh mulia ni. Tak sampai seminggu je lagi ramadhan bakal meninggalkan kita dan syawal bakal mengunjungi kita semua. Memandangkan tak sampai seminggu pun lagi nak raya kan, macam mana persiapan raya korang? Mesti meriah kan? Persiapan raya zatie tahun ni seperti raya-raya dulu. Simple jer. Cukup lah ada sepasang baju baru. Kita dah semakin tua ni tak berapa sangat dah nak sambut raya. Kalau masa budak-budak dulu memang excited giler la kan nak sambut raya. Nak baju raya banyak pasang. Nak kumpul duit raya banyak-banyak. Hahahah. Tapi bila umur pun dah semakin meningkat dewasa ni (dewasa ke?), perasaan nak sambut raya tu lain lah sikit kan. Lebih pada nak berkumpul dengan kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang jauh di mata. Ececece. Hehehe.

Sebenarnya, zatie bukan nak citer pasal persiapan raya ke hape. Cuma nak sharing yang hari ni zatie dapat kad raya. Dah lama kot tak dapat kad raya ni. Ye la kan sejak teknologi yang serba canggih ni, kad raya ni orang dah jarang nak hantar. Main forward mesej je. Tak pun WhatsApp, WeChat dan sebagainya. Hari ni zatie dapat kad  raya dari sorang blogger yang agak femes jugak. Selalu bagi freebies kat follower dia. Dan Zatie pun sebenarnya ada jugak ambik doodle-doodle yang dia wat. Orang yang zatie maksudkan ialah Blogger Apit. Nanti zatie tunjuk la sikit kad raya tu ehh. hehehe. Tak sangka jugak sebenarnya akan dapat kad raya tu. Masa tu main komen je kat facebook dia. Then, minggu lepas dia inbox facebook zatie mintak alamat rumah sebab nak hantar kad raya. Orang nak bagi kan, kita ambik la. heheheh.





Tu la kad raya yang dia bagi kat Zatie. Cantikkan kad raya yang dia design sendiri. Pape pun terima kasih banyak-banyak yer Apit sebab bagi kite kad raya. Selamat Hari Raya untuk Apit dan isteri. Hehehe..Ok la ekk.. Tata..












Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon