Saturday, September 20, 2014

Anugerah Lawak Warna

Assalamualaikum. Hai uoll. Semalam ada tengok tak anugerah lawak warna kat tv channel 132 astro warna atau channel 134 astro mustika HD?? Mesti ada yang tengok dan ada yang tak tengok kan. Ok. Meh zatie nak cerita sikit corak coret anugerah semalam. Tak nak komen lebih-lebih atau pun yang negatif. Zatie go on lebih pada sudut positif la yerr. Hehehe..

Anugerah lawak warna semalam telah di acarakan oleh pengacara yang hebat iaitu Dato' Ac Mizal bergandingan bersama Nabila Huda. Seperti yang sudah dijangkakan pemenang bagi kategori artis lawak lelaki paling popular adalah Jep Sepahtu. Cuma yang sedikit mengejutkan adalah pemenang bagi kategori artis lawak wanita paling popular iaitu Sharifah Sakinah. Hurmmm. Sudah pasti ramai yang tak suka dengan kemenangan dia kan. Tapi dah itu rezeki dia. Orang yang undi. Zatie pun semalam ingat kan Jihan Muse yang menang tapi tak sangka plak yang menang adalah Sharifah Sakinah. Cuma ye la kan, dalam ramai yang tak suka dia masih ada jugak undi dia. Kalau tak dia takkan menang tau semalam. Kategori popular plak tu. Pape pun tahniah untuk semua pemenang.

Sementara itu juga, kumpulan pelawak legend iaitu kumpulan senario telah dinobatkan anugerah khas juri- pencapaian komedi sepanjang zaman. Kemenangan kumpulan senario ini memang tidak dapat lagi dipertikaikan kerana mereka sememangnya layak dengan kemenangan ini. Pelawak legend kot. Zatie pun membesar dengan menonton lawak diorang kat tv. Tapi yang buat zatie sebak bila tengok Wahid nangis bila kumpulan senario dapat anugerah tu. Memang sebak kot. Nak nangis jugak la zatie tengok semalam.. Berikut adalah senarai yang menang semalam.

Anugerah Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) :Oh My English April Fool
Pengarah komedi terbaik (TV): Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin
Siri komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Karoot Komedia Raya
Pengarah komedi terbaik (FILEM): Sejoli – Osman Ali
Anugerah Khas Juri Anugerah Lawak Warna: Dato Jamali Shadat & Hamid Gurkha
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
Segmen Komedi Radio Paling Popular: Johara Pagi Era – Sketsa Johara
Rancangan komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Bila Joyah Dah Goyah
Filem komedi terbaik: Sejoli (PrimeWorks Studio)
Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman: Kumpulan Senario
Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem: Maya Karin
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem: Bront Palare
Pelakon komedi wanita terbaik (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV): Kazar Saisi
Anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular ( Anugerah utama): Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular ( Anugerah utama): Jep SepahTu

Anugerah semalam tak berseri la kan kalau tiada persembahan dari pelawak ataupun nyanyian. Fokus zatie semalam sudah tentunya kumpulan feveret zatie iaitu shiro. Bagi zatie persembahan diorang semalam memang best yang mana persembahan mereka menyanjungi pelawak-pelawak lama. Tak lupa jugak terselit kisah-kisah kontroversi Shahrol dan Jep dulu. Tapi yang tu memang lawak.Hahaha.. Zatie memang suka sangat tengok lawak diorang. Walaupun diorang tak menang untuk kategori yang dipertangdingkan iaitu kategori pelakon komedi lelaki terbaik (TV). Bagi zatie diorang tetap terbaik dan  tetap terbaik terbaik di hati peminat diorang.



Comelkan kumpulan shiro ni? Hehehe. Zatie suka bila tengok Ajak bawak watak baba. Nampak sifat kebapaan dia tu. Bapa yang penyayang. 

Tak lupa jugak dengan persembahan penutup oleh Lipan Bara iaitu Yus dan tauke jambu, Shuib dan Jep sepahtu serta Mie Raja Lawak. Vokal Shuib meletop woo masa nyanyi lagu Awie. Comel pun ada masa tengok dia nyanyi semalam. Hehehe.

Secara keseluruhan anugerah semalam memang gempak walaupun ramai yang kata hambar dan sorakan dari audience tu kurang. Bagi zatie ok la tu kan. Takkan setiap anugerah perlu bersorakan kuat. Apa yang buat zatie suka tengok pelawak-pelawak ni diorang punya semangat setia kawan yang kuat. Yang tu memang zatie respect laa.. Pape pun tahniah zatie ucapkan sekali lagi buat semua pemenang. Semoga tiap karya komedi yang dikeluarkan mempunyai kualiti yang terbaik.


Ok laa..babai.

6 komen

Salam kenal adik manis..
Done follow
Akk ada tag adik manis untuk liebster award

http://mak-atam.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html?m=1

Salam kenal adik manis

Ada tag adik untuk liebster award

http://mak-atam.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html?m=1

taw x jep nyanyi lgu ape??

nak tengok video persembahan lipan bara tu la.. upload la.. x dpt nk tgok hari tu.

nak tengok la video persembahan lipan bara dari plawak2 tu.. upload la nnt ye.. nk sangat.. sebab haritu x dpt nk tgok.

semoga kumpulan senario dirahmati Allah...x kisah lah bekas ahli tapi dlm hati peminat mereka mmg senario selamanya...mmg sebak tgk senario muncul dlm anugerah tersebut..selepas sekian lama dinantikan mereka muncul diastro dlm anugerah tersebut...senario memang lagenda

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon