Monday, December 22, 2014

Kenangan Praktikal

Assalamualaikum. Hampir 2 minggu zatie habis praktikal tapi hari ni baru nak post kat blog. Ngeeee. Teringin nak post kat blog tapi keadaan internet yang tak berapa nak ada membuatkan zatie malas nak taip entry. Huuuu.

Alhamdulillah, zatie berjaya menghabiskan praktikal selama hampir 3 bulan kat Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah. Macam-macam pengalaman yang zatie dapat sepanjang zatie praktikal kat sana walaupun skop kerjanya memang takde kaitan langsung dengan bidang pengajian zatie. Tapi ok lahh kalau setakat nak cari pengalaman dan merasai suasana alam pekerjaan tu. Mula-mula masuk praktikal tu memang rasa janggal jugak la kan sebab tak biasa lagi dengan keadaan sekeliling sampai rasa macam lambat je nak habis keje tapi zatie cuba membiasakan diri dengan keadaan itu walaupun kebanyakan staff kat PPD tu umur diorang beza jauh ngan zatie. Ibarat ayah ngan anak. Mak ngan anak. Heee.. Abang kakak tu ade jugak tapi sikit je laa. Heeee. Walau macam mana pun zatie bersyukur sangat sebab pegawai dan staff-staff kat PPD tu semuanya baik. Zatie pun takde lah rasa macam orang asing sepanjang praktikal kat sana.

Kat PPD zatie diletakkan dibawah pengawasan Cikgu Rusli iaitu ketua unit penilaian dan peperiksaan. Maknanya zatie telah ditempatkan kat unit peperiksaan laa semasa menjalani praktikal kat PPD tu. Sejujurnya berada kat unit peperiksaan memang best jika nak dibandingkan dengan unit-unit yang lain kat PPD tu sebabnya unit peperiksaan boleh dikatakan sedikit rilek. Heee. Dan lagi satu unit peperiksaan jugak sangat lah sikit pegawai dia. Hanya ada 2 orang je iaitu cikgu Rusli dan cikgu Zaid dan seorang pembantu tadbir iaitu Kak Tie. Kak Tie ni memang sporting habis laa. Beruntung zatie dapat duduk kat unit tu. Lepas tu dah la budak praktikal pertama yang berada kat unit peperiksaan tu.

Tetapi walaupun zatie berada kat unit peperiksaan  tapi zatie jugak sering berkunjung kat unit-unit lain. Al-maklumlah bila dah takde keje dah boring mulalah nak merayau-rayau. Kalau takde keje sangat zatie jaga kaunter. Mula-mula jaga kaunter tu macam best jugak la kan. Tapi bila dah lama-lama tu rasa cam boring pun ade jugak. Boring bukan sebab ape pun, sebab bila ade kerani sekolah datang hantar surat kat PPD ade je la yang nak menggatal. Haihh. Itu yang membuatkan zatie serabut. Tapi best jugak dok kat kaunter pertanyaan ni sebab kita dapat berurusan dengan ramai orang. Zatie memang minat dengan keadaan macam tu cuma yang tu lahh bila ade yang nak menggatal tu kita macam tak berapa selesa. Kalau sekadar nak mengusik tu ok la kot sebab zatie ni bukan jenis menyombong dengan orang. Zatie boleh go on dengan semua orang yang nak kenal dengan zatie.  Heeee.

Sepanjang praktikal kat PPD, zatie ada berkenalan dengan seorang kawan baru. Nama dia Asilah tapi zatie panggil dia Ila. Budak praktikal jugak tapi yang best nye dia budak UiTM jugak dan merupakan budak Matematik Pengurusan yang mana satu fakulti dengan zatie. Sejak jadi kawan dengan dia memang kiteorang selalu buat keje sama-sama makan pun sama-sama dan bergosip pun sama-sama. Upsss. Hahaha. Lumrah la kan bila dah ada kawan yang sekepala dengan kita ni.

Wif ila. Maap la yerr gambar yang tak edit sebab malas..Hahaha







Sebagai penghargaan zatie nak ucapkan ribuan terima kasih Kak Tie, Kak Wan, Cikgu Rusli, Cikgu Zaid, Ustaz Mat, Haji Harun dan semua pegawai dan staff PPD yang baik hati sebab layan zatie dengan baik dan bagi tunjuk ajar kat zatie ni yang baru nak belajar. Sesungguhnya setiap kenangan sepanjang zatie praktikal kaat PPD akan di ingati sampai bila-bila. 

Sekian sahaja dari zatie untuk kali ini. Semoga bertemu lagi. Babai..



P/S:: Bertungkus lumus siapkan report.. Huhuhu


1 comment:

  1. aslmkum izzati saya affa, saya pun nk try apply kat PPD area rumah sy, nak tnya awak intern kat PPD ni an , skop kerja dia apa ye? slain jaga unit peperiksaan

    ReplyDelete

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)