Harapan baru

Harapan baru

12:11:00 AM 0
Assalamualaikum. Macam dah lama kan tak menconteng kat sini. Seriously terasa rindu sangat nak conteng kat sini. Sekarang ni bermula lah sudah semester baru iaitu semester akhir sebelum zatie praktikal. Pejam celik pejam celik dah nak habis belajar pun zatie ni kan. Rasa macam baru je masuk universiti. Hampir 5 tahun belajar kat universiti berbagai suka dan duka zatie lalui. Jatuh dan bangun.

Hurmmm. Harapan zatie untuk semester baru ni ialah belajar bersungguh-sungguh dan tamat ijazah dengan jayanya. Itu sahaja harapan zatie. Nak tamat ijazah dan kerja untuk tanggung keluarga.  Zatie jugak harap zatie akan lebih kuat untuk hadapi segala ujian dan dugaan untuk semester baru ni. Tak kan lagi mudah mengalah dan cepat berputus asa. Paling penting adalah tahan air mata walaupun ingin menangis. Zatie harus keraskan hati supaya hati zatie tak merasa terluka seperti dulu. Biar lah orang nak kata zatie ni takde perasaan pun. Yang penting zatie nak jaga perasaan zatie dulu. Hati yang dah lama terluka ni. Zatie cuma harap zatie kuat je. Itu je..