Sunday, April 27, 2014

Kursus Pengurusan Organisasi

Assalamualaikum. Ohoiiii. Lama giler Zatie tak post kat blog. Bukan tak nak post tapi takde masa campur dengan penat. So, jadilah takde masa tu. Huhuhu. Yang jadi takde masa tu sebab sibuk dengan kelas jerr. Yela kan. Kelas full kot. Dah nama pun student degree kan.  Cara belajar pun lain dari yang lain.

Sebenarnya la kan zatie baru jer balik dari join satu program anjuran Hal Ehwal Pelajar UiTM Kota Bharu iaitu Kursus Pengurusan Organisasi yang mana program ni melibatkan wakil persatuan dan kelab UiTM Kelantan.  Program ni diadakan kat Felda Residence Tekam Jerantut, Pahang. Program ni memang best sebab banyak benda yang dapat kita belajar berkaitan kepimpinan kat universiti terutama sebagai pelajar UiTM. Zatie rasa beruntung sangat dapat join program camni. Di samping itu juga, kita dapat menambahkan lagi kenalan kita bukan hanya dari kampus Kota Bharu tapi dari kampus Machang. Maklumlah, budak degree UiTM Kelantan ni terpisah. Ada yang dok kampus Kota Bharu dan ada yang dok kat kampus Machang. Macam zatie ni dok kampus Kota Bharu. So, budak degree kampus Machang memang tak kenal sangat la.

Best nya lagi program ni bila grup zatie dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Perghhh.. Memang tak sangka la grup kami akan jadi juara keseluruhan. Bangga pun ada jugak tau.. Hihihi. Ok laaa.. Taknak bebel panjang. Tengok je la gambar ekkk. zatie pun letih ni. Dah la test dan assignment berlambak. Zzzzzzzzzz..











Takde ape yang nak dibebelkan lagi. Zatie chow dulu yer. tata.