I Love You Mak

11:21:00 PM 0
Assalamualaikum. Hari ni tanggal 11 Mei 2014 di mana tarikh hari ni adalah sambutan hari ibu. Sebenarnya la kan, ada ke sambutan hari ibu ni? Perlu ke sambutan hari ibu ni? Mengikut syariat islam, tiada sambutan hari ibu kerana sambutan ia merupakan sambutan hari Mother Church atau ibu Gereja Kristian. Nak bagi ucapan tu zatie tak pasti la plak boleh ke tidak. Kalau nak di ikutkan hari-hari adalah hari ibu. Hari-hari kita perlu ucapkan I LOVE YOU kat ibu kita tanda kasih sayang kita kat dia. Tak perlu nak tunggu hari ibu baru nak bagi ucapan camtu kan. Tapi terpulang kepada individu masing-masing untuk lakukan atau pun tidak.

Bukan apa, sebab hari ni Zatie tengok ramai dok upload gambar mak diorang kat instagram bagai sumer tu. Kenapa Zatie tak upload ekkk?? Bukan ke Zatie ni kaki upload gambar?? Hahaha. Tak nak upload kat instagram tapi nak post kat blog. Hahaha. Tapi kan bila tengok ramai yang dok post kat instagram gambar mak diorang dengan caption yang menyentuh hati memang tersentuh jugak la naluri Zatie sebagai seorang anak ni. Macam-macam cara orang nak tunjukkan kasih sayang seorang anak kat seorang ibu. Macam Zatie pun ada cara Zatie sendiri. Yerr. Zatie adalah seorang gadis yang tak reti ekspresikan kasih sayang tu. Bukan tak sayang tapi tak tahu macam mana kita nak tunjuk. Mungkin setengah orang, dia boleh nampak cara kita. Atas individu masing-masing laa cara dia lihat kelakuan kita.

Sebenarnya Zatie pun ada ucapan jugak tau. Bukan ucapan jugak tapi cam luahan hati la. Kalau mak baca mesti malu titew.. Hehehe. Kalau adik Zatie yang baca, konpem dia kutuk kakak dia ni. Hahaha.

Buat mak yang kak long sayang. Terima kasih sebab lahirkan kak long kat dunia ni dengan susah payah. Kak Long tahu mak susah nak lahirkan kak long dulu. Terima kasih jugak sebab jaga kak long dengan baik selama ni. Rawat kak long ketika kak long sakit. Sesungguhnya jasa mu terlalu besar untuk diri ni. Kak long tahu kak long banyak menyusahkan keluarga dan semua orang. Kak long jugak tahu mak risau tentang anak sulung mak ni. Kak long tahu kak long bukan seperti adik-adik lain. Kak long memang seorang anak yang degil. Suka buat sesuatu ikut kepala sendiri. Nampak lembut tapi hati keras. Kak long jugak tak pernah buat apa-apa luahan pun kat mak kalau ada orang ejek kak long. Mengata Kak long, buat kak long sedih. Semua Kak Long pendam jer. Maafkan atas segala kesalahan kak long selama ni. Kak long tahu kak long bukan lah anak yang baik. Tapi kak long cuba untuk jadi anak yang baik untuk mak dan ayah. Mungkin kak long bukan seperti anak-anak orang lain yang boleh dibanggakan tapi inilah diri kak long yang sebenarnya. Kak long tahu mak lagi mengenali sifat anak sulung mak yang degil dan keras kepala ni. Terima kasih mak. Kak long akan cuba untuk bantu keluarga dan takkan biarkan orang mengata keluarga kita lagi. Buat mak ku yang tersayang Romzah binti Harun. I love You mak. 


Ohhhh. Nak nangis rasa nya masa taip benda tu tapi ku tahan air mata ni dari keluar. Huhuhu. Satu lagi perangai Zatie ni, tak tunjuk air mata depan family. Tak tahu la kenapa. Sejak meningkat ke alam remaja, menangis adalah sesuatu yang Zatie sembunyikan. Zatie tak suka tunjuk kan kesedihan Zatie kat family. Tapi kalau tak puas hati memang mudah jerr nak nampak. Hehehe.

Ok laaa.. Setakat ni dahulu coretan dan bebelan Zatie. Harap tak bosan la nak baca. Hehe. Babai.




Terharu baca caption Fynn Jamal, Ajak dan Shahrol Shiro kat instagram pasal mak diorang. Menyentuh hati. 




Review: Fajar Aiman

Review: Fajar Aiman

1:09:00 AM 0
Assalamualaikum. Dah lama rasanya Zatie tak review drama kan. So, kali ni terasa nak review drama. Seperti biasa la drama kali ni adalah drama yang disiarkan di TV3 slot Azalea setiap hari isnin hingga khamis jam 4 petang. Tapi zatie tak sempat nak dok depan tv kol 4. Sem ni banyak kelas petang kot. Hanya mampu tengok online jerr iaitu kat tonton.my. Senang kan? Tak payah ada gangguan iklan yang lama. Dapat layan citer dengan tenang. Hoho.


Sedikit sinopsis Fajar Aiman ni. ’FAJAR AIMAN’ mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.
Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.
Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.
Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.
Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.
Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka?
Cerita ni memang best bagi Zatie. Jalan cerita dia agak menarik minat jugak laa. Tambahan pula pelakon hensem kot. Syarul Ridzwan sebagai Aiman dan Faralyna Idris sebagai Fajar. Ok. Malas dah nak bebel banyak. Selamat menonton..


Tiada Lagi Airmata

6:31:00 PM 0
Assalamualaikum. Diri ku datang lagi menjenguk blog kesayangan ku ini. Terasa mood nak blogging tu datang lagi. Tapi tunggu lah habis semester ni dulu baru nak aktif balik. Hehehe. Sebenarnya sejak dua tiga hari rasa cam stress sikit. Stress sebab pikir hal duit. Cam tak patut je kan. Huhuhu. Benda lain tak stress cuma sedih sikit jerr. Sedih sebab kenangkan nasib diri. Hurmmm. Tak patut Zatie cakap gitu. Seolah-olah tak redha dengan apa yang menimpa kita. Zatie tahu semua ni ujian Allah untuk Zatie. Zatie terima semua ni dengan hati yang terbuka. Mungkin ada hikmah di setiap yang menimpa diri Zatie ni.

Semester ni Zatie bertekad tak nak menangis. Tak nak bazirkan airmata untuk sesuatu yang tak patut. Kononnya la.. Stress macam mana pun jangan bagi nangis. Kena tahan jugak airmata tu dari keluar. Nampak,  kebalnya hati sebab nak tahan nangis. Bukan mudah tau nak keraskan hati ni. Terpaksa jadi ego sekejap untuk kepentingan diri sendiri. Tapi bila tengok citer sedih, Zatie kalah. Nangis jugak kiter ni. Alahai. Nampak sangat jiwa ni lembut walaupun keras tu ada. Huhuhu.. Dah nama pun perempuan kan. Takkan hilang kelembutan dia walau sekeras mana pun hati dia tu. Huhuhu.. Bukan saja-saja Zatie buat semua tu. Ada sebabnya kenapa Zatie harus buat begitu. Zatie kena kuat kalau nak habiskan degree. Zatie tak nak sedih hanya kerana benda yang kecik. Sebab tu zatie cuba jadi seorang gadis yang ceria walaupun banyak masalah yang melanda. Cuba terima keadaan sekeliling walaupun kita tak selesa. Tapi rasanya semester ni tak banyak benda sedih yang berlaku. Setakat ni la. Lepas ni tak tahu la macam mana. Harap-harapnya takde la benda yang akan wat Zatie menangis dan mengganggu ketenangan zatie. Tak nak ok. TAK NAK!!!! Zatie jugak kena yakin yang Allah tu sentiasa bersama orang-orang yang sabar dalam menghadapi apa jua dugaan hidup ni. Zatie kena sabar untuk habiskan degree yang dah tak sampai setahun pun lagi. Bulan 9 ni dah start praktikal. So, kena la kuatkan semangat sikit. Jangan cepat berputus asa. You Can Do It Zatie.. Fighting!!!



Zatie bersyukur sangat sebab Allah bagi Zatie kekuatan untuk hadapi semua dugaan dan cabaran ni dengan tenang dan sabar. Yang penting sentiasa berdoa pada Dia. Dia akan sentiasa bersama kita. Tapi kan ada sesuatu jugak tau yang selalu wat zatie hepy. Selalu wat zatie jadi tak nak nangis. Nak tahu tak?? Zatie tengok koleksi video Shiro. Hahahah. Bila tengok jerr video diorang memang hilang lah rasa sedih tu. At least terubat jugak la kan. Alhamdulillah. Yang penting kita kena usaha untuk buat sesuatu yang boleh hilangkan rasa sedih dan stress tu. Jangan asyik layan jerr rasa tu. Syaitan pun lagi mudah nak hasut kita. Ok lah. Letih nak taip panjang-panjang. Ok uolll.. tata..