Mampukah aku bertahan??

Mampukah aku bertahan??

1:56:00 AM 1
Assalamualaikum. Musim akhir semester kian hampir. Minggu macam ni ramai student tak cukup tidur sebab kena siapkan projek dan sebagainya di campur lagi test dan presentation yang berderet. Stress tau tak. Arghhhh.. Bila tiba musim penghujung macam ni bermacam dugaan yang datang. Benda biasa la tu kan bagi setiap pelajar universiti yang melaluinya.

Zati dah tak tahu sama ada zati kuat ke tak. Cekal ke tidak. Kadang-kadang rasa jugak goyah tu. Rasa jugak nak tumbang tu. Tapi bila ingat balik, jalan ni yang zati pilih dan zati harus habiskan sampai ke penghujungnya walaupun terpaksa meredah gelora lautan api. Masa ada dalam sebulan je lagi tapi seperti setahun lamanya. Hurmm. Jujur zati cakap, zati dah letih nak simpan air mata. Rasa nak nangis jugak saat dan ketika ini bila rasa diri ni dah tak kuat. Hati mana tak sedih bila masuk kelas tapi rasa cam orang asing. Bila buat kerja grup rasa cam tak wujud je dalam grup tu. Zati tahu zati bukan budak pandai. Zati bukan pelajar cemerlang. Zati bukan bakal calon ANC ataupun ijazah kelas pertama. Tapi zati jugak seorang manusia. Zati tak mintak apa pun. Cuma ingin diberi tunjuk ajar. Zati tahu zati ni lembap dalam segala hal. Haihhh.. Tengah taip ni pun boleh rasa nak nangis tapi ku tahan air mata dari kuar.

Bila jumpa dengan seorang kawan kelas zati ni, dia selalu tegur zati yang zati ni asyik senyum jerr tapi dalam hati zati tersimpan rasa duka, sakit, kecewa dan macam-macam lagi laa. Zati cuma nak habiskan degree ni jer. Itu sahaja. Dan sijil ijazah ni hanyalah untuk mak ayah zati bukan untuk zati pun. Zati pun tak nak sedih.

Pasal kawan-kawan tu zati malas dah nak cerita. Zati paling rindukan kawan-kawan sekolah zati dulu. Betul la kan. Teman kita boleh cari tapi seorang sahabat memang sukar kita nak cari. Zati tak salahkan sape-sape pun dan tak nak salahkan sesiapa. Zati cuma tahu salahkan diri sendiri. Apa pun yang jadi sebelum ni zati salahkan diri sendiri. Mereka pun dah banyak tolong zati. Zati tak lupa pada orang yang banyak bantu zati. Orang yang buat tak elok kat zati pun, zati tak lupa. Zati ingat semua tu. Keluarga zati terutama mak zati la kan, tak pernah pun tahu betapa susah dan peritnya anak dia nak hadapi semua ni. Menangis sorang-sorang dalam bilik. Zati bukan inginkan simpati tapi sekurangnya sedar lah akan kehadiran diri zati ni. Itu sahaja.

Ok lah. Rasa dah tak mampu nak taip panjang-panjang. Air mata ni kalah ni jugak. Semakin laju dia keluar membasahi pipi. Salam sayang dari zati untuk semua. Babai..