Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

5:41:00 PM 6
Assalamualaikum. Hai uoll. Semalam ada tengok tak anugerah lawak warna kat tv channel 132 astro warna atau channel 134 astro mustika HD?? Mesti ada yang tengok dan ada yang tak tengok kan. Ok. Meh zatie nak cerita sikit corak coret anugerah semalam. Tak nak komen lebih-lebih atau pun yang negatif. Zatie go on lebih pada sudut positif la yerr. Hehehe..

Anugerah lawak warna semalam telah di acarakan oleh pengacara yang hebat iaitu Dato' Ac Mizal bergandingan bersama Nabila Huda. Seperti yang sudah dijangkakan pemenang bagi kategori artis lawak lelaki paling popular adalah Jep Sepahtu. Cuma yang sedikit mengejutkan adalah pemenang bagi kategori artis lawak wanita paling popular iaitu Sharifah Sakinah. Hurmmm. Sudah pasti ramai yang tak suka dengan kemenangan dia kan. Tapi dah itu rezeki dia. Orang yang undi. Zatie pun semalam ingat kan Jihan Muse yang menang tapi tak sangka plak yang menang adalah Sharifah Sakinah. Cuma ye la kan, dalam ramai yang tak suka dia masih ada jugak undi dia. Kalau tak dia takkan menang tau semalam. Kategori popular plak tu. Pape pun tahniah untuk semua pemenang.

Sementara itu juga, kumpulan pelawak legend iaitu kumpulan senario telah dinobatkan anugerah khas juri- pencapaian komedi sepanjang zaman. Kemenangan kumpulan senario ini memang tidak dapat lagi dipertikaikan kerana mereka sememangnya layak dengan kemenangan ini. Pelawak legend kot. Zatie pun membesar dengan menonton lawak diorang kat tv. Tapi yang buat zatie sebak bila tengok Wahid nangis bila kumpulan senario dapat anugerah tu. Memang sebak kot. Nak nangis jugak la zatie tengok semalam.. Berikut adalah senarai yang menang semalam.

Anugerah Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) :Oh My English April Fool
Pengarah komedi terbaik (TV): Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin
Siri komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Karoot Komedia Raya
Pengarah komedi terbaik (FILEM): Sejoli – Osman Ali
Anugerah Khas Juri Anugerah Lawak Warna: Dato Jamali Shadat & Hamid Gurkha
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
Segmen Komedi Radio Paling Popular: Johara Pagi Era – Sketsa Johara
Rancangan komedi hiburan terbaik (Bukan bersiri): Bila Joyah Dah Goyah
Filem komedi terbaik: Sejoli (PrimeWorks Studio)
Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman: Kumpulan Senario
Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem: Maya Karin
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem: Bront Palare
Pelakon komedi wanita terbaik (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV): Kazar Saisi
Anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular ( Anugerah utama): Sharifah Sakinah

Artis Lawak Lelaki Paling Popular ( Anugerah utama): Jep SepahTu

Anugerah semalam tak berseri la kan kalau tiada persembahan dari pelawak ataupun nyanyian. Fokus zatie semalam sudah tentunya kumpulan feveret zatie iaitu shiro. Bagi zatie persembahan diorang semalam memang best yang mana persembahan mereka menyanjungi pelawak-pelawak lama. Tak lupa jugak terselit kisah-kisah kontroversi Shahrol dan Jep dulu. Tapi yang tu memang lawak.Hahaha.. Zatie memang suka sangat tengok lawak diorang. Walaupun diorang tak menang untuk kategori yang dipertangdingkan iaitu kategori pelakon komedi lelaki terbaik (TV). Bagi zatie diorang tetap terbaik dan  tetap terbaik terbaik di hati peminat diorang.



Comelkan kumpulan shiro ni? Hehehe. Zatie suka bila tengok Ajak bawak watak baba. Nampak sifat kebapaan dia tu. Bapa yang penyayang. 

Tak lupa jugak dengan persembahan penutup oleh Lipan Bara iaitu Yus dan tauke jambu, Shuib dan Jep sepahtu serta Mie Raja Lawak. Vokal Shuib meletop woo masa nyanyi lagu Awie. Comel pun ada masa tengok dia nyanyi semalam. Hehehe.

Secara keseluruhan anugerah semalam memang gempak walaupun ramai yang kata hambar dan sorakan dari audience tu kurang. Bagi zatie ok la tu kan. Takkan setiap anugerah perlu bersorakan kuat. Apa yang buat zatie suka tengok pelawak-pelawak ni diorang punya semangat setia kawan yang kuat. Yang tu memang zatie respect laa.. Pape pun tahniah zatie ucapkan sekali lagi buat semua pemenang. Semoga tiap karya komedi yang dikeluarkan mempunyai kualiti yang terbaik.


Ok laa..babai.

OPPO R8006

11:53:00 AM 3
Assalamualaikum. Kembali menjengah lagi di blog ku yang semakin usang ini. Hahaha. Tak nak muqaddimah panjang lebar. Just nak bagi tahu pasal sesuatu benda. Korang mesti pernah dengar brand baru smartphone oppo kan? Haaaa. Ni la yang zatie nak citer kat korang sumer. Sebelum tu kita tengok gambar dulu ekk.. Hehehe..



Haa. Camtu lah design oppo yang baru. Oppo R8006 atau oppo R1S. Lebih kurang macam IPhone kan design dia. Kamera dia sangat lah cantik. Mempunyai kamera depan yang 5MP dan kamera belakang 13MP. Siyes zatie cakap kamera depan dia sangat lah cantik. Standard kamera phone sony tau. Mesti pelik kan kenapa dengan yakin nya zatie cakap kamera dia cantik sebab oppo R1S ni dah pun jadi milik zatie.. hahaha. Sebenarnya masa keluar dengan kawan-kawan kat KB Mall. Saja je la kan nak survey telefon baru. Pada mula nya nak beli Samsung Galaxy Grand 2, lepas tu jurujual kat kedai dok promote handphone oppo ni kat zatie.  Zatie tengok je la dulu. Tak berminat lagi. Lepas tu jalan-jalan lagi mencari harga yang berpatutan. Then, singgah kat satu kedai ni yang memang jual brand oppo je. Jurujual kat kedai tu pun promote brand oppo yang sama macam kedai first yang zatie singgah tadi. Bezanya dia siap bagi demo lagi camne fungsi penggunaan oppo R1S ni. Siap bagi testing kamera dia lagi tau. Memang terpukau la zatie tengok kamera dia yang cantik tu. Almaklumlah zatie kan suka bergambar. Upsss.. Hahaha. Lepas tu setelah berfikir banyak kali zatie pun angkat telefon oppo ni. Hahaha.. Harga dia?? Korang survey la sendiri. Hahaha. 






Gambar kat atas tu hasil dari kamera telefon oppo la. No 360 no edit-edit ok. Original gambar from oppo camera. Hahaha. Masih tak percaya lagi?? korang boleh la g beli sendiri yerr. Hahhaa.. Ok la. Tata..