Review: Hati Perempuan

8:46:00 PM
Assalamualaikum. Holla Holla semua. Hehehe. Berkurun lamanya menyepi kini kembali lagi. Hoyeahhh. Baiklahh. zatie ade story baru sebenarnya. Sebab dah lama tak review novel, so hari ni zatie nak kongsikan satu cerita menarik mengenai satu novel yang sudah zatie baca dan bakal disiarkan di TV tak lama lagi. Can't wait ok. Seriously tak sabar sangat. Tajuk novel tu ialah Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas.



"Memahami hatimu lebih sukar dari memilikinya." Bukan mudah untuk memahami hati seorang wanita apatah lagi untuk memilikinya setelah seorang wanita itu melalui peristiwa duka dalam hidup. Itulah yang dihadapi oleh Yuhanis apabila menjadi seorang wanita yang suka memendam perasaan dalam hati sahaja tanpa meluahkannya akibat pernah dikecewakan oleh seorang lelaki yang amat dicintai satu ketika dahulu iaitu Daniel Idrus. Satu pertemuan yang tidak dijangka apabila Yuhanis dikehendaki menguruskan projek milik syarikat Tengku Zaril, seorang lelaki yang pernah dia lihat dalam sebuah majalah. Pertemuan pertama Yuhanis dengan Tengku Zaril membuatkan Yuhanis menyampah dengan sikap lelaki itu yang kelihatan sinis dan dingin. Namun, siapa sangka jejaka terhangat itu mengirimkan sebuah kotak kecil yang mengandungi sebentuk cincin untuk melamar Yuhanis dengan menjadikan dia sebagai isteri. Alasan Tengku Zaril pada Yuhanis sangat mudah kerana mereka saling memerlukan. Ok, Bila zatie fikirkan balik mak Yuhanis memang mendesak Yuhanis supaya berkahwin  dengan harapan Yuhanis dapat melupakan peristiwa lalu. Begitu juga dengan keluarga Tengku Zaril yang sangat menginginkan menantu sulung dari anakanda kesayangan mereka. Namun begitulah kuasa jodoh. Tengku Zaril dan Yuhanis disatukan juga setelah berbagai cara yang dilakukan oleh Tengku Zaril untuk memastikan Yuhanis menerima dia sebagai suami kerana bagi Tengku Zaril tiada wanita lain yang layak menjadi isterinya selain Yuhanis.

Setelah 4 tahun tidak berjumpa mata dengan Daniel Idrus, mereka ditemukan lagi dalam sebuah majlis namun waktu itu Yuhanis sudah sah menjadi milik Tengku Zaril. Yuhanis sentiasa menantikan lelaki itu tetapi dalam waktu yang sama dia sangat membencikan lelaki itu kerana Daniel meninggalkan dia setelah pelbagai janji yang dilafazkan untuk hidup bersama, Dalam waktu yang sama Tengku Zaril sentiasa berusaha untuk meraih cinta Yuhanis tetapi berjaya ke tidak dia memiliki cinta Yuhanis tu?

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna. Secara keseluruhannya bukan mudah untuk Yuhanis meluahkan rasa cintanya pada Tengku Zaril walaupun suaminya pernah mengungkapkan rasa cinta padanya. Yuhanis seperti sangsi untuk menerima cinta dari Tengku Zaril kerana merasakan Tengku Zaril menipunya kerana dia mendapat tahu Tengku Zaril  pernah ada hubungan istimewa dengan Tengku Amalin, sepupu Tengku Zaril sendiri. Padahal semua itu hanyalah rekaan dari Tengku Amalin sahaja yang beria-ia inginkan sepupunya itu.

Kesimpulannya, jalan cerita novel ni memang best. Ayahanda dan bonda Tengku Zaril sangat menyayangi Yuhanis. Walaupun mereka mempunya kedudukan dan nama, tetapi mereka tidak berlagak dan tidak memilih darjat untuk cari calon menantu. Alahai. Zatie baca novel ni pun rasa tacing tau, Sapa tak nak oiii dapat mak mentua yang baik macam Tengku Durrahtul bonda Tengku Zaril tu. Tengku  Zaril tu memang sweet dan romantik. Apa yang dapat zatie cakap kat sini, lelaki perlulah sabar untuk memahami hati seorang wanita. Lagi-lagi kalau seorang wanita tu pernah menyimpan rasa duka di hati yang paling lama. Zatie pun bukan cakap apa jugak sebab zatie pun camtu jugak, Bukan mudah nak ubati kekecewaan yang sudah dicipta oleh insan bergelar lelaki. Huhuhu..Walaupun benda tu dah lama berlalu. Kesannya tetap ada.

Korang mesti dah tahu kan yang cerita bakal ditayangkan kat slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama Teman Lelaki Upahan.. Dan watak Tengku Zaril tu dipegang oleh hero pujaan hati iaitu Syarul Ridzwan. Heheheh. Watak Yuhanis pulak disandang oleh  Mia Ahmad. Zatie harap cerita ni akan meletup jugak macam drama adaptasi novel lain seperti Rindu Awak 200% dan Love You Mr. Arrogant. Pape pun zatie nak ucapkan tahniah buat penulis novel Hati Perempuan ni kerana menghasilkan karya yang menarik tentang hati seorang perempuan,

Ok,, Sekian saja disini. Jangan lupa tau tengok drama ni kat TV3 bermula 30 mac ni... babai..







Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon