Surat dari Tabung Haji

9:27:00 PM
Assalamualaikum. Hari ni ada posmen hantar surat kat rumah Zatie dan surat tu adalah untuk Zatie. Zatie terkejut bila adik bongsu Zatie bagitau ada surat untuk Zatie. Dah la masa tu baru nak lelapkan mata selepas bereskan kerja rumah sikit. Ekkk. Ermm, Zatie dapat surat dari Lembaga Tabung Haji. Masa adik bagi sampul surat tu takde la nak excited sangat tapi adik Zatie pulak yang terlebih excited. Hahahha.


Zatie pun macam malas nak bukak bila adik bagi sampul surat tu. Yela kan sebab mata tengah mengantuk. Just jeling je kat sampul surat tu tapi sempat jugak bukak sampul surat walaupun mata tu mengantuk. Hahaha. Lepas je bukak sampul tu terus letak balik sebab harapan tu meleset. Isi sampul surat tu sedikit mengecewakan hati la jugak tapi Zatie memang dah agak pun sebenarnya. Hehehe.

Ni lah isi kandungan sampul surat tu. Sob3
Dia punya frust tu takde la macam kena hempap tangga sebab Zatie dah agak akan dapat slip simpanan wang ni. Lagipun masa program kerjaya dan temuduga terbuka hari tu Zatie ada bukak akaun Tabung Haji sambil apply untuk jawatan SL1M kat Tabung Haji. Ingatkan nak dapat tawaran dari Tabung Haji untuk join program SL1M tu tapi rupanya bukan. Huwaaaaa.

Tiap-tiap hari Zatie cek email kot-kot nak ada panggilan interview tapi takde jugak, Hurmm. Jeles jugak tengok kawan-kawan lain dah dapat keje. Zatie jugak yang masih terkontang-kanting cari keje. Interview yang sebelum ni masih jugak tak dapat jawapan. So, Zatie anggap semua interview yang Zatie pegi adalah FAIL. Haihhh. Jawabnya tunggu lepas raya laa apply keje balik melalui Jobstreet. Bukan apa apply lepas raya sebab takut diorang panggil interview dalam masa terdekat Zatie tak dapat nak pegi. Tunggu lepas raya laa Zatie naik KL balik. Lagipun kalau nak pegi sekarang duit pun tak cukup. Hurmmm Sedihhhhhhhh.. Doa-doakan lah Zatie yerr supaya cepat dapat keje. uhukkk.


Artikel Terkait

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Khalid Kyle
AUTHOR
July 1, 2015 at 5:45 PM delete

Moga dipermudahkan dpt job tu ye cik zati :)

Jom terjah : Bukti GST Naikkan harga barang!

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon