SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

11:07:00 PM 3
Assalamualaikum. Rasa cam dah lama tak join segmen dan kali ni Zati rasa tertarik nak join segmen kali ni. Segmen kali ni adalah SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA. Orang lain mungkin letak gambar bersama keluarga tapi Zati letak gambar Zati sorang2 jerrr tapi bersama si kucing kesayangan Zati. hehehe.. Nasib baik Mamamyja kata tak kisah gambar sorang ataupun bersama keluarga. Jadi Zati pilih gambar sorang laa sebab takde gambar bersama keluarga.. Hahahha.



Cerita pasal baju raya tahun ni, baju raya tahun ni adik Zati yang sponsorkan  sebab tahun ni dia dapat zakat dari UPM tempat dia belajar. Yelaa, tahun ni zati takde bajet nak sponsor baju sebab takde keje lagi. Masih mencari keje laa. Huhu. Oleh kerana tahun ni rezeki adik dapat zakat dari UPM, dapatlah jugak Zati merasa pakai baju baru. Kalau tak memang recycle baju lama la jawabnya. Sedihkan. Tapi syukur sangat dapat jugak baju baru tahun ni. Mula-mula nak beli baju ni macam fikir banyak kali jugak. Bukan apa takut tak puas hati maklumlah beli online. Tengok gambar macam cantik tapi bila dah dapat tak memuaskan hati pulak. Tetapi bila baju dah sampai memang Zati berpuas hati jugak laa dan ni lahh pertama kali pakai dress macam ni tau. Sebelum ni berbaju kurung jerr..Hehehe. Begitulah serba sedikit kisah baju raya Zati tahun ni. Kalau nak join jugak segmen ni boleh laa terjah blog Mamamyja.

Ok.. Wassalam. 


Hari Terbuka GLC 2015

9:59:00 PM 1
Assalamualaikum. Gembira bila tengok ada kawan-kawan Zati dah dapat kerja setelah 6 bulan tamat belajar. Cemburu ekk? Cemburu la jugak tapi mungkin rezeki diorang dulu. Rezeki Zati mungkin lambat siki. Takpe kita fikir positif ok. Mana la tahu lepas ni nak dapat kerja yang lagi baik. Kita mana tahu kan. Allah dah tetapkan segalanya. Haaa, bagi korang yang masih mencari kerja boleh la mengikuti program Hari Terbuka GLC 2015 pada 7, 8, dan 9 Ogos 2015 bertempat  di KL Convention Center.

Hari Terbuka GLC 2015 diadakan untuk meraikan ‘peningkatan kecemerlangan’ Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) daripada Program 10 tahun Transformasi GLC (GLCT). Sebanyak 22 syarikat gergasi bakal menawarkan pelbagai pekerjaan untuk mereka yang sedang mencari kerja. Kebanyakan syarikat ini jugak menawarkan program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) khusus untuk para graduan yang masih belum mendapat pekerjaan. Jadi, pada para graduan yang masih mencari kerja boleh la menghadiri program ni. InsyaAllah, Zati juga akan ke sana untuk mencari peluang pekerjaan. Maklumlah sampai sekarang dok tanam anggur kat rumah ni. Hahaha.



Korang mesti nak tahu kan senarai syarikat yang terlibat dalam program ni. Antara syarikat yang bakal terlibat dengan program Hari Terbuka GLC 2015 ialah KWSP, Celcom Axiata, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Maybank, CIMB, Sime Darby serta ada lagi beberapa syarikat besar lain. Sila sedikan resume yang banyak ok untuk senang korang nak mohon kerja kat sana suapaya nanti tak payah la nanti korang susah-susah nak cari kedai printing nak print resume. Rugi masa je tau. Sebab mungkin kat sana juga akan ada temuduga terus untuk para calon yang memohon pekerjaan. Jadi, sila bersedia untuk temuduga  jugak ok.

Disamping pameran kerjaya, terdapat juga program lain khusus untuk pengunjung yang menghadiri program ini. Antaranya adalah Forum Bersama Pemimpin, Program Komuniti, Aktiviti Keluarga serta Cabutan Bertuah. Takde lah rasa bosan sangat kan bila pelbagai aktiviti disediakan. Semua orang boleh pergi untuk sama-sama memeriahkan program ini. 

Kepada yang masih menganggur ataupun baru sahaja tamat belajar, boleh la menghadiri program berguna ni. Masuk yang ni kali ketiga lah Zati pegi program kerjaya dan temuduga terbuka untuk cari kerja. Antara syarikat yang Zati senaraikan tadi, ada la beberapa syarikat yang pernah Zati mohon dan hadir temuduga termasuk lah Celcom. Celcom tu dah 2 kali kot tapi masih jugak takde rezeki menyebelahi  Zati. Takpe, kali ni Zati nak cuba lagi. Hahahah. 
Untuk mengetahui lebih maklumat berkaitan program ini, korang boleh melawati laman GLC OPEN DAY 2015.. 

Ok lahh. Jumpa anda di sana yerr. Wassalam. 


Sambungan Rindu Awak 200% Raya

Sambungan Rindu Awak 200% Raya

3:01:00 PM 11
Assalamualaikun. Ramai yang dok komen kat entry ini kata takde pun sambungan Rindu Awak 200% Raya. Ada yang merasakan tertipu..Tipah tertipu bang..hhahaha.. Ok lahh. Demi peminat drama Rindu Awak 200% Raya, gigih zati cari info untuk korang tau. Sambungan drama tu boleh tengok pada jam 3PM atau 3 petang kat laman web ini www.blendandbrew.com.my.


Punyalah lama tunggu nak tengok sambungan cerita ni sampaikan ramai dok tanya zati bila diorang nak siar..Hahaah.. Tapi akhirnya sambungan drama tu muncul jugak kat youtube. Korang boleh tengok kat link ini. Kena tengok cepat-cepat laa takut admin padam.

Ok lahh.. Semoga anda semua terhibur...babai..

Rindu Awak 200% Raya

Rindu Awak 200% Raya

2:16:00 PM 12
Assalamualaikum. Siapa tengok cerita Rindu Awak 200% Raya semalam? Puas hati tak dengan ending yang seakan tergantung jugak tuhss? Hahha. Mesti ada yang tak puas hati jugak kan. Yelaa tiba-tiba kena tunggu 29 julai ni untuk tahu ending dia lepas tu kena tengok website yang sudah mereka sediakan., Ayoyo.. Tapi semalam ada jugak cerita Mann. Cerita hindustan yang sedih tu. Zati tukar-tukar chanel kot semalam. Kejap TV2 lepas tu tukar balik TV3. Hahhaha. Ok, bukan nak cerita pasal cerita Mann tapi nak cerita pasal drama Rindu Awak 200% Raya. Cerita Mann tu mesti ramai yang dah tahu kan jalan cerita dia. Hehhe.


Rindu Awak 200% Raya ni merupakan sambungan dari drama Rindu Awak 200% yang pernah disiarkan melalui slot akasia di TV3 satu ketika dahulu. Tahun lepas rasanya tak silap Zati. Kisahnya mengenai Armel Aisya semakin sibuk dengan butik yang semakin diterima ramai, sementara Zill Faezrul terus komited dengan kerjayanya sebagai juruterbang. Zill nyatakan hasrat untuk merancang anak kedua tetapi Armel beralasan belum bersedia kerana dia mahu fokus tentang kerjayanya dulu. Armel ni punyalah sibuk uruskan butik dia sampaikan anak dia Faiq Esyan yang baru berumur 3 tahun tu mama dan papa dia yang jaga. Zill sedikit makan hati dengan sikap isterinya yang terlalu sibuk lalu pergi membawa hati yang rajuk meninggalkan Armel untuk tenangkan diri. Armel meenyedari akan silapnya dan berusaha untuk memujuk Zill pulang bersamanya. Pada mulanya susah jugak Armel nak pujuk Zill tu sebab kuat sangat rajuk dia. Armel tetap tidak berputus asa untuk memujuk Zill agar maafkan dia dan pulang ke rumah bersamanya. Berjaya ke Armel pujuk Zill?? Bagaimana Armel memujuk Zill?? Sila tengok sendiri yerr. Hahahha. Korang boleh tengok kat webstite tonton.com bagi yang belum berkesempatan nak tengok semalam. 

Drama ni tak habis lagi sebab ending dia macam tergantung gitu. Zati macam tak puas hati jugak sebab kena tunggu 29 Julai untuk tengok sambungan seterusnya. Tunggu lah lagi seminggu untuk tengok sambungan seterusnya. Bagi yang nak tengok sambungan seterusnya, korang boleh tengok kat website ini www.blendandbrew.com.my dan korang jugak boleh memenangi jemputan Ekslusif Open House Nescafe.  Zati pun macam tak sabar jugak nak tahu ending dia. Eshan nak dapat adik ke sebab Zill muntah-muntah. Ehh. Hahaha.

Ok lahh. Wassalam..



Alkisah Duit Raya

Alkisah Duit Raya

1:05:00 AM 1
Assalamualaikum. Sape masih dapat duit raya?? Mesti ramai ni dapat duit raya lagi kan. Ke ada yang dah kena bagi duit raya? Bagi la kat Zati jugak. Zati pun masih dapat duit raya lagi tau. Hehehe. Orang nak bagi kita ambik je laa. Rezeki ni jangan kita tolak. Hihihi.. Sebenarnya perlu ke tidak bagi duit raya ni ekk? Masa raya pertama hari tu, rumah Zati kena serbu dengan sekumpulan budak-budak yang datang nak mintak duit raya. Padahal kami sekeluarga bukannya kenal pun budak-budak tu dan budak-budak yang datang tu pun lagi lah tak kenal keluarga kami. Yang datang pulak bukannya satu puak, tapi dua tiga puak camtu. Jenuh mak ayah Zati nak layan diorang. Zati memang malas dah nak layan budak-budak camtu sebab Zati sendiri pun dapat duit raya tapi Zati tak mintak laa.. Hehehe. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun rumah Zati ni akan diserbu budak-budak untuk datang beraya dan nak duit raya. Ok. Nak datang beraya dan makan-makan tu tak kisah laa. Tapi bab nak bagi duit raya tu cam berfikir panjang sikit. Yelaa. Budak-budak yang datang tu bila tengok rumah besar mesti fikir dapat banyak duit raya padahal dapat seringgit. Dik, jangan fikir rumah besar tuan rumah tu orang kaya tau. Tuan rumah pun dapat zakat dari orang dik. Kalau setakat 4 atau 5 orang ok lagi laa tapi rasanya ada laa dalam 20 orang. Mahu nya bankrup tuan rumah. Tuan rumah pun macam berkira-kira nak bagi duit raya. Daripada yang ikhlas tu terus bertukar jadi tak ikhlas.


Keluarga Zati pun bukannya orang senang. Kami sekeluarga pun dapat zakat. Bila budak-budak datang serbu je terus pening kepala. Kalau datang nak makan kami tak kisah pun sebab memang kami sediakan juadah untuk hari raya. Cuma bab duit raya tu kena fikir sikit. Kalau yang datang tu sikit takpe la jugak ni yang datang tu ramai wooo.. Ayah Zati pun tak tahu nak cakap apa. Bagi je la duit raya kat budak-budak tu sikit sorang. Korang jangan kata kami kedekut pulak. Kalau kami kedekut takde nya nak panggil budak-budak tu masuk dalam rumah dan ajak makan. Cuma pada Zati la kan, mak ayah mereka perlu menasihati supaya jangan pergi mintak duit raya kat rumah orang yang kita tak kenal. Pergi yang dekat rumah sudah laa. Tak payah jalan jauh-jauh semata-mata untuk mencari duit raya. Zati dulu pun tak pernah pergi rumah orang mintak duit raya. Semuanya orang yang bagi bila Zati ikut mak ayah beraya rumah kawan-kawan mereka. Duit raya dulu pun tak pernah la sampai seratus. Kesiann. hahhaha. Tapi Zati tak kisah pun. Asalkan dapat. Hehehe. Cuma bila dah besar ni dah tak kisah sangat pasal duit raya. Ada orang bagi kita ambik je laa. Kalau orang tak bagi tak payah buat muka tak malu nak mintak kat orang. Buat malu je tau.

Satu lagi nak cakap. Ada setengah budak yang datang beraya tu main masuk je dalam rumah. Nasib baik masa tu ada mak saudara Zati. Tak pasal-pasal budak-budak yang datang tu kena ceramah percuma, Hahahaha. Memang patut pun. Takde adab langsung masuk rumah orang lepas tu lalu depan muka orang tua. Bukannya nak bersalam dengan tuan rumah. Ni main masuk jerr. Kami memang terkejut sangat-sangat. Jadi mak ayah, awasilah tingkah laku  anak-anak anda. Tanya mereka pergi beraya rumah siapa. Kalau boleh didik mereka dengan adab tatasusila yang baik. Jangan main redah je.

Ok lah. Tak nak bebel dah,. Wassalam.

Jodoh Ke Uolls??

Jodoh Ke Uolls??

1:37:00 AM 3
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk merayakan aidilfitri tahun ni. Macam mana raya anda semua? Meriah ke idokkk?? Hehe.. Mesti raya sakan kan?? Kan... Ok. Zati nak tanya, sape tengok cerita Jodoh Ke Uolls? Alahhh. Telemovie yang baru je siar kat tv3 tadi. Puas hati ke tidak? Hahaha. Ramai yang tak puas hati ending cerita tu dan agak sedikit mengejutkan. Zati pun terkejut tau ending dia camtu. Macam tak sangka pulak tapi macam dah agak pun ada jugak.
Jodoh Ke Uolls ni gabungan dari drama Hati Perempuan dan Kerana Terpaksa Aku Relakan. Mengisahkan Tengku Zaril dan Yuhanis serta Indah Halina dan Tajul Razin. Tetapi ada sedikit perubahan la pada jalan cerita ni. Tengku Zaril cuba untuk membantu Indah Halina yang dalam kesusahan dan Yuhanis masih ego untuk menerima Tengku Zaril sebagai suami. Indah Halina yang merasa kecewa dengan Tajul Razin kerana Tajul Razin ingin menjodohkan Indah dengan adiknya, Tajul Fahim. Indah membawa diri ke JB lalu bertemu dengan Tengku Zaril dan Tengku Zaril cuba membantunya dengan mengambil Indah bekerja di Kafenya di Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, Tengku Zaril berusaha memujuk Yuhanis untuk mengahwininya tetapi Yuhanis terlalu ego untuk menerima Tengku Zaril sebagai suaminya. Tengku Zaril merasakan Indah Halina lebih memahaminya berbanding Yuhanis. Tapi sejujurnya Zati pening dengan jalan cerita ni. Mula-mula tengok cam tak paham jalan cerita.

Kata dari kesinambungan drana Hati Perempuan dan Kerana Terpaksa Aku Relakan tapi ending dia sedikit mengecewakan peminat drama ini. Haihhh. Tengku Zaril memilih Indah Halina sebagai isteri bukannya Yuhanis. Tengku Zaril kahwin dengan Indah Halina ok. Punya la Zati teruja nak tengok cerita sebab Tengku Zaril dan Yuhanis tapi akhirnya Tengku Zaril dengan Indah Halina. Hahaha. Memang jodoh sangattt. Dan semestinya la Yuhanis dengan Tajul Razin.

Pengajaran dari cerita ni apa ekkk? Jap nak pikir. Hurmmm. Mungkin nak tunjuk yang kita sebagai perempuan perlulah menghargai apa yang ada di depan mata kita. Jangan terlalu nak ego dan keras kepala. Ehh. Macam Zati pulak. Hahaha. Contohnya laa Yuhanis tu. Tengku Zaril sentiasa berusaha untuk memahaminya tapi Yuhanis tetap bersikap ego dengan Tengku Zaril. Malahan Yuhanis seperti tidak menghargai kebaikan Tengku Zaril terhadap dirinya. Sebab tu lah Tengku Zaril pilih Indah Halina yang mana Indah lagi tahu untuk menghargai apa yang ada di depan mata. Akhirnya barulah Yuhanis sedar apabila Tengku Zaril sudah tawar hati terhadapnya dan menyesal kerana tidak menghargai perasaan dan kesungguhan Tengku Zaril untuk menjadikan Yuhanis sebagai isterinya. Panjang lebar pulak penceritaannya.. Hihihi.. Cuma tu lah. Kenapa mesti dari guna nama watak dari Hati Perempuan dan Kerana Terpaksa  Aku Relakan kalau endingnya bukanlah seperti dari cerita asal? Mungkin kalau guna nama lain peminat takkan rasa kecewa kot. Bagi Zati la. Pendapat orang lain kita tak tahu. Pendapat anda macam mana pulak? Hehe..

Ok lahh.. Wassalam..

Aku Pecinta Kucing

4:40:00 PM 1
Assalamualaikum. Salam 27 ramadhan semua. Siapa bukan pecinta kucing? Pada yang bukan pecinta kucing mohon baca..Hehehe.. Kucing ni adalah sejenis haiwan yang jinak dan suka dimanjakan. Mungkin ada setengah orang rasa kotor dengan kucing. Betol tak? Zatie siap peluk cium lagi kusing-kucing kat rumah Zatie. Tak kisah la busuk ke wangi ke Zatie cium jugak. Kalau kucing tu busuk Zatie sembur la perfume. Hahaha. Memang menjadi tabiat cium kucing. Tapi kucing rumah Zatie je la.. Kucing orang lain Zatie tak cium pun. Hehehe. Rumah Zatie ada 12 ekor kucing termasuk 3 ekor anak kucing baru boleh berjalan. Banyak kan.. Masa nak bagi makan tu memang meriah tengok kucing berkumpul. Memelihara kucing banyak ni keistimewaan dia.

Oyen. Maaf gambar seksi.. Hahaha

Zatie rasa sepanjang kami sekeluarga pelihara kucing tak pernah pun tak cukup makan ataupun kelaparan. Malahan rezeki tu sentiasa ada. Kucing ni pembawa rezeki kepada kita. Ni tak bila kita dok makan kat kedai tengok kucing datang kat kaki kita terus dihalaunya kucing tu. Sekurangnya bagi la sikit sisa makanan kita tu. Tulang ayam ke tulang ikan ke. Tak kebulur pun kalau kita bagi makan kat kucing. Malahan Allah akan limpahkan lagi rezeki kita. Kucing rumah Zatie ni datangnya dari pelbagai. Ada yang kucing jalanan datang mintak makanan lepas tu bila dah selalu bagi makan terus melekat kat rumah. Maka dia pun jadi tuan rumah jugak. Beranak pinak. Ada jugak kucing yang kami ambil kat pasar borong. Tapi selalunya ayah la yang suka ambil. Kucing sesat pun ada jugak singgah kat rumah Zatie ni. Terus kami pelihara kucing tu.

Si Comel. Kucing yang datang banjir. Hahaha
Kucing rumah Zatie ni sentiasa silih berganti. Yang hilang pasti akan ada pengganti. Zatie masih ingat lagi semasa banjir besar yang melanda Kelantan tahun lepas. Kawasan rumah Zatie antara kawasan yang terjejas teruk juga. Air banjir kat rumah Zatie masa tu memang melebihi paras kepala. Maknanya tenggelam habis la kan? Untuk pengetahuan semua, kucing-kucing Zatie masa tu terkurung dalam rumah. Masa tu kami ada 8 ekor kucing termasuk seekor anak kucing yang baru boleh berjalan. Kami kurung kucing dalam rumah. Ye laa. Masa tu tak jangka pun banjir teruk akan melanda sehingga merosakkan habis harta benda. Masa tu Zatie nangis je bila terkenangkan nasib-nasib kucing kat rumah. Tak fikir dah benda lain. Fikir kucing je. Memang sedih sangat bila tengok rumah sendiri tenggelam. Macam dah takde harapan kucing-kucing Zatie ni akan selamat. Rumah Zatie tak tenggelam habis. Separuh tingkap kot. Tetapi dengan kuasa Allah, Alhamdulillah kucing-kucing Zatie selamat kecuali seekor anak kucing tu laa. Dah la comel. Kesian. Masa tu memang gembira sangat bila kucing-kucing yang terkurung dalam rumah tu selamat. Mungkin mereka cuba untuk selamatkan diri. Kucing kan pandai berenang. Hehehe.

Anak kucing yang mati masa banjir. Comel kan?

Emon tapi dia dah mati.. Huhuhu
Nak pelihara kucing ni tak payah la nak memilih sangat. Nampak comel je terus geram. Mintak nak anak dia. Kucing comel je la yang kau nak jaga? Kucing yang kurang comel bulu tak kembang kau tak nak laa ehh? Bila tengok kawan ada kucing comel terus mintak nak anak. Nak wat baka konon. Nampak sangat memilih. Rumah Zatie ni kebanyakan nya kucing biasa-biasa je. Tapi comel tu ada laa. hehe. Cuma takde la bulu-bulu kembang bagai tu. Pada Zatie la kan, kalau nak pelihara kucing sangat pergi ambik kat pasar besar atau pasar borong. Kat sana memang banyak kucing terbiar. Kalau yang ada kurap tu bawak la jumpa doktor atau beli ubat. Kalau kita pandai jaga kucing ni yang tak berapa nak comel pun jadi comel jugak ok.


Diriwayatkan juga dari Ali bin Hasan dan Anas bahawa Baginda saw pernah membiarkan seekor kucing minum dari bekas wuduk Baginda saw kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang sama. Apabila ditanya tentang itu Rasulullah saw bersabda: “Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Pada yang tak suka kucing tu, cubalah untuk menyayangi kucing. Tak rugi pun menyayangi haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W ni. Zatie rasa seronok dapat bermain dengan kucing. Boleh hilangkan stress kita tau. Zatie suka bercakap dengan kucing. Siap membebel lagi kat kucing-kucing ni kalau diorang buat perangai. Kalau kucing suka berak merata atau kencing merata kena la ajar supaya diorang tahu nak berak atau kencing kat mana. Mak Zatie siap kurung lagi anak-anak kucing dalam bilik air supaya diorang reti nak berak atau kencing kat mana. Hahahha. Tak pun letak kat luar. Dengan sendirinya diorang reti.

Ok lah. sekian sudah. Wassalam.

Si Moly
 Ada banyak lagi gambar kucing tapi malas dah nak upload. Nak tengok lagi boleh visit my ig. Okbaii.

Luahan Hati Seorang Graduan

11:21:00 PM 3
Assalamualaikum. Hurmm. Mengeluh panjang nak taip entry ni. Fikir banyak kali jugak la Zatie nak taip entry ni. Haihh. Tapi macam terpanggil jugak nak taip entry ni. Hahahha. Macam-macamlahh kau Zatie. Zatie rasa tentu ramai dah yang tengok video luahan hati seorang graduan tu "Saya Zahra". Betol tak?? Tersebarnya berita tu ramai sangat yang bagi komen kat Zahra tu. Ada positif dan sudah tentu ada negatifnya. Tak kurang jugak yang mencaci graduan macam kami. Ehh. Setiap orang ada pendapat masing-masing tapi tak payah lah nak cakap yang bukan-bukan pasal graduan sekarang. Isunya sekarang graduan sekarang terlalu ramai sampai dah tak terbilang bilangan graduan yang menganggur di Malaysia. Angkanya tak dapatlah Zatie nak bagitahu sebab Zatie sendiri pun tak tahu. Hihihi.



Ada jugak segelintir yang mengatakan graduan seperti kami ni masih tak bersyukur dengan apa yang ada. Buat pengetahuan abang-abang, kakak-kakak, makcik dan pakcik -pakcik sekalian, kami sangatlah bersyukur dapat belajar sehingga menara gading dapat segulung ijazah tetapi apa lah gunanya semua itu sekiranya kami sukar untuk mendapat pekerjaan. Zatie bukan nak kata yang Zatie terlalu memilih. Masa mula-mula tamat belajar dulu memang Zatie buat permohonan kerja mengikut kelulusan ijazah tetapi bila Zatie dah banyak kali pergi interview dan asyik gagal je Zatie mula berfikir untuk mintak kerja bermula taraf SPM. Maknanya sebagai kerani atau pembantu tadbir atau gred kerajaan N17. Dan jugak kebanyakan yang Zatie mintak bukanlah mengikut bidang pengajian yang Zatie ambik kat universiti dulu. Tapi kebanyakan syarikat lebih inginkan mereka yang sudah berpengalaman berbanding kami yang masih belum punya sebarang pengalaman dalam bidang pekerjaan. Memang tak pelik lah kalau kita jumpa lepasan ijazah kerja kat mall, jual nasi lemak dan sebagainya sebab mereka tahu mereka sudah tidak boleh bergantung harap pada sektor kerajaan atau swasta untuk dapatkan pekerjaan.

Kadang-kadang kita jugak perlu buat sesuatu yang kita minat. Kalau kita asyik paksa buat sesuatu yang kita tak minat lama-lama benda tu susah jugak nak jadi. Yerr betol setengah orang ada mengatakan bahawa minat itu boleh dipupuk tetapi kalau buat kerja pun dah tak ikhlas macam mana lagi minat tu boleh dipupuk? Ada orang tanya Zatie. 'kenapa tak kerja kat kedai buku ke atau mana-mana tempat lah?' Hurmm. Jujur nak cakap. Bukan tak nak. Memang nak sangat tapi ayah Zatie tak bagi. Zatie pernah bagitau nak kerja kerani kat kedai jual peralatan bilik air. Dia cakap tak payah sebab takut nanti kena angkat benda-benda berat. Padahal kedai tu dekat je dengan rumah Zatie. Hurmm. Memang Zatie tak boleh angkat benda berat dan Zatie sendiri pun tak cari kerja yang memudaratkan diri sendiri. Kadang-kadang tu sedih jugak tapi  Zatie kena fikir positif la. Keadaan Zatie yang tidak mengizinkan untuk Zatie buat kerja begitu. Zatie pun teringin juga nak kerja kat pasaraya tapi Zatie tahu memang ayah takkan bagi punya, Jadi Zatie pun mohon je la mana-mana kerja yang rasa bersesuaian dengan diri ini tak kisah laa level SPM sekalipun. Zatie ni bukan lah dari keluarga yang kaya raya dan berharta. Kehidupan kami pun cukup untuk menampung makan minum pakai semua tu. Alhamdulillah dengan segala kurniaanNya. Cuma yelakan graduan sekarang berhutang banyak. PTPTN tu tiap-tiap bulan naik interest. Itu yang membuatkan kami stress bila memikirkan susah nak dapat kerja. Tambahan pula sekarang kos hidup yang semakin meningkat. Semua benda naik dan di ajar suruh berjimat. Macam mana lagi nak berjimat?? Rasanya yang ni semua orang turut merasa tempiasnya apatah lagi graduan macam kami.

Apa-apa pun semua tu bergantung pada rezeki masing-masing. Allah yang tetapkan setiap rezeki hambanya. Kita hanya perlu berusaha berdoa dan bertawakal. Zatie pun akan sabar menanti. Nasib baik kaum keluarga memahami situasi sekarang yang mana graduan sekaran sukar dapat kerja. Mereka pun takde la dok tanya banyak. Kalau tak mau jenuhnya Zatie nak menjawab. Hehehe. Apa yang zatie bagitau hanyalah luahan dan pendapat Zatie sahaja. Mohon jangan ada yang sentap. Bagi yang belum lagi tengok video "Luahan Hati Kisah Duka Seorang Graduan, Saya Zahra" boleh tengok video tu kat bawah ni.



.

Ok lah. wassalam.
Statistik

Statistik

11:58:00 PM 2
Assalamualaikum. Hari ni Zatie ikut adik terima bantuan zakat  UPM kat Hotel Villa Holiday Kota Bharu. Kami sampai je kat hotel semua orang dah sedia nak bergambar. Hahaha. Boleh bayang tak macam mana reaksi kami yang sememangnya terkejut sebab majlis dah nak habis. Nak buat macam mana sampai lewat. hahaha. Masuk je dalam dewan diorang suruh masuk barisan untuk bergambar. Zatie pun ikut la sekali. Dah la kena dok barisan depan. Aduhaii. Dia punya malu tu memang tak boleh nak cakap lah. Lepas tu pengacara majlis terus panggil adik Zatie untuk terima sumbangan zakat. Adik Zatie tu pelajar UPM sebab tu la dia terpilih untuk terima zakat UPM tu. Lepas tu orang besar dari UPM datang lah tegur Zatie dan adik. Mereka tegur adik dulu sebab adik kan pelajar UPM. Diorang pun tanya la Zatie ni belajar mana. Adik cakap la Zatie belajar UITM. aAda la sorang  Prof  tu tanya Zatie ambil jurusan apa dekat UITM. Zatie cakap la ambik jurusan Statistik. Prof tu angkat ibu jari menandakan hebat lahh Zatie ni dari jurusan statistik, Ok. Ini lah yang Zatie nak cerita kat korang semua. Orang selalu cakap Zatie ni hebat sebab ambik statistik tapi Zatie tak rasa pun yang Zatie ni hebat. Jurusan statistik memang hebat sebab melahirkan ramai graduan kelas pertama. Ni untuk UITM la. Kalau universiti lain Zatie tak tahu sangat. Hehehe. Ada jugak yang tanya Zatie. Statistik tu apa? Habis nanti nak keje apa? Soalan macam ni lah yang selalu buat Zatie pening. Aduhaii. Meh nak cerita apa itu statistik khususnya buat pelajar-pelajar yang ingin mengambil jurusan ini.



Statistik ialah sesuatu yang berkaitan dengan pengumpulan atau penganalisan data yang dalam berbentuk angka. Biar Zatie terangkan lagi yerr. Statistik ni lebih kepada analisis data untuk mencari maklumat berkaitan sesuatu perkara. Statistik ni sering dikaitkan dengan penyelidik. Statistik ni banyak bermain dengan nombor dan formula. Kalau rasa tak minat matematik lebih-lebih lagi  matematik tambahan amatlah tidak digalakkan ambil jurusan ini sebab apa yang kita belajar dalam matematik tambahan akan kita belajar balik kat universiti nanti. Pada mulanya Zatie pun tak tahu statistik ni macam mana. Masa isi UPU dulu sepupu yang tolong isikan. Dia cakap lah kat Zatie ambik jurusan statistik. Dia cakap la statistik ni lebih kurang matematik gitu. Zatie pun terus la setuju suruh dia isi kan jurusan statistik sebab masa sekolah memang zatie paling suka subjek matematik, Hehehe. Tetapi statistik bukanlah pilihan pertama. Zatie nak ambik syariah. Nak jadi peguam. Cehhh.. Hahaha. Tup-tup dapat statistik. UITM pulak tu. Dapat pulak UITM Machang. Masa tu meronta tak nak terima tawaran tu. Hahaha. Terukkan. Sebab kalau boleh tak nak belajar dalam Kelantan. Mak ayah ni punya lah suka sebab dapat dekat lagipun masa tu keadaan Zatie tak mengizinkan untuk jauh dari keluarga. 

Bagi Zatie statistik ni memang mencabar jugak. Lebih-lebih lagi masa ijazah, Siang malam menangis sampai pernah rasa nak berhenti belajar. Statistik ni bukan sahaja berkaitan nombor semata-mata je tetapi juga berkaitan dengan teori tentang bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah. Apa langkah-langkah yang harus dilakukan oleh seorang atau sekumpulan penyelidik sebelum memulakan kajian mereka. Semua benda tu kiteorang kena ingat dan fahamkan. Tapi macam yang Zatie bagitau awal-awal tadi la. Zatie ni bukanlah seorang graduan statistik yang hebat pun. Kadang-kadang malu pun ada . Bukan malu sebagai graduan statistik tapi malu sebab tak dapat nak naikkan nama jurusan statistik tu. 

Statistik ni keje apa ekk?? Zatie pun takde jawapan tu sebab belum keje lagi. Hahaha. Ok. Bagi graduan statistik cabang dia luas sebenarnya. Semua jabatan memerlukan statistik. Betul tak? Bahagian pendidikan memerlukan statistik untuk menganalisi mereka punya analisa peperiksaan. Bidang statistik ni terlalu luas kalau graduan tu sendiri tahu cara untuk mengembangkannya. Tapi Zatie sendiri pun belum dapat kembangkannya. Teringin jugak nak kerja bahagian statistik dan mengaplikasikan apa yang kita belajar masa universiti dulu. Jadi penyelidik ni seronok jugak sebenarnya sebab kita dapat menambah pengetahuan baru tentang sesuatu perkara yang kita perlu kaji. Sebagai contoh statistik pesakit kanser di Malaysia. Bagaimana kanser tu boleh terjadi? Apa langkah yang harus di ambil untuk mengelakkan dari terkena kanser. Seorang penyelidik perlu mengumpulkan semua maklumat itu.

Ok. Cukuplah kot segala info yang Zatie tahu tentang statistik ni, Sekiranya ada terkurang sila perbetulkan kerana Zatie jugak masih perlu banyak belajar tentang hal ni. Huhu. Baik lah. babai.
Kepercayaan

Kepercayaan

11:19:00 PM 1
Assalamualaikum. Kejujuran dan kepercayaan sememangnya amat penting dalam sesebuah perhubungan. Tetapi macam mana kalau kepercayaan sudah tiada?? Yang ada hanyalah sangsi dan syak wasangka. Kadang-kadang pelik jugak macam mana laa seseorang tu boleh bersabar dengan karenah pasangan masing-masing jika sudah hilang kepercayaan terhadap pasangan sendiri. Sebaliknya hanya tahu menuduh membabi buta. Bila si dia tak jawab di katanya benda tu betul. Bila di jawab pulak di katanya pulak menipu. So, macam mana hubungan tu nak harmoni? Aku ni pun bukan ada pengalaman sangat dalam bab begini. Cuma aku cakap berdasarkan dari pengalaman orang lain. Nak cemburu tak salah tapi biarlah kena pada tempatnya. Jangan terlalu cemburu sehingga hilang kepercayaan pada pasangan.


Kepercayaan pada pasangan sangat lah penting. Mungkin dia pernah buat silap tetapi janganlah kita terlalu memandang kesilapan lalu si dia. Beri dia peluang untuk betulkan keadaan jika dia terlalu bersungguh untuk hidup dengan kita. Jangan asyik fikir diri sendiri yang betul sehingga setiap pandangan orang lain nampak buruk dan merasakan orang melihat kita ni terlalu jahat. Sebenarnya persepsi kita terhadap orang yang membuatkan kita jadi begitu. Cuba fikir positif dan jangan ambik sesuatu perkara tu terlalu serius. Aku jugak seorang perempuan dan kadang-kadang sering melakukan sesuatu mengikut emosi tetapi kita juga harus fikir panjang. Adakah betul apa yang kita lakukan? Kita jangan terlalu fikir nak jaga hati kita sedangkan ada hati yang terluka sebab perangai kita. Kadang-kadang benda yang dituduh tu tak masuk akal pun ada dan nak ke jika apa yang sering di ucapkan tu Allah makbulkan? Tentunya tak nak kan? Takde siapa mahu pasangan kita curang atau berpaling tadah pada orang lain tapi jika asyik dok ungkit benda yang sama macam orang tak bosan. Orang pun akan naik menyampah dengan perangai kita dan sudah pasti kita sendiri menyedari hakikat itu.

Kita je yang rasa orang tak suka kita atau mengata kita sedangkan orang tu sikit pun tak ambil tahu pasal kita. Jangan terlalu berburuk sangka. Sentiasa pandang ke hadapan. Hidup kita takkan maju jika terlalu mengambil pusing cakap orang. Aku dulu pun sering mengambil pusing cakap orang tapi lama-kelamaan aku anggap orang tu sebenarnya caring pasal aku. ekk.. hahahha. Orang nasihat sebab sayang. Kalau tak sayang memang wat tak tahu je. Lantak kau lahh nak buat apa. Jangan sampai kita yang menyesal. Mungkin sekarang kita rasa benci meluat tapi suatu hari nanti kita akan fikir dengan sendirinya,. Jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal.