Berhenti Blogging??

12:44:00 PM
Assalamualaikum. Dulu-dulu Zati pernah tinggal blog Zati ni untuk jangka masa yang lama. Lama ke ehhh? Boleh dikatakan lama lah jugak. Jenguk pun jarang-jarang apatah lagi nak update. Semuanya bermula bila Zati dapat tawaran masuk degree. Masa mula-mula masuk degree tu sempat lagi nak taip entry blog ni tapi lepas tu bermula lah rasa ketekanan sebagai pelajar degree sehinggakan blog ini terabai. Sangat lah terabai ok.


Nampak kan bilangan coretan Zati kat blog ni. Nampak sangat tak terurus bermula tahun 2013 sebab tahun 2013 adalah tahun yang sukar untuk zati tempuhi. Pelbagai dugaan dan cabaran yang datang sehingga membuatkan zati rasa sedikit tersungkur dan terjatuh. Tapi ada la jugak post kat blog ni. Hehehe. 2014 pulak sebab dah rasa stress sangat sebagai pelajar tahun akhir degree ditambah pulak keputusan peperiksaan amat lah mengecewakan hati. Huhuhu.. Dan sekarang tetiba dah dapat petunjuk dan hidayah untuk kembali aktif blogging. Dulu waktu tinggal blog ni dah ramai follower nya. Rajin join segmen, contest apa semua tu. Rajin komen blog orang blogwalking semua tu laa... Kalau tak tinggal dulu rasanya blog zati sekarang mesti dah sampai follower beribu-riban.. Ehh. Hahaha.

Zati sayang blog ni. Mana boleh tinggal. Kat sini la tempat zati meluahkan segala rasa. Ekk. Bukan segala rasa tapi hanyalah pendapat atau perkongsian sahaja.. Lagipun otai-otai Kelab Blogger Ben Ashaari banyak bagi tips dan tunjuk ajar yang berguna pasal ilmu blogging ni.  Terima kasih tau abang Ben sebab terima Zati masuk KBBA.. Hihihi. Dah lama kot teringin nak join tapi belum ada rezeki jerr. Hehe. Masih banyak yang perlu zati belajar pasal blogging ni. Yang penting kena la usaha kan?? Kalau nak zati blogwalking kat blog korang boleh la tinggalkan link kat komen ehh. Nanti Zati akan terjah satu persatu.. hehehe

Ok lahh.. Sekian sudah.. Babai..Wassalam..

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

9 komen

Write komen
kisah earty
AUTHOR
August 14, 2015 at 1:31 PM delete

jangan lah berhenti terus Zati..

salam singgah..:)

Reply
avatar
August 14, 2015 at 2:04 PM delete

@kisah earty ihikk...xde laa..tak bhenti pun...sayang blog ni..

Reply
avatar
Zizie Zack
AUTHOR
August 14, 2015 at 5:40 PM delete

chaiyok kak zatie... perlahan2 back on track kata omputih.. hehehe

Reply
avatar
Mimi Kyumi
AUTHOR
August 14, 2015 at 7:42 PM delete

Singgah..dulu sy pn pernah terfiki untuk brhnti tp di sbabkan syg sngt kt blog ne skrg cuba untuk aktif kembali..Ehee

Reply
avatar
August 14, 2015 at 8:14 PM delete

semangat berblog! kawan2 efg menyokong..dun worry :)

Reply
avatar
August 14, 2015 at 9:11 PM delete

ahahahahahaa~ samalah kita, zati.. untuk 3 tahun terakhir degree, keen tinggalkan blog.. tumpukan pada priorities lain.. sibuk sangat..

sekarang, dah ok lepas habis degree.. tapi tak tahulah akan datang macam mana kan.. ^_^

Reply
avatar
Puan Wawa
AUTHOR
August 15, 2015 at 1:48 PM delete

welcome back zati.. hihi

salam kenal, sye wawa.. singgah cni n follow..")

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
August 24, 2015 at 10:03 PM delete

jangan berenti..hehe..boleh cerita pasalstudy dan macam-macm lagi aktiviti yang zatie buat

Reply
avatar

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :) EmoticonEmoticon