Tuesday, August 11, 2015

Cari Kerja Di Hari Terbuka GLC 2015

Assalamualaikum. Pada 8/8/2015 yang lepas Zati pegi program Hari Terbuka GLC 2015 kat KL Convention Center.. Seperti yang sudah Zati bagitau anda kat post ini. Sila rujuk kembali.. Hehehe. Program ni berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada hari jumaat 7/8/2015. Memang banyak aktiviti sepanjang program ni berlangsung. Ada pameran, permainan, cabutan bertuah dan macam-macam lagi lahh. Tapi Zati lebih berminat pada pameran kerjaya laa sebab tujuannya nak cari keje. Permainan tu Zati tengok gitu-gitu jerr. Setiap booth yang Zati kunjungi memang Zati akan drop resume sampaikan Zati pun dah lupa berapa keping resume yang dah Zati bagi kat company yang terlibat. Hehehe. Yang pasti bukan semua company laa zati bagi sebab ada setengah syarikat tu perlu buat permohonan secara online.


Apa yang menarik pada Hari Terbuka GLC 2015 ni ialah kena kumpul cop setiap kali kita kunjungi booth pameran syarikat yang terlibat pada hari tersebut. Memang  zati dan kawan-kawan usaha kumpul cop semata-mata nak tebus hadiah. Hahaha. Tapi ok laa kan sebab sekurangnya ada tanda kenangan yang kita pernah menghadiri program seperti itu. Tambahan pula memang zati suka kumpul barang-barang camtu. Buat koleksi. Koleksi sebelum dah rosak sebab banjir. Huhhu..


Antara koleksi yang berjaya Zati kumpul..hehehe :D

Program seperti ini sangat bagus bagi golongan yang sedang mencari pekerjaan lebih-lebih lagi graduan yang baru tamat belajar macam zati. Sekurangnya para graduan boleh mencuba dan mendapatkan maklumat tentang bidang pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Tapi graduan sekarang tak boleh nak memilih kerja sangat. Jangan terlalu mengharap nak dapat kerja yang sesuai dengan kelayakan kita. Kebanyakannya memang lari bidang dari yang belajar masa kat universiti dulu. Zati sendiri pun tak mengharap untuk dapat keje dalam bidang statistik. Dapat keje pun dah syukur sangat-sangat dah.

Kalau korang nak tahu jugak, Zati dapat sedikit malu masa pegi program ni sebab Zati jatuh kat satu booth ni. Tak nak gitau booth syarikat mana. Biarlah rahsia.. Hahahha. Mungkin masa tu dah letih sangat sampaikan tak perasan ada orang lalu dan dia pun terlanggar zati secara tak sengaja. Malu gilerrr wehhh. Tapi tak sakit pun. Malu je yang ada, Hahaaha. Masa tu zati terpisah jap dengan kawan-kawan. Diorang pun tak tahu zati jatuh. Hahhaha. Zati harap ada la antara syarikat yang dah zati bagi resume tu sudi terima resume zati dan bagi zati keje. Zati tak nak laa pakai kabel bagai tu. Biar kita usaha sendiri. Selebihnya berdoa dan bergantung harap pada tuhan. Itu adalah yang sebaiknya. Zati nak ucapkan terima kasih kat kawan-kawan sebab sudi ajak dan teman zati untuk pegi program ni. Kalau tak memang tak sampai la KLCC tu oiii.. Nampak tak jakunnya aku,. hahhaha.. Zati jugak nak ucapkan terima kasih kat mimah sebab bagi tumpang rumah dan belanja zati makan. Hehehe. Dan jugak Anis sebab ajak zati pegi program ni.. Hehe.




Ok lahh. Wassalam..

2 komen

Booth khazanah... Booth yg zati jatuh tu..

satu program yang terbaik...hati-hati selalu. jangan selalu terlanggar takut terjatuh cinta

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon