Wednesday, August 12, 2015

Fantastic Four 2015

Assalamualaikum. Sape dah tengok filem Fantastic Four 2015?? Zati pun baru je tengok hari ahad yang lepas sebelum terbang balik ke Kelantan. hehe.. Filem Fantastic Four 2015 ni lebih kurang je dengan filem Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer  yang pernah ditayangkan pada tahun 2007 yang lalu. Cuma filem Fantastic Four 2015 kali ni ada sedikit kelainan tapi kuasa mereka masih sama dengan filem Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer. 




Fantastic Four mengisahkan 4 orang anak muda yang berubah bentuk fizikal badan dan menjadi superhero yang mempunyai kuasa yang hebat. Mereka berempat itu adalah Grimm (Jamie Bell) alias The Thing, Johnny Storm (Michael B. Jordan) alias Human Torch, Reed Richards (Miles Teller) alias Rubber Man dan Sue Storm (Kate Mara) alias The Invisible Woman. Bagi korang yang pernah menonton filem Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer sebelum ni mesti dah boleh agak diorang punya kuasa dan kekuatan kan. Sama la macam Zati pun cuma cam tak sangka pulak ending dia macam tergantung sikit..Ekkk. 

Mula-mula tengok cerita ni macam bosan sikit. Tu kawan zati la yang cakap tapi zati pun cam rasa gitu jugak. Hahahaha. Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer tu kita macam tertanya-tanya apa kuasa yang diorang miliki tapi Fantastic Four 2015 ni kita dah nampak diorang punya kuasa tu.. Nanti korang pegi tengok ehh. Hahaha.. Apa yang zati suka tengok dalam filem ini adalah persahabatan antara Ben Grimm dan Reed Richards. Mereka berdua berkawan dari kecil dan hanya Ben Grimm yang paham akan keinginan dan cita-cita Reed. 

Ending dia?? Kurang best sebab Reed tu tak melamar pun Sue Storm. Hahahha, Kalau Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer Reed akan kawen dengan Sue. Jadi, zati bagi 3 bintang dari 5 bintang. Tu hanya pendapat zati laa. Korang kena la tengok sendiri ekkk.. heheh

Ok lahh. Wassalam..

4 komen

herm..pelakon pun lain.. jalan cerita knfrm sdikit berbeza...persoalannya.. apa kmahuan reed yang ben grimm fhm? soalan kdua, yng kulit hitam tu, adik sue storm ke? haha

selamat menonton done follow blog zati

nak tengoklah nanti.. macam best.. ^_^

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon