Tuesday, August 4, 2015

Kenapa Nak Merantau?

Assalamualaikum. Sebelum ni macam ramai dok tanya Zati. "Bakpo cari kijo jauh? Kelate takdok kijo ko?" Bukan takde. Ada je tapi Zati yang tak nak. Kenapa tak nak? Zati ada alasan tersendiri. Ada yang cakap susah keje kat tempat orang. Dah la jauh dari kampung. Jauh dari keluarga dan macam-macam lagi. Kalau keje dekat, senang sikit. Boleh balik selalu. Hurmmm. Kalau asyik nak senang je sampai bila tak rasa susahnya nak cari duit walaupun sekarang dah rasa betapa susahnya memulakan karier sendiri. Ingat senang ke. Orang ni boleh cakap macam-macam pasal kita tapi mereka tak paham keadaan kita sebenar..


Sebab utama Zati nak keje jauh adalah Zati nak belajar berdikari. Cari pengalaman kat tempat orang dan dari situ lah kita akan tahu susah senang. Kalau dok rumah memang tak rasa susah tu. Rasa nak senang je. Benda yang sangat senang pun kau akan rasa susah sebab kau dekat dengan keluarga. Paham? Orang yang pernah dok jauh dengan keluarga je akan paham macam mana susah nak memulakan hidup tanpa mak ayah di sisi. Sebagai contoh la kan. Zati belajar kat Kelantan jugak. 3 tahun kat UiTM Machang dan 2 tahun kat UiTM Kota Bharu. Walaupun macam jauh dari rumah sebab Zati dok Tanah Merah macam kira dekat jugak la tapi tetap kena belajar berdikari jugak sebab mak ayah tak dok sekali dengan kita. Susah senang kita hadapi sendiri. Kau sakit ke lapar ke macam mana sekali pun kena usaha sendiri. Lain pulak dengan orang yang tak pernah rasa jauh dari keluarga. Sakit sikit pun kau rasa macam sakit berat dah. Macam dah tak boleh buat apa. Sebab kau tak pernah rasa macam mana hidup sendiri. Takde makanan pun kau rasa macam kebulur dah.

Setiap orang ada sebab masing-masing dan Zati tak pernah pertikaikan kenapa mereka memilih untuk kerja kat tempat sendiri. Semua tu hak masing-masing. Korang berhak menentukan hidup korang. Jangan biarkan anasir negatif mengganggu hidup kita. Tapi Zati sentiasa dikelilingi anasir negatif. Bukan nak bagi semangat tapi nak meruntuhkan semangat. Namun begitu, zati ni bukan jenis makan cakap orang. Zati ikut kepala angin zati je. Dah Zati kata nak buat benda tu zati nak laa. Takde sape boleh halang ok. Kalau zati cakap tak nak buat memang takkan buat laa. Jadi, tolong paham setiap apa yang Zati inginkan. Nak cakap pasal susah. Hidup ni takde yang senang. Nak berjaya kenalah susah. Zati dulu pun nak habiskan degree kena tempuhi banyak kegagalan jugak. Ingat senang ke nak bangkit dari kegagalan? Dari kegagalan tu laa zati belajar jadi tabah.

Zati bukan nak cakap besar tapi Zati dah bosan bila ramai dok cakap camtu kat Zati. Sakit hati tau tak. Semangat yang asalnya ada 100% turun jadi 40%. Kalau tak tahu pape jangan cakap banyak. Diam je kerana itu lebih baik. Sekian terima kasih..

Wassalam..


Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon