Saturday, August 15, 2015

Menang Giveaway Painting Potret By Azhafizah

Assalamualaikum.. Sepatutnya entry ni Zati taip semalam tapi sebab asyik dok sibuk nak decorate blog ni terus terlupa.. Hahaha. Baru-baru ni kak Azhafizah ada menganjurkan giveaway kat intagram iaitu Painting Potret By Azhafizah dan zati pun teringin la nak cuba nasib jugak dengan join giveaway tu. Yelaa kan mane la tau kot-kot nak dapat painting gambar kita sendiri. Nak tempah tak mampu nak bayar. Beli topup pun mintak dengan mak.. Hihihi. Jadi zati pun join la giveaway tu dengan mengupload gambar kat instagram berserta #paintingpotretbyazhafizah. Pemilihan dilakukan oleh kak Azhafizah melalui hashtah tersebut.

Gambar asal


Pagi kelmarin Zati bukak instagram dan mendapat mention dari kak Azhafizah. Tak sangka zati menang giveaway tu dan dapat painting tu. Waaa.. Tak sangka langsung akan dapat. Painting tu sebijik macam gambar yang zati upload kat instagram tu. *Boleh tengok gambar kat atas* Cantik sangat painting tu. Pandai kak Azhafizah buat. Ajarkan Zati boleh tak kak?? Hihihi.. Nanti painting tu zati nak buat header laa. Tengok la header zati, takde gambar sendiri. Cerewet pilih gambar punya pasal. Hahahaha..




Ok lahh.. Korang mesti tau kan kak Azhafizah ni mengambil tempahan untuk buat header, design blog, art dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan blog. Nanti korang boleh la tempah dengan dia. Cantik hasil kerja dia. Tak percaya?? Alahhh, tengok je la painting potret Zati tu. Cantik kan?? Baik cakap cantik. Kalau cakap tak cantik tak nak kawan. Hahaha.. Takde laa. Gurau jerr.. Hihihi.. Jadi, kalau korang nak order seperti yang bagitau tu boleh la terjah blog kak Azhafizah. Zati nak ucaapkan terima kasih pada kak Azhafizah sebab pilih gambar Zati. Terasa bertuah pulak kali ni. Hihihi.. Ok lahh.. Wassalam.

5 komen

tahniah... first time masuk blog ni sambil follow... salam kenal .. :D

tentu la menang......!!
tengok mata Zatie dah cair dahhhh....

hehehehe.. apapun tahniah ekk...!! :)


Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

Congrats Zatie..Sorry baru sempat terjah blog zatie hari..thanks ye join :)

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon