Thursday, August 20, 2015

Mencintaimu- Akasia TV3

Assalamualaikum. Drama Syurga Nur telah pun tamat episodnya. Kini drama baru Mencintaimu telah mengisi slot Akasia untuk menggantikan Syurga Nur telah pun bermula semalam. Zati juga tak melepaskan peluang untuk menonton drama ni semalam. Mencintaimu dibarisi pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Zahirah Macwilson, Niezam Zaidi, Sarah Anne dan ramai lagi. Dalam drama ni ada Hafizul Kamal jugak. Hehehe..


Sedikit sinopsis drama Mencintaimu. Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Dato’ Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya. Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar.

Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Malu dengan penolakan Anissa, Hisham mula merancang sesuatu untuk menyakitkan hati Anissa. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya.Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa. 
Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali? Sumber dari Tonton Extra TV3.
Bagi Zati drama ni ok lahh. Lagipun masih terlalu awal untuk kita buat penilaian. Tambahan lagi kebanyakan pelakon drama ni adalah pelakon baru melainkan Sharnaaz Ahmad laa. Abam sado tu. Hahahaha..
Ok lah,. Wassalam.

4 komen

Suka gak citer ni sbb ada sharnazz ahmad heheh

ada jugak tgk cerita ni first episod sekejap je..rasa okaylah kot sbb ada sharnaaz :)

Macam best je cite ni.. Wawa blm berkesempatan lg tgk..

ahak dah start dah..weii..memang layan drama melayu ni

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon