Sunday, August 30, 2015

Pelancaran Album Shazzwan "Titipan Banduan Muda"

Assalamualaikum. Pada 27 ogos yang lepas, zati berpeluang untuk menghadiri pelancaran album Shazzwan 'Titipan Banduan Muda' bertempat di Hard Rock cafe Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang merupakan penaung bagi Yayasan Raja Muda Selangor dan telah dilancarkan oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. 


Pelancaran Album 'Titipan Banduan Muda' oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mempersembahkan album 'Titipan Banduan Muda'

Album 'Titipan Banduan Muda' adalah berkaitan dari kisah hidup Shazzwan seorang remaja yang bermasalah berjaya menjadi seorang artis hip-hop. Perjalanan hidupnya digambarkan melalui 8 lagu yang terkandung di dalam album ini antaranya ialah Titipan Banduan Muda’ duet bersama penyanyi baru, MAL; ‘Aku Tak Kisah’‘Aku Udah Turun’‘Cakap Dalam Gelap’‘Dosa Menghantui’‘Hidup’;‘Every Single Morning’; and ‘You’re My’ yang menampilkan penyanyi dan pelakon terkenal, Tisha Shamsir.



Bakat anak muda ini digilap melalui program ‘Talent for the World’ yang dianjurkan oleh Yayasan Raja Muda Selangor. Shazzwan telah mendapat didikan  daripada Yogeswaran Veerasingam atau Yogi B yang merupakan artis dan penerbit yang terkenal di Malaysia. 

Album ini boleh didapati di kedai-kedai muzik seluruh Malaysia dan juga boleh didapati melalui aplikasi iTunes bermula jumaat 4 September 2015 nanti. Para peminat boleh mengikuti perkembangan terbaru Shazzwan di Facebook Page: Shazzwan.

Persembahan dari Shazzwan


Team Kelab Blogger Ben Ashaari bergambar bersama Shazzwan.

1 komen so far

Bila zatie pula nak lancarkan album...? hehhehehee.. jangan lupa jemput kak ain plak... :p


sambil-sambil sudilah kiranya join GIVEAWAY ain juga.. InsyaAllah ada 2 hari lagi...!!

ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ.. Wang Tunai RM350 untuk dimenangi Jemput join tau.. tQ so much..!! :)

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon