Thursday, August 27, 2015

Sehari Bersama Blogger Di Zoo Negara - Bahagian 1

Assalamualaikum. Salam ceria dari zati. Entry kali ni mungkin sedikit panjang dan banyak gambar. Harap korang bersabar yer baca entry kali ni tapi zati pasti korang akan rasa teruja jugak macam zati. *Yakin je zati ni* hahaha. Pada 23 ogos yang lalu, Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengadakan satu program di Zoo Negara dengan kerjasama Cosmoderm, Food Panda, Wild Life iaitu KBBA DAY OUT. Alhamdulillah, zati antara yang terpilih untuk menyertai program ni. Teruja sangat ok dapat join program ni sebab ini adalah program pertama zati bersama KBBA dan juga merupakan pertama kali pergi Zoo Negara. Dapat pulak masuk percuma. Sape tak nak oiii. Siap pakej tengok panda lagi haaa.. Nak pegi sendiri memang tak tahu bila la kan.. Hehehe..




Sebelum memasuki kawasan Zoo, semua family KBBA berkumpul di hadapan pintu masuk Zoo Negara untuk sesi family foto. Memang meriah sangat apabila 50 orang blogger berkumpul untuk mengambil gambar. Aktiviti ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan tiger dan kumpulan hornbill. Tapi masa tu zati pelik sebab dapat tag panda. Masa tu terpikir la kan, aku ni kumpulan mana. Rupanya kami blogger diberi pilihan untuk masuk mana-mana kumpulan sama ada kumpulan tiger atau pun hornbill. Dan zati pun dah lupa zati masuk kumpulan mana. Ohhh.. Hahaha.. Maafkan saya. Hehehe. Aktiviti bermula dengan melawat Butterfly Garden. Cantik sangat kawasan dia. Dapat tengok rama-rama terbang. Kat situ kita dapat tengok pelbagai jenis rama-rama yang sememangnya cantik.





Selepas melawat Butterfly Garden, kami berjalan untuk melawat Akuarium Tunku Abdul Rahman. Di mana menempatkan pelbagai jenis ikan air tawar dan air masin. Masuk kawasan akuarium ni sejuk dan nyaman sikit tau. Hilang sikit peluh tu. Hehehe. Sebenarnya sepanjang perjalanan menuju ke Akuariun Tungku Abdul Rahman, kita juga dapat melihat pelbagai spesis beruk dan juga Hornbill.



Selesai meninjau di dalam kawasan akuarium, kami di bawa untuk melihat Multi Animal Show. Persembahan yang menarik perhatian zati adalah persembahan singa laut. Singa laut ni telah pun dilatih oleh seorang jurulatih profesional yang mana dia hanya akan mendengar arahan dari jurulatihnya sahaja. Zati rasa teruja sangat dapat tengok persembahan singa laut depan mata. Yela kann sebelum ni dok tengok dalam tv je. Kali ni dapat tengok depan mata sendiri tu yang rasa teruja sangat. Lepas tu ada juga cabaran untuk penonton di mana seorang penonton perlu berani untuk tampil ke hadapan demi menyahut cabaran ni. Tak sangka ada seorang budak perempuan dengan beraninya pergi kehadapan untuk menyahut cabaran. Tapi dia perlu menutup mata tau. Tiba-tiba muncul sejenis haiwan eksotik yang membuatkan zati rasa geli. Nak tau apa? Ular sawa batik yang boleh dikatakan besar jugak. Huwaaa. Tak sangka jugak dapat tengok ular sawa batik tu sampaikan terlupa nak snap gambar. Hehehe..









Ok lahh. Tunggu sambungan untuk entry kedua dari Zati yerr. Apa pula aktiviti yang seterusnya. Ok lahh.. Babai. 

Bahagian kedua: SINI

7 komen

panda mengembalikan kegemilangan zoo negara

Di sinilah saya kenal zatie...first time jumpa..hehehe

Masa nie lah kenal zatie...first time jumpa depan2..hehehe

waaah 50 blogger pergi? ramainya. bestnyaaa. >_<

cm ne nak join ...best nye

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon