Tuesday, August 18, 2015

Syurga Nur Episod Akhir

Assalamualaikum. Hari ni tamat lah sudah drama akasia Syurga Nur kat TV3. Esok ada cerita baru dah. Ada yang tengok tak? Korang nangis tak? Zati tersentuh sangat tengok episod akhir Syurga Nur hari ni. Nak meleleh jugak la air mata tu tapi ku tahan sebab tengok dengan ayah kan. Cover la sikit. Hahahaha. Mungkin ada yang belum tengok lagi kan?? Betol tak?? Takpe. Nanti korang boleh tengok kat tonton.my. Tengok tanpa ada gangguan iklan. Baru lah syok. Hihihi..




Sedikit review dari Zati ok. Seperti yang sudah diketahui semasa sedutan episod akhir, Nur mengalami kemalangan bersama Mak Ngah nya iaitu Murni sehingga menyebabkan Nur koma. Namun, Haris sentiasa setia menemani Nur di sisi untuk memberi semangat dan kekuatan pada Nur untuk cepat sedar dari koma. Semasa Nur koma, dia bermimpi bertemu kembali dengan mamanya iaitu Doktor Salina dan juga bakal berkahwin dengan Haris. Haaa, masa ni mesti semua orang suspen kan? Yelaa.. Dalam sedutan episod akhir tu tunjuk Nur koma, tapi bila tengok je permulaan cerita tiba-tiba elok je kan. Hehehe. Dalam mimpi Nur jugak Alin datang memohon kemaafan di hari pernikahannya. Alin mengakui kesilapannya pada Nur dahulu yang mana pernah mendera Nur dulu. Pengakhiran mimpi Nur? Tengok la yerr, Nanti takde kejutan pulak. Hahaha..


Zati rasa tersentuh sangat bila Alin datang memohon maaf pada Nur semasa Nur masih belum sedarkan diri. Tapi lagi tersentuh masa Nur sedar Alin datang dekat dengan Nur dan memeluk Nur. Yang ni laa buat Zati nak melelehkan air mata tu tapi terpaksa tahan. Hahaha. Macam mana pulak Nur dengan Haris? Kamil dengan Siti? Taknak la cerita habis kan. Korang kena tonton sendiri. Baru best. Hehehe. Yang pasti Haris ni sweet sangat dan Kamil adalah seorang abang yang baik..

Ok lah. Sekian sudah untuk kali ni. Wassalam.


5 komen

Naseb baik Nur tak mati..klu tak mmg bakar panggung r jawabnye..hehe

kak umul da tgk da ending dia...heehehe

tak tengok lagi ni, semalam terlepas sebab balik lewat! huuu

dah FOLLOW IG hero berjambang tu...
alahaiii... handsomenya...!!
padahal tak ikuti pun drama ni..
suka tgk pelakon nya je... boleh...??!!

hahahahhaa... lalalalalala... :p


Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

Hai.. Terima kasih sudi baca entry saya. Sudi-sudikanlah juga untuk komen yerr. Komen yang baik-baik dan murni-murni je tau.. Semoga Allah merahmati anda. Amiiin.. Terima Kasih.. :)
EmoticonEmoticon